CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Bunuh Diri Tak Dapat Hadir Kelas Online

25-6-2020 04:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4942| Komen: 18

Description: Remaja lelaki berusia 16 tahun dilaporkan bunuh diri akibat kecewa tidak dapat menghadiri kelas dalam talian.
Remaja lelaki berusia 16 tahun dilaporkan bunuh diri akibat kecewa tidak dapat menghadiri kelas dalam talian.

Hindustan Times melaporkan, pelajat berkenaan ditemui mati berhampiran rumahnya di Chirang, Assam, India pada Rabu.



Foto hiasan

Pemeriksaan mendapati, pelajar dari keluarga miskin itu tidak memiliki telefon pintar dan runsing apabila tidak dapat menghadiri kelas serta peperiksaan dalam talian.

Superintendan Sudhakar Singh berkata, keluarga mangsa sangat miskin dan ibunya terpaksa ke Bangalore bagi mencari pekerjaan, manakala bapanya tidak bekerja.

"Mangsa yang kecewa apabila bapanya tidak dapat membelikannya telefon pintar bagi membolehkannya menghadiri kelas online mengambil tindakan drastik dengan bunuh diri," katanya.

Polis juga menafikan laporan yang mendakwa mangsa ada meninggalkan nota bunuh diri.


Pada awal bulan lalu, seorang pelajar perempuan yang juga tidak memiliki telefon pintar mahupun televisyen membakar diri sendiri akibat kecewa tidak dapat menghadiri kelas dalam talian. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 25-6-2020 09:28 AM
Kesiannya...
Quote Kurex 25-6-2020 09:36 AM
nilah kehidupan kasta......
kalau leluhur tu balik negara asal mesti jatuh hina
Quote Dwdrum 25-6-2020 09:36 AM
R. I. P
            
Quote Tinot7 25-6-2020 10:24 AM
Takziah kepada keluarga..
Quote matchstick 25-6-2020 04:53 PM
Kesian nya..orang yg betul2 nk belajar tapi takde kemudahan stress smpi bunuh diri. Budak2 sini tak bersyukur ada mcm2 kemudahan tapi sibuk main tiktok. Cikgu nk mengajar ko left group. Yg tak bersyukur mcm tu patut nya bunuh diri
Quote imransulaiman 25-6-2020 05:20 PM
matchstick: Kesian nya..orang yg betul2 nk belajar tapi takde kemudahan stress smpi bunuh diri. Budak2 sini tak bersyukur ada mcm2 kemudahan tapi sibuk main tikto ...

Setuju. Memang layak selayaknya. Parents pun tak mampu nak larang. Tapi bila anak "dijentik", laju je mereka amukan ablaska! {:thief
Quote 234126 25-6-2020 06:04 PM
Heartbroken baca news mcm ni. Kesian mendiang. Bersungguh risau takut ponteng kelas walaupun online sampai stress dan bunuh diri.
Quote ikanmasin 25-6-2020 07:03 PM
kesian dan sedih ....
Quote LadyCarefree 26-6-2020 01:26 AM
Harap Sugu Pavi boleh bantu mereka.
Quote merrissa 26-6-2020 06:41 AM
Manakala di malaysia, ada segelintir yg seen je mesej2 guru, malah kata guru sibuk nak kejar syllabus. Tak bersyukur, duduk dlm bilik aircond tp pemalas.
Quote LautBiru52 26-6-2020 07:35 AM
Kesiannya. Bersungguh betul dia nak belajar kan.
Quote sukacactus 26-6-2020 08:35 AM
Yg rajin nak belajar, xde kemudahan la pulak
Quote husna_amal 26-6-2020 10:04 AM
Kesian, kenapalah mati bunuh diri yang dia pilih.
Quote Artemesiaa 26-6-2020 10:09 AM
Orang miskin tak ada kemudahan tak dapat ambil periksa tak dapat kelulusan tak dapat kerja tak boleh nak bantu keluarga mesti macam2 dalam difikirannya dah buntu tampa bantuan macam tu ler jadinya
Quote MissLana 26-6-2020 01:04 PM
sedihnyaaa. beruntung dik veveonah masih lg ade tenet atas pokok buat YT channel jd viral terus jumpa segala sultan dpt scholarship bagai. kes di hindia camnihh sampai mati pun dh viral takde org nak tolong ke? rip utk mangsa. teringat cerita 3 idiot jgk kwn mati gantung diri sbb kantoi kan
Quote Kipaskiok 2-7-2020 08:14 AM
Aduhai..kenapa plk?
Quote samien_Line 18-7-2020 12:53 AM
Hahahaha.. aduhh teruk benar lagu ni.. awat sampai mcm tu sekali dik oiii..
Quote samien_Line 18-7-2020 12:54 AM
Hahahaha.. aduhh teruk benar lagu ni.. awat sampai mcm tu sekali dik oiii..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.257141 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top