Seorang lelaki gagal mengawal perasaan melepaskan amarah dengan memaki hamun dalam sebuah video sebelum ia tular di laman sosial. Menerusi video itu, lelaki dipercayai pekerja sebuah kedai pakaian bengang dengan sikap degil pelanggan enggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.
Malah, ada yang tidak puas hati mempersoalkan tindakan pekerja tidak membenarkan pelanggan mencuba pakaian. "Kalau kau pergi kedai baju dan dia (pekerja) tak bagi cuba, kau tak payahlah nak tanya 'Kenapa tak boleh try'. Jangan jadi bodoh, lah. Kau tu bukannya konfem sangat tak ada Covid-19. "Pesanan untuk semua yang bijak pandai, tak kisahlah korang pergi mana pun. Kalau staf suruh imbas kod QR, korang buat je. Jangan banyak tanya. "Jangan buat-buat tanya 'Eh, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan dah habis ke?'," marahnya.
Perkongsian itu meraih pelbagai reaksi di kalangan warganet. Semua nak menang dengan pandangan masing-masing. - CARI
|
HujanBatuTiga: Ada je malaun x paham bahasa masa aku pegi Uniqlo haritu. Dh kata x boleh, gigih sarung jgk baju.
prettyuglybabe replied at 23-6-2020 12:48 PM
tutup je la fitting room.. apa susah..
tulis besar-besar kat depan pintu tak boleh fitting baju seg ...
ADVERTISEMENT