CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lepas Empat Tahun Jadi Ibu Tunggal, Dira Abu Zahar Nikahi Ahli Perniagaan

22-6-2020 12:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22621| Komen: 118

Description: Tak pernah terfikir akan kembali hidup bersama seorang suami di sisi.
Tak pernah terfikir akan kembali hidup bersama seorang suami di sisi.

Demikian kata Dira Abu Zahar yang berkahwin dengan ahli perniagaan, Syfik Izdzywan Sidek, 46, selepas empat tahun membesarkan anak-anak seorang diri.



Foto: BH Online

Khaidhirah Abu Zahar, 36, sah bergelar isteri kepada Syfik dengan sekali lafaz di Masjid Al Azim, Melaka, pada jam 10.30 pagi, semalam, lapor BH Online.

Menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga dulang, Dira menerima mas kahwin RM1,000, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

"Alhamdulillah, majlis berlangsung secara ringkas, tertutup dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Lebih istimewa, abang saya, Muhd Idi Iskandar yang menikahkan kami.

"Allah bagi rezeki dan peluang lagi. Insya-Allah saya akan berusaha menjadi isteri terbaik kali ini.


"Anak juga menerima baik kehadiran suami. Keluarga saya bertambah besar dengan kehadiran tiga anak lelaki daripada perkahwinan suami yang lalu," katanya kepada BH Online.


Foto: IG Dira

Menurut laporan, hasil perkahwinan pertama Dira dikurniakan cahaya mata perempuan, Tengku Anggun Deandra dan mengambil anak angkat, Waris Iskandar Andiqa ketika berkahwin buat kali kedua. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cap_ayam 21-6-2020 02:40 PM
tahniah.. sama cantik sama padan pasangan ni. semoga bahagia hingga ke syurga.
Quote bluebutter 21-6-2020 02:40 PM
Handsome. Nampak sebaya.
Quote yuki812 21-6-2020 02:45 PM
Tahniah..
Kahwin kali ke3 ke ni..
Quote sarah82 21-6-2020 02:46 PM
Tahniah.. Semoga kekal ke Jannah.
Quote bakingsoda 21-6-2020 02:46 PM
nama laki dia menganggu, mcm typo pon ye
Quote BicaraHatiku 21-6-2020 02:51 PM
Edited by BicaraHatiku at 21-6-2020 03:05 PM

Iols x boleh lupa..”Setakat pegang telefon, picit-picit...tulis, taip...tak payah.... Tak payah sibuk dengan hal kerajaan”. Kemain dulu mengipas last2 kalah dlm merebut jawatan dlm parti terus senyap x berkicauan lagi  
Quote bluecrystal 21-6-2020 02:55 PM
Dira ni baru 36 rupanya..bukan nk cakap nampak tua..nampak matang

Tahniah da kawin
Quote pavlovachoc 21-6-2020 03:09 PM
Tahniah ..
Quote sukacactus 21-6-2020 03:16 PM
Tahniah!
Semoga temui kebahagiaan
Quote cmf_premierleag 21-6-2020 03:18 PM
tahniah
tp aku tetap menyampah dgn perangai spoil brat minah ni
dah la bodo
Quote innocent_me 21-6-2020 03:19 PM
bluecrystal replied at 21-6-2020 02:55 PM
Dira ni baru 36 rupanya..bukan nk cakap nampak tua..nampak matang

Tahniah da kawin

Ye kan?
Muka dia tak tua. Tapi dia selalu muncul dengan isu yg berat mcm cerai..politik.
umo 36 baru rupanya...pesen kak long2 gitu haha.
Quote Lengkong 21-6-2020 03:27 PM
Tahniah..dira pakai tudung bawal cantik

Quote mijot 21-6-2020 03:30 PM
tahniah...
Quote mamastoney 21-6-2020 03:44 PM
BicaraHatiku replied at 21-6-2020 02:51 PM
Iols x boleh lupa..”Setakat pegang telefon, picit-picit...tulis, taip...tak payah.... Tak payah sib ...

Rsnya dia aktif dlm politik pun sbb ayahnya bekas KM Melaka....tiba2 teringat kes yg menyebabkan dia kena berhenti jd pengacara Melodi dulu...
Quote mamastoney 21-6-2020 03:48 PM
innocent_me replied at 21-6-2020 03:19 PM
Ye kan?
Muka dia tak tua. Tapi dia selalu muncul dengan isu yg berat mcm cerai..politik.
umo 36  ...

I setuju, muka dia tk tua pun cuma eyebag dia besar dan ketara, macam Kinah Tingtong
Quote Lailerthee 21-6-2020 03:58 PM
Tahniahhhh
Quote Aai2 21-6-2020 04:12 PM
Tahniah...
Quote BicaraHatiku 21-6-2020 04:24 PM
mamastoney replied at 21-6-2020 03:44 PM
Rsnya dia aktif dlm politik pun sbb ayahnya bekas KM Melaka....tiba2 teringat kes yg menyebabkan d ...

Kes bertumbok kan?
Quote Jiddin 21-6-2020 04:36 PM
bluecrystal replied at 21-6-2020 02:55 PM
Dira ni baru 36 rupanya..bukan nk cakap nampak tua..nampak matang

Tahniah da kawin

Kan....muda lagi rupanya.

Lihat semua komen(118)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.072455 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top