CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Ikut SOP, 2 Meninggal Dunia Akibat Covid-19 Di Majlis Akad Nikah

25-6-2020 10:47 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6827| Komen: 31|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Majlis ijabkabul tertutup yang diadakan di sebuah masjid Semarang, Jawa Tengah Indonesia pada 11 Jun lalu bertukar menjadi malapetaka dengan penularan Covid-19 hingga mengorbankan dua mangsa, seorang ...


Majlis ijabkabul tertutup yang diadakan di sebuah masjid Semarang, Jawa Tengah Indonesia pada 11 Jun lalu bertukar menjadi malapetaka dengan penularan Covid-19 hingga mengorbankan dua mangsa, seorang tenat dan 30 lagi disahkan positif.

Menurut laporan portal Jateng Suara, majlis itu hanya diadakan dengan kehadiran 10 tetamu sahaja dan telah mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan pihak berkuasa.


Kredit foto : Coconuts.co

Menurut Ketua Pejabat Agama Semarang, Muhdi Zamru menjelaskan yang majis tersebut diadakan di rumah pengantin perempuan, manakala dua individu yang meninggal dunia itu adalah ibu dan adik pengantin sementara pesakit yang tenat adalah bapanya. Namun, yang anehnya kedua-dua mangsa tidak menghadiri majlis perkahwinan tersebut.



Kredit foto : Jateng Suara

Bagaimanapun, apa yang tidak diketahui Muhdi adalah pihak keluarga telah mengadakan majlis resepsi di masjid dengan dihadiri 30 tetamu.

"Tugas kita hanya sebatas menikahkan. Setelah itu, kalau ada pesta bukan tanggungjawab kami. Kami hanya memastikan jika ijabkabul sesuai protokol kesihatan."


Kredit foto : Kompas

Malah, mereka yang positif Covid-19 ini bukan sahaja membabitkan ahli keluarga, tetapi juga lima dari sembilah ahli kariah masjid turut terkena jangkitan Covid-19 ini.

Sementara itu, Wakil Kota Semarang, Hendra Pribadi menjelaskan yang kluster pernikahan itu berlaku kerana tidak mematuhi SOP kerajaan Indonesia.

"Kemungkinan besar karena tidak sesuai dengan protokol kesehatan saat proses pernikahan. Makanya, banyak yang terkena covid-19."

Seram juga mendengar berita sebegini berlaku di negara jiran. Jadi, diharapkan majlis keramaian di negara kita benar-benar mengikuti prosedur ditetapkan kerana jumlah tetamu yang lebih besar berbanding mereka iaitu 250 orang. Apa pula pendapat anda? - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 25-6-2020 10:49 AM
iols tgk cerita sundelbolong malam satu suro, cara perasmian suami isteri adalah makan kelopak bunga
Quote Tinot7 25-6-2020 10:55 AM
Takkan depa tak tau, tak boleh buat majlis resepsi ramai2 mcm tu?
Ni la akibatnya bila degil.
Quote Nenasketum 25-6-2020 11:02 AM
Yindon mana tau pasal asymptomatic? Pastu tempat tu mesti tak sanitize, tak berapa pusingan dah buat majlis.
Quote tikusmontok 25-6-2020 11:13 AM
Kat msia pun ramai dah sonok smlm diumum boleh 250 tetamu..
Quote tikusmontok 25-6-2020 11:13 AM
Kurex replied at 25-6-2020 10:49 AM
iols tgk cerita sundelbolong malam satu suro, cara perasmian suami isteri adalah makan kelopak bunga

Seram gak kan citer tu ..terngiang2 lagu dia main piano tu
Quote uda 25-6-2020 11:15 AM
Tinot7 replied at 25-6-2020 10:55 AM
Takkan depa tak tau, tak boleh buat majlis resepsi ramai2 mcm tu?
Ni la akibatnya bila degil.

Reception dia tak ramai, 30 orang aje.
Tu yang forumer atas bimbang. What will happens dengan Msia sebab  boleh 250 org tetamu.
Quote glump 25-6-2020 11:18 AM
Malaysia dah boleh buat reception up to 250 orang..so kalau sounding,pandai2lah bawak diri.takut ada PATI lolos dari lorong tikus digajikan caterer tak bermoral.
Quote Tinot7 25-6-2020 11:35 AM
uda replied at 25-6-2020 11:15 AM
Reception dia tak ramai, 30 orang aje.
Tu yang forumer atas bimbang. What will happens dengan Msi ...

Kat indonesia byk kes. Kat mesia? Itu sbbnya kena ikut penjarakan sosial, etc. Sbb kes sini sikit, itu sbbnya bilangan yg dibenarkan sebegitu rupa. Kalau tak, mcm raya kan bg kurang drp 20 org berkumpul?
Quote Kurex 25-6-2020 11:35 AM
tikusmontok replied at 25-6-2020 11:13 AM
Seram gak kan citer tu ..terngiang2 lagu dia main piano tu

malam ini.... sunyi sepi... ku terlena... dalam mimpi.... ku selalu mendambakan menikmati... cinta kita...

arwahku akan gentayangan sebelum dendamku terbalas.. lepas tu hilang dekat dinding
Quote Tinot7 25-6-2020 11:35 AM
glump replied at 25-6-2020 11:18 AM
Malaysia dah boleh buat reception up to 250 orang..so kalau sounding,pandai2lah bawak diri.takut ada ...

Kena hati2 dgn caterer.
Quote cmf_premierleag 25-6-2020 11:36 AM
tikusmontok replied at 25-6-2020 11:13 AM
Seram gak kan citer tu ..terngiang2 lagu dia main piano tu

pastu ms dia balik main piano, anak nya bilang, mama udah jd setan
Quote tikusmontok 25-6-2020 12:02 PM
cmf_premierleag replied at 25-6-2020 11:36 AM
pastu ms dia balik main piano, anak nya bilang, mama udah jd setan

Kannn lawak ada sedih pun ada..mak jadi hantu
Quote shida81 25-6-2020 12:02 PM
senang nye ketua pejabat agama dia ckp.. lepas tgn je ... suppose bg la statement yg professional skit.. cadangan membine ke....

indon ni mana nk ikut arahan smua degil..
Quote darkness 25-6-2020 12:11 PM
Iols masih xcaya statistik jumlah positif yg dimaklum oleh gov indonesia. Sedangkan jumlah test perhari pun baru belas ribu tapi positifnya ribu/perbelas ribu...maknanya jumlah sebenar positif dkt indo memang tinggi...kalaulah ada golongan pendatang haram dari indon ni terlepas ke negara kita, memang bala
Quote annehuda 25-6-2020 12:18 PM
tikusmontok replied at 25-6-2020 11:13 AM
Kat msia pun ramai dah sonok smlm diumum boleh 250 tetamu..

250 tetamu tu utk sekali masuk. maksudnye tuan rumah bleh jemput 1000 org, tp kene pastikan dlm dewan tu ade 250 je.  prosedur  same mcm kedai2 lain. ada satu pintu masuk dan satu pintu keluar, kene tulis nama, cek suhu, sanitize. tp kalau buat kt dewan bleh la nk wat camtu. yg jenis pasang khemah depan rumah tu camne pulak
Quote husna_amal 25-6-2020 12:22 PM
Harap2 bende macam ni tak terjadi kat Malaysia. Ikut saranan KKM dan stay safe.
Quote nazzse 25-6-2020 12:23 PM
uda: Reception dia tak ramai, 30 orang aje.Tu yang forumer atas bimbang. What will happens dengan Msia sebab  boleh 250 org tetamu.


Malaysia local transmission dah almost takda (walaupun masih 1 angka) meanwhile Indon kes tengah mencanak lagi. Thats why kita diberi kelonggaraan sampai 250 org. Orang Malaysia at least ikut SOP, arahan. Masa tak boleh buat majlis takda yg buat. Indon ni masa tak  boleh pun buat. Next level punya degil
Quote Supersirap 25-6-2020 01:00 PM
Sudah tau COVID19 tengah melanda kenapa ada majlis resepsi?
Quote acikhan 25-6-2020 01:24 PM
Dlm group family belah mak Haku dah war2 kn tarikh sepupu nikah 11/7 nie n kami pihak lelaki da la ramai bebeno Lum campur lg sebelah pihak perempuan nanti... Dedua nyer kahwin sedara pastu kahwin sesama sekolah,sekelas merangkap jiran kg sebelah je ..aduiii

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.279308 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top