|
View: 19977|Reply: 8
|
[Tempatan]
Individu mohon UITM Siasat Mesej Tular “Kempen Tangkap Orang Kelantan”
[Copy link]
|
|
|
22/01/2026
Seorang pengguna media sosial tampil menyuarakan kebimbangan terhadap penyebaran satu mesej yang melibatkan nama Universiti Teknologi MARA (UITM) dilihat ada unsur diskriminasi.
Menerusi perkongsian thread daripada Raziorazi, beliau meminta pihak universiti mengambil perhatian serius kerana ia berpotensi membawa implikasi lebih besar, termasuk mencemarkan reputasi institusi serta pelajarnya sendiri.
Kandungan mesej dianggap berunsur diskriminasi
Mesej yang tular itu memaparkan satu pengumuman bertajuk “Kempen Tangkap Orang Kelantan di UiTM” dengan tawaran ganjaran wang tunai dan markah e-merit, yang jelas menyasarkan pelajar berdasarkan latar negeri tanpa asas dan sebab yang logik.
Walaupun mesej itu mungkin dimaksudkan sebagai gurauan, individu tersebut melihatnya sebagai satu bentuk stereotaip yang boleh membuka ruang kepada diskriminasi dan perpecahan sesama pelajar.
Dalam masa sama, gesaan dibuat agar pihak berwajib terutama UITM memantau, menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya supaya insiden seumpama ini tidak berulang dan tidak dinormalisasikan sebagai “sekadar lawak”.
Katanya lagi, perkara sebegini tidak wajar dipandang ringan, apatah lagi dalam persekitaran pendidikan yang menekankan perpaduan dan saling menghormati. - oh!media my
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 23-1-2026 02:43 PM
Acik bayang mereka diburu sehingga lari ke Taman Cahaya Seri Alam.
Kemudian diburu dalam hutan seperti memburu haiwan. 
Mungkin oleh orang Jawa Klang |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kat U lain pon ada dah menular gak kempen ni. Lepaih tangkap nk buat apa? cucuh api kat kepala peliaQ kaa? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang sudah kurang kegedebean oghe kelatey
Puncak kegedebean mereka berlaku ketika fesbuk baru nak up dulu.. masa tu team bola kelanatan the red warrior tengah kuat, dan PAS cemolot dengan DAP.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Satu lagi posting2 bodoh di Threads pasal kelantan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab apa nak tangkap tuuu?
sebab depa suka mandi telanjey ke?
cong codey sungguh la nohhhh rokiah  |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|