CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Erma Fatima Sebak Pemuda 'Berdarah' Hadir Temu Duga Lepas Kemalangan

20-6-2020 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8861| Komen: 54

Description: Bercampur baur perasaan Erma Fatima apabila melihat kecekalan seorang pemuda sanggup menghadiri temu duga di syarikatnya sebaik terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke pejabatnya, kelmarin.
Bercampur baur perasaan Erma Fatima apabila melihat kecekalan seorang pemuda sanggup menghadiri temu duga di syarikatnya sebaik terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke pejabatnya, kelmarin.


Menerusi video dimuat naiknya itu, Erma sertakan sekali video kejadian dan gambar kecederaan dialami pemuda terbabit yang menjadi mangsa langgar lari.



"Perjalanan dia ke pejabat aku untuk temuduga mengakibatkan dia mendapat kemalangan. Yang melanggarnya lari. Sebak aku kerana dia masih datang temu duga dalam keadaan berdarah semata-mata untuk selesaikan juga temuduga dengan aku.

"Terketar-ketar dia depan aku menahan sakit. Aku suruh dia ke hospital namun dia tetap paksa aku untuk interview (temu duga) dia. Kau sangat cekal dik dan aku dapat tahu tulang rusuknya patah dan hatinya bengkak," tulisnya di Instagram.

Kata pengarah, penerbit dan pelakon itu, dia akan menunggu sehingga lelaki berkenaan sembuh kerana kecekalannya dalam mencari rezeki.


Kredit foto: Harian Metro/IG Erma

Sementara itu, Harian Metro melaporkan, Erma berjanji menawarkan jawatan bersesuaian sebaik lelaki itu pulih nanti.

"Saya percaya jika begitulah sikapnya, maknanya apabila dia bekerja juga dia akan bersungguh-bersungguh seperti itu. Dalam keadaan begitu dia masih berusaha. Itu yang menyentuh hati saya," katanya kepada Harian Metro.

Manakala, Ahmad Muzammil Mohd Haflan, 33, yang masih menerima rawatan di hospital meluahkan rasa terima kasih dan terharu apabila Erma sanggup menunggu hingga dia sembuh untuk memberi peluang bekerja kepadanya.

Kata jurugambar sambilan itu, dia mengabaikan rasa sakit dan luka yang masih berdarah kerana memikirkan temujanji yang sudah dibuat dengan Erma.

"Saya tak bolehlah tak datang sebab nanti kak Erma ingat saya tak serius nak mohon jawatan itu," katanya. - CARI
1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • matchstick

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CauPandin 20-6-2020 11:37 AM
so???

uols nak weols grab popcorn ke??
Quote zu_nia 20-6-2020 11:38 AM
Terkejut baca kat fb viral nie sebab mangsa tue suami pada kawan.
Quote awanearisu 20-6-2020 11:53 AM
zu_nia replied at 20-6-2020 11:38 AM
Terkejut baca kat fb viral nie sebab mangsa tue suami pada kawan.

Semoga dipermudahkan urusan beliau sekeluarga.
Quote dua_chzy 20-6-2020 11:57 AM
zu_nia replied at 20-6-2020 11:38 AM
Terkejut baca kat fb viral nie sebab mangsa tue suami pada kawan.

Syukur masih panjang nyawa heols. Semoga dipermudahkan urusan meka sefamily.
Quote kelapaparut 20-6-2020 11:57 AM
susah zmn covid ni nak cr keje, kalu boleh walau berdarah2 skalipun sanggup dtg interview
Quote Pujangga22 20-6-2020 12:40 PM
pengorbanan utk mencarik sesuap nasi...
Quote 234126 20-6-2020 01:02 PM
meanwhile BBNU baru dapat keja, bila task menimbun je dah migrain la demam la asyik mc asyik cuti. Lepas tu orang lain kena siapkan. Budak opis iol. Abis orang lain tak sesak kepala byk keja? Emosi pulak iol kuikuikui.
Quote Xim 20-6-2020 01:08 PM
Betul jugak...gigih dtg wpun accdt....smg rezeki utk abg ni....keje leklok....rupenye kes driver persona langgar lari rupenye ...bengap betul pnye driver.....
Quote Xim 20-6-2020 01:09 PM
awanearisu replied at 20-6-2020 11:53 AM
Semoga dipermudahkan urusan beliau sekeluarga.

So ape updates dia sis?dah dpt lom driver bebai tu?
Quote awanearisu 20-6-2020 01:12 PM
Xim replied at 20-6-2020 01:09 PM
So ape updates dia sis?dah dpt lom driver bebai tu?

Patutnya kena tag @zu_nia
Quote Xim 20-6-2020 01:13 PM
awanearisu replied at 20-6-2020 01:12 PM
Patutnya kena tag @zu_nia

Eh sorry ...trslp reply plak....cmne la leh x prasan....sorry sis....
Quote nefnefnef 20-6-2020 01:21 PM
Alhamdulillah. Dapat juga dia kerja. Insaf iols
Quote awanearisu 20-6-2020 01:30 PM
Xim replied at 20-6-2020 01:13 PM
Eh sorry ...trslp reply plak....cmne la leh x prasan....sorry sis....

Tak apa. Kita pun harap ada perkembangan dengan suspek langgar lari itu. Sebab itu kita tag forumer di atas.
Quote Lailerthee 20-6-2020 01:36 PM
Semoga Allah mudahkan urusan encik ni memcari rezeki untuk keluarga
Quote ClassicMeow 20-6-2020 01:56 PM
Semoga cepat sembuh & dipermudahkn urusan dlm mencari rezeki
Quote sayawifenikmie 20-6-2020 01:56 PM
tapi itu lah .. bawak motor kecik ... menvelah dilorong kanan lorong laju ..... jarang jumpa motor mencelah lorong kanan ...
Quote sukacactus 20-6-2020 02:02 PM
Haih! Laju2 semuanya
Semoga dapat la yg melanggar lari tu
Nak cari keje pun bkn senang skrg
Yg ni nampak la effort nya
Quote limaubali007 20-6-2020 02:06 PM
Ya Allah, kesiannya.. Semoga dilimpahkan rezeki tak putus putus buat adik yg accident ni dan rezeki kak Erma Fatimah juga, Aamin..
Quote zu_nia 20-6-2020 03:26 PM
Edited by zu_nia at 20-6-2020 03:28 PM
Xim replied at 20-6-2020 01:09 PM
So ape updates dia sis?dah dpt lom driver bebai tu?


Driver tue x sure sebab kawan x update pape just dia ada update suami dia dh discaj...sbnrnya pagi nie pun baru dapat berita kawan sekolah kitaorang meninggal 3 beranak kes accident jalan KK-gerik tengah malam..viral dh berita nie...kete toyota vios arwah tue. Tinggal anak sorang yg masih selamat umur 4 tahun..

Lihat semua komen(54)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-5-2022 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.092683 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top