CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ini Paling Teruk Kena" - Fauzi Nawawi Buat Laporan Isu Video Lucah

24-6-2020 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 32834| Komen: 85

Description: "Itu memang niat dia mahu tular dan jatuhkan orang lain."
"Itu memang niat dia mahu tular dan jatuhkan orang lain."

Kecoh apabila tular video lucah didakwa mirip pelakon Fauzi Nawawi. Tidak berdiam diri, pelakon popular itu bergegas membuat laporan polis bagi mengelakkan imej semakin terjejas.


Berkata kepada Harian Metro semalam, Fauzi akan akan membuat laporan polis di Balai Polis Batu 9, Hulu Langat.


Kredit foto: IG Fauzi

"Saya sebenarnya sudah banyak kali terkena. Dari zaman bujang, berkahwin, sebelum ada anak sehinggalah nak masuk umur 50 tahun ini, masih ada lagi perkara sebegini.

"Cuma, ini paling teruk. Saya dapat tahu pun selepas dimaklumkan pengikut di Instagram. Mereka yang hantar video itu. Apabila saya tengok di Twitter terdapat beberapa versi.

"Memang serabut juga nak jawab benda ini. Saya fikir, ada agenda di sebalik itu dan kenapa sebarkan? Tak lain tak bukan nak jahanamkan kerjaya dan runtuhkan rumah tangga saya. Tidak faham kenapa masih ada sikap sebegini. Jadi, saya ambil pendekatan kalau dilayan, dia berjaya jatuhkan saya," katanya kepada Harian Metro.


Dia juga akui bahawa penyebaran video itu sedikit sebanyak menjejaskan perjalanan kariernya.

"Bukan saja memalukan, tapi juga menjatuhkan maruah saya. Saya sebagai mangsa yang teraniaya kena kuat dan berserah pada Allah. Fikirlah, apa faedah yang dia dapat?

"Memang rasa geram dan marah, tapi tidak mahu layan sangat. Lagi satu, saya tak hairan sebab teknologi sekarang sudah melampaui akal fikiran. Apa saja boleh dibuat dan terjadi," katanya.

Malah, dakwanya dia turut menerima mesej sama daripada peminat di Indonesia. Sampai ke negara jiran isu ini berterbangan! - CARI


1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 24-6-2020 01:59 PM
Sebiji sejijik muka heols
Quote sharlenetexas 24-6-2020 02:01 PM
Kesian kat anak2.

Quote Themilo 24-6-2020 02:04 PM

kalau versi atas katil, siap dengar suara heols kan? cakap omputih lak tu..
Quote innocent_me 24-6-2020 02:36 PM
Memandangkan meols tak tengok videonya. Ni nak tanya adakah dia dalam video itu? atau seiras jah?
Quote dudaberhias 24-6-2020 02:37 PM
soo heols ke tu? besar ke idokk?
iols takmau tengok videonya yach sbab poji nawawi... kalau patah amin sepantas kilat iolss pergi cari hingga ke lubang cacing...
Quote Lailerthee 24-6-2020 02:38 PM
Jadi sah ke idok poji nye?
Quote namr 24-6-2020 02:40 PM
Mmg ko kan..diam je la hanat
Quote lasagna 24-6-2020 02:42 PM
urmm pokcik ni mcm2 hal gak kesahnya. buat jer laa laporan. pastu siasat. kot ada org naya kan dia, buat lah tindakan. zmn skrg ni kan advance.
Quote fahdramli 24-6-2020 02:45 PM
Sebijik muka dan suara,,, takkan orang lain kot ..
Quote dewi_rina 24-6-2020 02:50 PM
Gambar atas tu geli betul tengok, muka gatal
Anak beratur pun lagi nak gatal makan luar
Quote padris 24-6-2020 02:51 PM
Dia ni muka memang gatal ...
Quote lasagna 24-6-2020 02:51 PM
fahdramli replied at 24-6-2020 02:45 PM
Sebijik muka dan suara,,, takkan orang lain kot ..

uiks.. ni mesti uols dah nengok bideo tu ek?
Quote amerald 24-6-2020 02:52 PM
betul la tu
Quote Xim 24-6-2020 03:01 PM
Bkn sepol dah bukak thread ke??
Quote Tinot7 24-6-2020 03:03 PM
Buat laporan sbb org sebarkan? Tapi mmg dia yg buat ke tak?
Quote kepingbewok 24-6-2020 03:12 PM
"ada agenda di sebalik itu dan kenapa sebarkan?".

statement dia bagi mcm dia tak menafikan tu dia. lebih kepada kenapa penyebar tu sebarkan.
Quote mieymiey 24-6-2020 03:14 PM
Ko nak suruh polis siasat sebab ko difitnah ker sebab ko dimalukan?
Quote sleepandream 24-6-2020 03:15 PM
kekdahnye polis nak buat apa? bukan ke patut report dekat skmm?
Quote Madel 24-6-2020 03:17 PM
Aku tak kesian kat bini dia, sbb bininya poyo
Tpi kesian kat anak2 depa.
Anak2 lawa n bijak pandai..mana anak nak letak muka dgn peel bapak mcm gini

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.059428 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top