CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3295|Reply: 6

Hati-hati Kalau 'Lan Solo' Minta Pindah Wang Kepada 'Ustaz Jumaidi'

[Copy link]
Post time 24-6-2020 03:12 PM | Show all posts |Read mode
Wah, selamba saja individu ini menyamar sebagai Lan Solo dan meminta pekerja penyanyi itu untuk melakukan pemindahan wang.

Bukan sedikit, RM1,350 dimintanya! Kenapa tidak genapkan terus ke RM1,500 saja?








Perkara itu dimaklumkan Lan menerusi Instagramnya yang turut memberi peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati jika menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada nombor yang menggunakan gambarnya.


Sudahlah menggunakan gambar Lan, entah nombor akaun ustaz mana pula dipetiknya.

"Individu itu menghantar mesej kepada nombor bisnes saya yang diurus pekerja untuk pindahkan wang.

"Memang kebetulan ketika itu saya ada kerja di luar. Mungkin staf merasakan saya betul-betul tak sempat nak buat transaksi sebab mereka pelik memandangkan selama ini saya jarang berhubung terus dengan pekerja.

"Nasib baik staf saya peka dan membuat semakan terlebih dulu untuk bertanya mengenai sama ada saya ada nombor telefon lain ataupun tidak.


Kredit foto: IG Lan Solo



"Yang menjadi hairannya, individu itu menyamar menggunakan profil yang sama dengan nombor peribadi saya," katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun, Lan mendedahkan hasil semakan mendapati nombor akaun berkenaan memang wujud.

"Apabila kita semak nombor telefon ini memang scammer, namun nombor akaun bank yang diberikan itu memang wujud.



"Kemudian, kami dapat tahu ada beberapa orang lain lagi juga berdepan situasi sama. Cuma, apabila kita cuba hubungi nombor tersebut semula, sudah tak aktif lagi," ujarnya.


Siapakah Ustaz Mohamad Jumaidi? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Scammer merata2
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2020 06:31 PM | Show all posts
nsb baik pekerja dia check dl..scammer skrg mcm2 cara nak tipu org..hati2 semua..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2020 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Licik betul scammer skrg
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2020 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat kuching pun byk kes mcm ni... Gaya org tu chat betul2 mcm kenal lama. Bahaya betul
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2020 09:00 PM | Show all posts
menakutkan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2020 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah sudah... Banyak hal scammer skang cari duit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.081414 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list