CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eksklusif: Pasangan Bahagia Mona Allen Dan Pekin Ibrahim

14-2-2019 12:38 PM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 18793| Komen: 80|Original author: Oleh: top5complete

Description: Mungkin berita ini masih baru dan belum ada yang tahu, pelakon mona allen, 34 mengesahkan bahawa dia dan aktor pekin ibrahim telah berkahwin 7 disember tahun lalu 2018. namun perkahwinan mereka dirahs ...
Mungkin berita ini masih baru dan belum ada yang tahu,  pelakon Mona Allen, 38 mengesahkan bahawa dia dan aktor Pekin Ibrahim telah berkahwin 7 Disember tahun 2018. 


Namun perkahwinan mereka dirahsiakan kerana mereka ingin upacara itu berlangsung secara tertutup hanya dengan saudara terdekat sahaja.


"Sebenarnya, kami sepakat untuk tidak hebohkan perancangan ini. Bukan apa, bimbang juga kalau tak jadi, lain pula ceritanya. Jadi, kami putuskan untuk beritahu kepada umum apabila sudah selamat bergelar suami isteri.

"Perhubungan kami sebelum ini bukan satu rahsia. Rakan dan orang sekeliling ramai sudah tahu kami bercinta.


"Kami juga jenis tak berapa suka bercerita hal peribadi. Kami tak ambil kisah orang nak kata apa pun. Malah, apabila gambar pernikahan kami tersebar, tak terasa hati pun. Kami positif saja,"- katanya kepada Harian Metro

Tahun 2017 , Pekin Ibrahim hangat digosipkan dengan Uqasha senrose dan mereka dikhabarkan bakal berkahwin tidak lama lagi namun perancangan itu tidak kesampaian. Mereka menamatkan percintaan pada 3 Feb 2017. 



"Ya (hubungan kami sudah berakhir). Dia (Pekin) minta putus 2 hari lalu (3 Februari). Kami tiada persefahaman dan itu keputusan dia. Kalau nak tahu lebih tanyalah sendiri kepadanya.

Hasrat kami nak berkahwin pada tahun ini juga nampaknya takkan menjadi kenyataan. Saya hanya mampu berserah dan reda dengan keputusan ini. Semuanya soal takdir dan jodoh itu sendiri rahsia Tuhan," jelas Uqasha.

Nampaknya kini Pekin Ibrahim sudah mendirikan rumah tangga, dan uqasha masih di awang-awangan dengan gaya free hairnya itu.


Berikut adalah sedikit maklumat mengenai isteri Pekin Ibrahim dan Mona Allen

Biodata
Nama penuh: Munna Hafiraneza binti Allen
Nama popular: Mona Allen
Tarikh lahir: 16 April 1980
Umur: 38 tahun
Kelahiran: Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
Pekerjaan: Pelakon dan pengacara
Media sosial: Instagram @mona.allen

Fakta Menarik
1. Berdarah kacukan Melayu-Inggeris.

2. Pernah menjadi pengacara program Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2000.

3. Hangat diperkatakan sekitar era 90-an gara-gara kemunculannya dalam iklan komersial Celcom yang menggunakan cogan kata 'Awak Nampak Birulah'.

4. Selepas menamatkan persekolahan, Mona menumpukan perhatian terhadap pengajian demi memenuhi harapan kedua orang tuanya. Kemudian beliau menguruskan perniagaan bersama keluarga.

5. Sejak tahun 2016, dia kembali mewarnai dunia hiburan kerana cinta yang mendalam.

6. Ingin berhati-hati mengatur langkah sebagai anak seni kerana enggan terpalit dengan sebarang isu kontroversi.


7. Sejak kemunculan semulanya, dia membintangi banyak drama popular iaitu Mr. Donat Karamel, Cik Serba Tahu, Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah, Waris Kampung Semarah Padi, Monalisa, Mencari Qiblat dan terkini, Seribu Rindu.

8. Menerusi Seribu Rindu yang ditayangkan di Slot Akasia, saluran TV3, di bawah arahan Zamri Zakaria, beliau berkerja di samping nama-nama terkenal seperti Azira Shafinaz, Zul Ariffin, Fadlan Hazim, Ku Faridah, Fazlina Ahmad Daud, Zaefrul Nordin, Doria Rachel, Ainul Aishah, Aman Graseka dan Hafizuddin Fazil.

9. Manakala beberapa telefilem lakonannya ialah Joras Van Haji Murshid, Licin dan Kitab Sijjin.

10. Bakal terbit dalam filem arahan Mamat Khalid berjudul Manap Karaoke pada tahun 2019 yang turut dibintangi Pekin Ibrahim, Ropie dan Joey Daud. -CARI


6

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
8

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 14-2-2019 12:43 PM
Mona ni umo 34 ke 38?kat atas tulis 34..kt biodata 38
Quote zafira 14-2-2019 12:43 PM
mana pi model mat salleh yang dicanang2 dulu? apapun tahniah lah... dapatlah jugak kacuk mat salleh...
Quote missDollie 14-2-2019 12:46 PM
Cantik gamba last..
Quote imanda 14-2-2019 12:46 PM
kat bio xtulis pon penah kawin dulu n ada anak.
anak2 dia dok ngn ex laki ke?
Quote xixin5230 14-2-2019 12:47 PM
Tahun 80, maka 38 la kan...
Cantik diaa ni...untung pekin..dpt lawo2 belaka..
Quote kakasotong2 14-2-2019 12:48 PM
Mona ni cantik meols suka tgk, berlakon pun A+

Untungla Pekin yach busok2 kepam pn dpt bini stok wangi
Quote None68 14-2-2019 12:57 PM
Tahniah semoga berkekalan.
Quote LolaRosa 14-2-2019 01:03 PM
Untungnye pekimm
Quote pearl.silver 14-2-2019 01:07 PM
Gambo trobek tu pekin nmpk wangi masa ngn uqasha tp npe skang nmpk busuk?
Semoga berkekalan lah.. Jaga mona leklok
Quote azlinaaz 14-2-2019 01:14 PM
pekin ni  pernah couple dgn ayu rodah juga dulu...
Quote shernazz 14-2-2019 01:35 PM
Masa iols baca majalah mangga dedolu
Ada si muna ni cite..
Mak.dia nak.beranakkan dia
Dh contraction pon still pegi shopping barang baby...habahaha
Tu je lah..
Quote immaryjane 14-2-2019 01:36 PM
Cantik nya gambar last
Quote fushimi 14-2-2019 01:38 PM
pekin ni handsome kalau di goming betul betul tapi sayang kenapa heols berimej kepam sebegitu

tapi huntunglah dapat hakak mona yang jelita itew




Quote de_ikea 14-2-2019 01:39 PM
cicicumel replied at 14-2-2019 12:43 PM
Mona ni umo 34 ke 38?kat atas tulis 34..kt biodata 38

Sikit lg dah nk masuk 39!
Quote de_ikea 14-2-2019 01:41 PM
kakasotong2 replied at 14-2-2019 12:48 PM
Mona ni cantik meols suka tgk, berlakon pun A+

Untungla Pekin yach busok2 kepam pn dpt  ...

Iols selaku peminat tegar iman supermodel dan pelukis potrer, memohon mayadarina @kakiseboksebok memberi sepatah duakata.
Quote Orkidgold 14-2-2019 02:27 PM
Alhamdulillah...mmg npk bahagia je diorng ni..suka tgk...
Quote mieymiey 14-2-2019 02:29 PM
Sebenarnya, kami sepakat untuk tidak hebohkan perancangan ini. Bukan apa, bimbang juga kalau tak jadi, lain pula ceritanya.


Pekin dah insaf kot
Quote dewi_rina 14-2-2019 02:30 PM
Serious ke dia 38 tahun?
Lawa lah
Cuma dalam drama Dia Menantu Rahsia smlm ada jugak nmpak kedut muka dia
Sikit je lahh
Quote anony-mous 14-2-2019 02:31 PM
Cantik dia ni. Terkejut mcm mana pekin boleh smbar awek cun2

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.054257 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top