CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Kes Pedofilia, Skim Cepat Kaya Tapi Macam Mana Buruan AS Terlepas Ke Jakarta?

19-6-2020 10:21 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4560| Komen: 35|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Perumpamaan ini tepat sekali menggambarkan nasib seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang menjadi buruan kerajaan itu kerana terbabit penip ...

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Perumpamaan ini tepat sekali menggambarkan nasib seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang menjadi buruan kerajaan itu kerana terbabit penipuan mata wang kripto akhirnya ditahan di Jakarta, tetapi atas tuduhan berlainan iaitu salah laku seks.

Menurut laporan portal Kompas.com, Russ Medlin, yang memasuki negara itu menggunakan visa pelancong pada tahun lalu, ditangkap di ibu kota Indonesia pada Isnin lalu.

Jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus berkata, suspek ditahan selepas tiga remaja perempuan lingkungan usia 15-17 tahun mendakwa dia membayar mereka untuk melakukan hubungan seks.

"Selepas ditahan, kami memeriksa identitinya dan mendapati dia turut dicari oleh agensi penguatkuasa undang-undang luar negara. Pihak polis juga merampas wang tunai lebih ASD20,000 (RM85,000) daripada suspek. Jika bersabit kesalahan di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak Indonesia, Medlin boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun."

Kredit foto : Suara.com

Kekecohan bermula apabila ramai penduduk setempat curiga dengan beberapa remaja perempuan keluar masuk rumahnya.

"Russ minta dicarikan perempuan di bawah umur melalui WhatsApp. Kemudian, dia diperkenalkan dengan mangsa atas nama SS yang masih berusia 15 tahun. Setelah berkomunikasi, Medlin meminta perempuan tersebut mengajak rakan-rakannya yang dinamakan LF dan TR. Mereka dijanjikan bayaran sebanyak 2 juta Rupiah (RM600)." 

Kredit foto : Tempo foto

Lebih teruk, rupa-rupanya Russ turut merakamkan aksi seks mereka ke dalam telefon bimbit dengan alasan sebagai simpanan peribadi. Malah, di Nevada juga Russ sudah dua kali didakwa atas merogol remaja berusia 14 tahun pada tahun 2006 dan 2008.

"RAM minta dicarikan perempuan yang masih anak di bawah umur kepada tersangka A (perempuan, sekitar usia 20 tahun, warga negara Indonesia) melalui pesan WhatsApp. Kemudian, tersangka A mengenalkan dengan korban atas nama SS yang masih berusia 15 tahun," kata Yusri. Setelah berkomunikasi via WhatsApp dengan SS, Medlin meminta perempuan tersebut untuk mengajak teman-temannya. Dari kesepakatan itu, SS mengajak dua temannya yang berinisial LF dan TR. "Mereka dijanjikan diberikan imbalan uang masing-masing sebesar Rp 2 juta," kata Yusri.

Artikel ini telah tayang di Kompas.com dengan judul "Fakta-fakta Russ Medlin, Buronan FBI yang Tertangkap karena Sewa PSK Anak di Jakarta", https://megapolitan.kompas.com/read/2020/06/17/06342451/fakta-fakta-russ-medlin-buronan-fbi-yang-tertangkap-karena-sewa-psk-anak?page=all.
Penulis : Walda Marison
Editor : Irfan Maullana

Sementara itu, laman sesawang negeri Nevada yang menyiarkan nama pesalah seks menyenaraikan Russ Albert Medlin sebagai pesalah 'tidak patuh' tahap dua yang bermaksud kedua paling serius, dengan alamat di Las Vegas.

Kredit foto : Kompas.com

Pada Disember lalu, Jabatan Keadilan AS berkata tiga individu ditahan atas tuduhan penipuan sebanyak ASD722 juta (RM3 bilion) daripada pelabur yang terpikat dengan pendapatan lumayan hasil daripada bitcoin palsu.

Pendakwa raya di AS menuduh Medlin mengetuai 'BitClub Network' (Rangkaian Kelab Bitcoin) yang mengambil wang daripada pelabur menerusi skim 'ponzi' (cepat kaya) berteknologi tinggi.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada pihak berkuasa AS akan memohon untuk mengekstradisi Medlin susulan kes matawang kripto di negara itu.

Macam mana penjenayah yang mempunyai rekod sebegini boleh terlepas ke luar negara? - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnnyLever 18-6-2020 08:37 PM
[youtube]2wajlS9Vv7A[/youtube]
Quote sarah82 18-6-2020 10:52 PM
Dasyat gak. Boleh lepas dari FBI
Quote Cari-Azza 19-6-2020 10:21 AM

Quote sarah82 19-6-2020 10:28 AM
Johnny dah buka thread semlm.
Quote Tinot7 19-6-2020 10:32 AM
Camana US lepaskan org mcm ni ke dunia?
Quote umbut 19-6-2020 10:36 AM
Muka pun memang muka jahat.. menggerunkan
Quote husna_amal 19-6-2020 10:51 AM
Nasib baik bukan masuk Malaysia.
Quote sarah82 19-6-2020 10:52 AM
Aku skodeng semlm.. Nama dia dlm FBI sajork.. Kalau kes dia dah bawak ke mahkamah.. Patutnya dah dlm list us marshals.
Quote sarah82 19-6-2020 10:54 AM
Tinot7 replied at 19-6-2020 10:32 AM
Camana US lepaskan org mcm ni ke dunia?

Aku suspek.. Dia keluar melalui i mexico guna passport palsu. Dari mexico terbang ke Indonesia.  Ni bukan kali pertama pedo dari US terlepas.. Ada kes pembunuh + pedo terlepas ke China.. Selepas 10 tahun baru dpt tangkap.. Lepas US buat face recognition.
Quote sarah82 19-6-2020 10:58 AM
Lagi satu lubuk FBI cari penjenayah based on DNA adalah company dna mcm MyHeritage, 23andMe. Company2 ni adalah pool DNA percuma dan boleh diakses oleh mana2 pihak berkuasa tanpa ada sekatan dlm undang2..

Antara kes pembunuhan yg diselesaikan dgn kewujudan dna pool oleh company2 ni adalah kes melibatkan pembunuhan seorg wanita OKU.
Quote Tinot7 19-6-2020 11:03 AM
sarah82 replied at 19-6-2020 10:54 AM
Aku suspek.. Dia keluar melalui i mexico guna passport palsu. Dari mexico terbang ke Indonesia.  N ...

Nasib baik tak terlepas ke mesia.. tapi yg terlepas tak tertangkap, siapa yg tau...
Quote sarah82 19-6-2020 11:09 AM
Tinot7 replied at 19-6-2020 11:03 AM
Nasib baik tak terlepas ke mesia.. tapi yg terlepas tak tertangkap, siapa yg tau...

Kita pernah ada kes.. Pedo dari UK.. Mangsa pedo ni budak2 india..

Syurga pedo adalah Thai, Kemboja, Indonesia dan Filipina.
Quote Tinot7 19-6-2020 11:14 AM
sarah82 replied at 19-6-2020 11:09 AM
Kita pernah ada kes.. Pedo dari UK.. Mangsa pedo ni budak2 india..

Syurga pedo adalah Thai, Ke ...

Kes pedo UK tu budak2 india ke? Iols tak tau pula.

Pedo akan target org2 yg susah. Itu sbbnya kena pastikan rakyat cukup makan.
Quote sarah82 19-6-2020 11:16 AM
[youtube]Kn-juIkP6Hc[/youtube]
Quote sarah82 19-6-2020 11:21 AM
Tinot7 replied at 19-6-2020 11:14 AM
Kes pedo UK tu budak2 india ke? Iols tak tau pula.

Pedo akan target org2 yg susah. Itu sbbnya k ...

Yap.. Iols tengok... Mangsa dia budak2 india.. Dia kerja sebagai guru bahasa inggeris....
Quote sarah82 19-6-2020 11:25 AM
John Wayne Gacy pembunuh bersiri pedo yg paling berprofil kat US..

Dia bunuh 33 org kanak2 dan remaja lelaki yg mana mayat ditanam bawah rumah dia.

Dia target utama adalah kanak2 dan remaja yg lari dari rumah ..acah2 nak tolong  tapi dia akan liwat dan seksa dulu kanak2/remaja ni.. Dah puas dia bunuh depa.
[youtube]c7FVHmzO9Mw[/youtube]
Quote sarah82 19-6-2020 11:28 AM
[youtube]sF9-r4JjRBw[/youtube]

Ni kes kat malaysia.

Kita dimomokkan yg mostly pedo adalah org islam... Kenyataannya pedo ni tak kira agama dan bangsa..
Quote Tinot7 19-6-2020 11:30 AM
sarah82 replied at 19-6-2020 11:28 AM
Ni kes kat malaysia.

Kita dimomokkan yg mostly pedo adalah org islam... Kenyataannya pedo ni ...

Yg iols tahu pedo huckle tu..
Pedo mmg tak kenal bangsa dan agama.
Quote sarah82 19-6-2020 11:34 AM
[youtube]nPyBlcyB3Tc[/youtube]

Lihat semua komen(35)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.183297 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top