CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kurus Sebab Ambil Barang Terlarang? Ayie Floor88 Puas Melantak Nak Tutup Mulut Orang

18-6-2020 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15065| Komen: 63

Description: Ramai orang sanggup bersusah payah menguruskan badan dan tidak kurang juga golongan kurus berusaha untuk menaikkan berat.
Ramai orang sanggup bersusah payah menguruskan badan dan tidak kurang juga golongan kurus berusaha untuk menaikkan berat.

Itulah yang dialami Ayie, vokalis Floor88 berikutan dituduh mengambil barang larangan.



Kredit foto: IG Ayie

"Sebenarnya, saya dalam proses nak besarkan badan sebab bila kurus ini, ramai tuduh saya ambil barang terlarang!

"Sebab nak tutup mulut orang, saya makan banyak, tapi sampai sekarang masih badan macam ini. Mungkin faktor genetik sebab dari dulu memang kurus. Makanlah banyak mana pun, berat saya tetap dalam lingkungan 50 kilogram sahaja.

"Saya ada cuba ambil vitamin yang sesuai untuk naikkan berat badan. Malah, kami pun ada dapat tajaan latihan di gimnasium, tapi malangnya saya bukan jenis yang rajin nak turun bersenam di gim. Jadi, banyak makan dan tidur sahaja," katanya kepada mStar.




Tidak berkecil hati, penyanyi berusia 23 tahun itu menjalani ujian dan mengikuti kempen anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) tahun lalu, sekali gus membuktikan dia bebas dari sebarang bahan terlarang. Malah, Floor88 dipilih menjadi ikon Antidadah 2019/2020.

"Saya tak kecil hati pun sebab saya tahu apa saya buat. Memang dari dulu orang tegur fasal saiz badan saya yang kecil ini," ujarnya. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 18-6-2020 11:53 AM
Penah tserempak dia ni kt Sunway Pyramid. Kecik sungguh. Iols lg tggi dari dia wlupun iols pakai flip flop je ms berselisih dgan dia. Tapi dia nmpak humble sbb ad org tahan ajak bergambar dia layan je n dia jenis laki muka cute.
Quote anggeriklatifah 18-6-2020 11:57 AM
pernah gak nampak beliayau dari jauh
sejenis humble happy2 gila2 gitew
and cute dan kacak
muka bebudak2 baik dan bukan rempit
Quote mieymiey 18-6-2020 12:00 PM
Memang jenis badan kecik kan? Saing-saing dek Manno kot.
Quote aemon 18-6-2020 12:01 PM
ambik makanan bergula lebih.insyallah berat naik...penyakit pun naik
Quote Zack8hunter 18-6-2020 12:07 PM
ok la tu.. mmg ada jenis badan mcm ni kan.. yg tak menahan tu iklan Fit Gun by Zizan Razak.. siap dgn ayat "Rahsia Zizan tetap slim".. pekejadahnyer rahsia ko guna alat tu utk slim.. dah sah2 Zizan tu mmg sejenis cicak kobing sejak dari azali lagi..
Quote KIM.K 18-6-2020 12:30 PM
Menyampah spesis jerangkung melidi ni ngamuk org kata amik dadah
Quote husna_amal 18-6-2020 12:36 PM
buat apa peduli dengan kata orang kalau takde terlibat dengan bende terlarang.
Quote terpaling 18-6-2020 12:39 PM
memang spesies kecik kot dia ni..
Quote Suchi 18-6-2020 12:56 PM
mieymiey replied at 18-6-2020 12:00 PM
Memang jenis badan kecik kan? Saing-saing dek Manno kot.

Org lelaki mmg tak selesa badan dorang kurus kecik.
Mcm adik ipar iols marah sokmo kalau naik penimbang berat cuma 50kg.

Yg kita org pompuan ni suka sgt kalau tak berubah2 jarum penimbang tu huhuhu.
Quote umbut 18-6-2020 12:58 PM
Hencemm.. biarlah kecik kurus waktu muda2 ni.. tgh ligat... nanti dah tua jgn boroi cam zek zedi
Quote Suchi 18-6-2020 12:59 PM
Dia ni muda lagi normal masih keding, tunggu la dh bapak2 sok.
ramai juga yg masih kecik  walau dh kawen tp jgn selesa sgt aritu kat PHM ade kupas isu makan bnyak tapi kurus ni.
Bahaya ok, hakikatnya kurus kat luar tp gemuk kat dalam.
Nak plak kalau jenis tak jaga mkn tetap melantak mcm2 nk suh gemuk.
Quote miss_strangers 18-6-2020 01:15 PM
Owang laki biasa pas kawen muncit perut dia..xtau sebab ape
Quote dua_chzy 18-6-2020 01:22 PM
Suchi replied at 18-6-2020 12:56 PM
Org lelaki mmg tak selesa badan dorang kurus kecik.
Mcm adik ipar iols marah sokmo kalau naik pen ...


Ex kelig ai gitu la. Punya la happy bila berat dia naik pi 57-58kg, sebab berat heols dalam 54-55kg jah. Menten sejak ai kenal heols 10 tahun lepas hingga sekarang. Wife heols pula dari saiz S pegi XL after nikoh.
Quote dua_chzy 18-6-2020 01:25 PM
Suchi replied at 18-6-2020 12:59 PM
Dia ni muda lagi normal masih keding, tunggu la dh bapak2 sok.
ramai juga yg masih kecik  walau dh  ...

Yeap. Apendiks, diabetes, darah tinggi, etc, tetap boleh kena. Orang2 kurus sekitar aiol rata2 berpenyakit sebab ingatkan kurus boleh la melantak macam2 tak jaga. Bila dah kena, barulah beringat untuk jaga makan. Termasuk kelig yang ai cerita tu. Hada apendiks hampir ruptured bertahun dulu tapi syukur sempat gi sepital, detected and bedah.
Quote gelas_pelastik 18-6-2020 01:35 PM
Alaaa normal kot budak bujang lelaki keping gitu. Adik jantan iols siap nak makan weight gain bagai. Esok2 dah berbini memang membuak la naik, takyah nak ber weight gain la haiii
Quote bakingsoda 18-6-2020 01:37 PM
sesuai la badan mcm tu dgn ketinggian, buruk ok orang pendek badan sado
Quote 3480 18-6-2020 01:46 PM
Pompuan lps beranak/Makin berusia Makin berisi/gemuks.. laki lps kawen/Makin tua Makin boroi.. kebanyakan la.. tp klu di Asia tenggara kebanyakan Malaysian la camni
Quote hyie 18-6-2020 01:51 PM
nanti dah kawen badan kau naik ler dikkkk...bini masak sedap hari2 katanya
Quote lil_honey 18-6-2020 02:05 PM
suara dia ni sedap betul...

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.069638 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top