CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tumbuk, Gigit Isteri Kerana Padam FB

23-6-2020 05:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5151| Komen: 42

Description: Suami tergamak menumbuk dan menggigit isterinya hanya kerana mangsa memadamkan aplikasi Facebook (FB) di telefon bimbit.
Suami tergamak menumbuk dan menggigit isterinya hanya kerana mangsa memadamkan aplikasi Facebook (FB) di telefon bimbit.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku jam 6 petang di Kampung Bakau Tinggi, Chukai, 20 Jun lalu.



Foto hiasan

Menurut sumber, suspek dan mangsa masing-masing berusia 20-an bertengkar selepas wanita itu memadamkan aplikasi berkenaan di telefon bimbit suaminya.

"Suspek yang gagal mengawal perasaan kemudian menarik rambut mangsa sebelum menggigit leher dan dadanya sehingga berdarah selain menumbuk kepala mangsa sebelum beredar meninggalkan isterinya yang sedang kesakitan.

"Mangsa mendakwa, kejadian seumpama itu kerap berlaku setiap kali mereka bergaduh sebelum mangsa mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chukai pada hari sama kerana tidak tahan dengan sikap panas baran suaminya," katanya.


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan yang mengesahkan kejadian berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 2012. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iznanaziz 23-6-2020 03:56 PM
bini dah dapat kesan kecurangan suami ke?
Quote kaoru44 23-6-2020 03:57 PM
Aiyoh...ganasnya..muda2 lagi dh kena pukul ngn suami..
Quote jazaa100 23-6-2020 04:05 PM
Chukai....
Quote sarah82 23-6-2020 04:08 PM
Isteri tu patut dilindungi bukan dipukul.
Quote manehnya 23-6-2020 04:20 PM
Darah muda... Cer dh tua, g mampus lah
Quote c===8 23-6-2020 04:46 PM
pasangan muda tak puas enjoy

bini jeles kot tgk fb fren laki dia byk kodok je
Quote Supersirap 23-6-2020 05:07 PM
Kenapa perkara kecil sebegini perlu dipukul-pukul? Masalah baran yang serius
Quote nazzse 23-6-2020 05:10 PM
Muda2 dah kawen, mendapatlah habuan drp toklaki sama2 muda
Quote raxief 23-6-2020 05:15 PM
pelik2 je perangai..
Quote Artemesiaa 23-6-2020 05:20 PM
Mesti dah mula pasang scandal bila kantoi tahu pulak marah
Quote crazypink 23-6-2020 05:48 PM
muda giler dah kawin
Quote duri_durians 23-6-2020 05:59 PM
wak gapo la sek2 mung ni nikoh benar nye?
Quote ikanmasin 23-6-2020 06:19 PM
selalu sgt dah kene..patut lah sakan silaki tu ye sikit2 memukul,bila sekali dah naik kaki tangan menjadi kebiasaan pl.asal gaduh memukul.si bini tu sila lah buat cara undang2 pl kat silaki tak guna tu..jgn kejap jer pastu tarik balik pl..sila keluar dr hdp lelaki mcm tu..tu blm ada anak lg tu..bahaya laki baran mcm tu..
Quote belilies 23-6-2020 06:21 PM
Gila tu dari leher menggigit ke dada.
Quote bondeh 23-6-2020 06:30 PM
Gigit leher & dada sehingga berdarah Dracula wannabe apoooo
Quote matchstick 23-6-2020 06:44 PM
Kt ganu lagi.. sumpahang ikang
Quote missyL 23-6-2020 08:35 PM
Reinstall je la.
Laki hanat je pukul sbb fb.
Harap pk masak2 dik nk tros kan ke kawen ngn loser cmtu
Quote capiloton 23-6-2020 08:40 PM
padan muka. asal kan berlaki.
Quote LautBiru52 23-6-2020 09:32 PM
Alahai. Tak matangnya.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.329194 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top