Wah, selamba saja individu ini menyamar sebagai Lan Solo dan meminta pekerja penyanyi itu untuk melakukan pemindahan wang. Bukan sedikit, RM1,350 dimintanya! Kenapa tidak genapkan terus ke RM1,500 saja?
Perkara itu dimaklumkan Lan menerusi Instagramnya yang turut memberi peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati jika menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada nombor yang menggunakan gambarnya. Sudahlah menggunakan gambar Lan, entah nombor akaun ustaz mana pula dipetiknya. "Individu itu menghantar mesej kepada nombor bisnes saya yang diurus pekerja untuk pindahkan wang. "Memang kebetulan ketika itu saya ada kerja di luar. Mungkin staf merasakan saya betul-betul tak sempat nak buat transaksi sebab mereka pelik memandangkan selama ini saya jarang berhubung terus dengan pekerja. "Nasib baik staf saya peka dan membuat semakan terlebih dulu untuk bertanya mengenai sama ada saya ada nombor telefon lain ataupun tidak.
"Yang menjadi hairannya, individu itu menyamar menggunakan profil yang sama dengan nombor peribadi saya," katanya kepada Gempak. Bagaimanapun, Lan mendedahkan hasil semakan mendapati nombor akaun berkenaan memang wujud. "Apabila kita semak nombor telefon ini memang scammer, namun nombor akaun bank yang diberikan itu memang wujud. "Kemudian, kami dapat tahu ada beberapa orang lain lagi juga berdepan situasi sama. Cuma, apabila kita cuba hubungi nombor tersebut semula, sudah tak aktif lagi," ujarnya. Siapakah Ustaz Mohamad Jumaidi? - CARI
|
ADVERTISEMENT