CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Pengasuh Paksa Bayi Minum Susu Sampai Mati Kerana Ganggu Tidurnya

13-2-2019 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3040| Komen: 13

Description: Hanya kerana dikejut dari tidurnya, seorang pengasuh bertindak membunuh seorang bayi dengan memaksanya meminum susu hingga mati kelemasan.
Hanya kerana dikejut dari tidurnya, seorang pengasuh bertindak membunuh seorang bayi dengan memaksanya meminum susu hingga mati kelemasan.



Memetik New York Post, kejadian di Maryland itu berlaku selepas bayi berusia lapan bulan berkenaan dikatakan mengganggu Oluremi Adeleye, 73, dari tidurnya.

Berdasarkan laporan The Washington Post, wanita warga emas itu didakwa pada Isnin selepas mahkamah mendapati tertuduh melakukan penderaan dan menyebabkan kematian Enita Salubi pada 2016.

Perbuatannya itu dirakam sebuah kamera kecil yang dipasang ibu bapa mangsa untuk memantau keselamatan anak mereka.



Menerusi rakaman itu, Enita yang menggunakan 'walker' bayi dilihat menarik baju dan menepuk-nepuk kaki pengasuh berkenaan yang sedang berbaring di atas sofa.

Berang tidurnya diganggu, Oluremi menyumbat botol susu ke dalam mulut mangsa hingga menghabiskan hampir lapan auns susu dalam masa kurang 30 saat sehingga bayi itu terjatuh dari walkernya.

Namun, wanita itu dengan kejam mengangkatnya dan terus menyumbat botol kedua hingga bayi itu terdiam tidak bermaya.

Sementara itu, Metro.co.uk melaporkan, Oluremi menegaskan dia hanya ingin memastikan bayi itu tidak kelaparan.

Menurutnya, memaksa kanak-kanak untuk makan sudah menjadi kelaziman tempat asalnya di Nigeria.


Kredit foto: Metro.co.uk

Oluremi sebelum itu menafikan perbuatannya dengan mengatakan dia tidak membuka penutup botol susu berkenaan ketika kejadian.

Namun, dia kemudian mengubah pengakuannya selepas diberitahu terdapat bukti rakaman video mengenai kejadian itu. - CARI
6

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote None68 13-2-2019 01:09 PM
Gitu pulak ye..mcm2 hal.
Quote umie 13-2-2019 01:45 PM
Rotttt in hellll
Quote chicozinn 13-2-2019 02:15 PM
hmm..ksian anak tu..bongok nigger
Quote Nana_Man 13-2-2019 02:23 PM
Muka buruk, hati pun buruk... RIP little one...
Quote moonbug 13-2-2019 02:27 PM
Tak amanah
Quote Burong_Hantuk 13-2-2019 02:30 PM
Muka pengasuh pun dah nampak sama dengan jembalang
Quote Artemesiaa 13-2-2019 02:45 PM
Jaga sebab nak duit bukan betul iklas nak menjaga macam tu ler jadinya
Quote MadameOnion 13-2-2019 03:01 PM
kesiannya baby..
Quote DollahRepek 13-2-2019 03:41 PM
Org tua2 kata kalo bibir pompuan tu tebal maknanya pepet dia pun tebal..betul kah?
Quote kaklong32 13-2-2019 05:36 PM
gila pnya org

kesian budak tu jadi mangsa
Quote buapakperut 14-2-2019 12:21 PM
pengasuh from hell.. takutnya...
Quote mieymiey 14-2-2019 12:42 PM
Gila punya orang!
Quote kawankau 14-2-2019 01:21 PM
masa ingat tak der cctv jawapan lain...


Bila diberitahu, ada cctv... jawapan lain...

Nampak sangat menipunya nenek N.

Lihat semua komen(13)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-9-2022 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.076680 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top