CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Meringkuk Dalam Jel Seumur Hidup 'Buntingkan' Anak-anak Kandung

14-2-2019 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8500| Komen: 13

Description: Bekas guru pendidikan khas di Stockton dihukum penjara seumur hidup pada Selasa selepas didakwa melakukan penderaan seksual terhadap sekurang-kurangnya empat anaknya, 'cucunya' dan dua rakan anaknya.
Bekas guru pendidikan khas di Stockton dihukum penjara seumur hidup pada Selasa selepas didakwa melakukan penderaan seksual terhadap sekurang-kurangnya empat anaknya, 'cucunya' dan dua rakan anaknya.


Menurut METRO, Rodney Flucas, 50, dari Sacramento, California, didapati bersalah membawa kesemua mangsa ke luar sempadan negeri dengan niat untuk melakukan hubungan seksual.



Dia juga didakwa melakukan perkara sama terhadap salah seorang anaknya yang sudah dewasa.

Sementara itu, Fox40 melaporkan, Flucas melakukan perbuatan keji itu ketika ahli keluarganya sedang tidur dan mengugut mereka untuk merahsiakannya.

Perbuatannya terbongkar apabila salah seorang anaknya yang masih remaja cuba membunuh diri dengan merempuh kereta dipandunya ke tiang lampu pada Februari 2017.


Bagaimanapun, anaknya itu terselamat dan memberitahu polis mengenai penderitaan ditanggungnya ketika dirawat di hospital.


Foto: METRO

Mangsa mendakwa mula diperkosa bapanya ketika berusia 13 tahun semasa mereka tinggal di Oregon dan menyebabkan remaja itu hamil.

Difahamkan, lelaki itu memiliki 10 anak hasil daripada wanita-wanita yang diperkosanya.

Flucas juga memiliki dua anak lain hasil pemerkosaan terhadap anaknya sendiri dan seorang lagi hasil pemerkosaan terhadap rakan anaknya berusia 16 tahun yang berada di bawah jagaannya.

Rakan kepada anaknya itu diugut supaya mereka cerita kononnya dirogol teman lelaki.

Bapa mangsa berkata, dia membenarkan anaknya tinggal bersama Flucas kerana lelaki itu kelihatan seperti seorang bapa yang tegas dalam mendidik anak-anaknya untuk memastikan mereka cemerlang dalam pelajaran.

Dia bagaimanapun menyesal telah melakukan kesalahan besar selepas mengetahui apa yang berlaku terhadap anaknya. - CARI
6

Bagus
13

Marah
4

Terkejut
9

Sedih
6

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote None68 14-2-2019 12:13 PM
Aiseyman dgn anak sendiri pun selera ker..
Quote chicozinn 14-2-2019 12:14 PM
kepala bana btoll..da kne meringkuk dlm penjara baru sedar rasa bersalah buat kesalahan kt anak..
Quote xtahumenahu 14-2-2019 12:16 PM
Yer ke menyesal...jantan bodoh...serupa binatang
Quote buapakperut 14-2-2019 12:18 PM
takguna punya nigga syetan anak sendiri dibalun, tak cukup lagi anak orang pun. mohon disula dengan pedang berapi
Quote HujanBatuTiga 14-2-2019 12:39 PM
xtahumenahu: Yer ke menyesal...jantan bodoh...serupa binatang

Yg menyesal tu ayah kpd kwn anak perogol. Perogol tu selamba aje no remorse at all.
Quote fuyupoktek 14-2-2019 12:41 PM
Sacramento ni mmg tmpt yg. Skeri ke
Quote mieymiey 14-2-2019 12:47 PM
Bodoh punya jantan. Dalam kepala hotak dia fikir nak ngeseks jer!
Quote prettyuglybabe 14-2-2019 01:13 PM
nasib hitam
Quote Sofi_Sofi 14-2-2019 01:44 PM
Bodoh.. itu je nak cakap..
Quote jeligoreng 15-2-2019 10:28 AM
Jijiknya ayah macam ni. Selayaknya mereput je dalam penjara.

Ini betul-betul soalan innocent, kalau ayah nya rogol anak kandung dan anak tu pregnant, baby tu nanti anak ke cucu?
Quote helicornia 15-2-2019 02:09 PM
sacramento ni teringat aizam awang.masih di situ ke.hangat kisah dia dulu
Quote shernazz 15-2-2019 02:37 PM
Next month kita tgk dia hidup.lg ke idok
Quote 234126 16-2-2019 11:16 PM
Harap dia ni kena toron or kena bunuh terus dlm jail. Dengar2 kat sana kalau masuk jail as pedo or child abuser mmg teruk kenanya dgn fellow inmates

Lihat semua komen(13)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.071710 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top