CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aeril Zafrel Bayar Zakat Sebulan Sekali, Itu Pun Kena Tuduh Riak?

19-6-2020 10:11 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11821| Komen: 81|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: "Jika tak mampu untuk mendoakan, jangan kita jadi asbab menyebarkan kebencian."




"Jika tak mampu untuk mendoakan, jangan kita jadi asbab menyebarkan kebencian."

Itu luahan Aeril Zafrel, 32, di laman Instagramnya akibat komen warganet yang menuduhnya menunjuk-nunjuk kerana mahu menunaikan zakat sebulan sekali berbanding sebelum ini yang setahun sekali.

Meninggalkan komen-komen berbaur kebencian, menghina dan menyindir di hantarannya menjelaskan yang Aeril kecewa dengan dakwaan tersebut. 

Baginya, apa yang dilakukan adalah untuk mengajak lebih ramai orang menunaikan kewajipan, namun sebaliknya berlaku bila dia disindir sebagai tidak ikhlas.


"Niat itu urusan hati, HATI itu urusan iLAHI."


Kredit foto: IG

Menurut Aeril lagi, dia hanya berniat baik dengan mengingatkan mereka yang berniaga bagi menunaikan zakat apabila cukup masanya, tetapi tidak menyangka dilempar tuduhan sebegitu rupa.

Tuduhan seperti menyamakan dirinya dengan Aliff Syukri yang minta dipuji serta membuat amal kebajikan dengan niat riak, sangat mengguris hatinya.



Kredit foto : Ig

Terdahulu, Aeril pernah memuat naik gambarnya yang menunaikan zakat perniagaan turut meminta doa daripada warganet agar kekal istiqamah menunaikan ibadah ini setiap bulan.

Selain itu, pelakon Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi ini turut menyeru golongan peniaga menjalankan tanggung jawab ini turut mengeluarkan zakat perniagaan.


Kredit foto : IG

Warganet turut meminta Aeril bersabar serta tidak lagi meletakkan gambar sebegitu di laman sosial Facebook kerana lebih banyak komen negatif berbanding positif.



Kredit foto : Ig


Sementara itu, rakan artis turut memuji tindakan Aeril yang konsisten menunaikan zakat.

Kredit foto : IG

Susah juga ya, kalau menguar-uarkan kebaikan dengan harapan lebih ramai terinspirasi sebenarnya menyakitkan hati segelintir warganet. Jadi, perlukah Aeril terus berkongsi perkara baik atau diam-diam sahaja?  - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • misswa

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote irvene 19-6-2020 10:23 AM
sebab dia suka show off n merempan semua benda jd dia buat baik pun org dh tak suka
Quote KIM.K 19-6-2020 10:27 AM
Bagus la tu. Ada kemampuan iols pun nak ikut camni. Kalau tunggu setahun sekali takut termakan duit zakat. Zakat ni buat bisnes kekal mantap. Good example

Dulu asyaraff mazlan tayang bil letrik dia -RM4k. Iols inspired pastu selalulah bayar advance bil iols sampai negatif



Quote BicaraHatiku 19-6-2020 10:37 AM
Nak bayar zakat takyah la mcm nak buat pengumuman raya chulos siap sessi photoshoot sama pak lebai . Cukup setakat "Zakat, tanggungjawab kita". 2 baris dahhh maximum. Retis2 kan suker naw buat karangan berjela sampai org muak. Ovahh gitue.
Quote paz 19-6-2020 10:42 AM
I tengok view lain - Maybe dia nak bagi promosi kat PZZ tu and galakan orang bayar zakat kot.
Quote husna_amal 19-6-2020 10:45 AM
Husnuzon je lah. Apa yang dia lakukan tu kan perkara baik.
Quote tikusmontok 19-6-2020 10:47 AM
orang makan gaji pun bayar zakat tiap2 bulan potong gaji, tak kecoh pun.
Quote LadyCarefree 19-6-2020 10:54 AM
irvene replied at 19-6-2020 09:23 AM
sebab dia suka show off n merempan semua benda jd dia buat baik pun org dh tak suka

Hehehe khenzsss. Lagipun zakat ni kan kena cukup nisab dan haul. Takpun dia bauar macam pcb then end of financial year dia adjust. But that is stupid actuallynya sebab kalau berniaga, kita taknak lepaskan duit/cashflow until sampai masanya.
Quote LadyCarefree 19-6-2020 10:55 AM
tikusmontok replied at 19-6-2020 09:47 AM
orang makan gaji pun bayar zakat tiap2 bulan potong gaji, tak kecoh pun.

Khenzssssss hehehehehe
Quote edoraixora 19-6-2020 11:00 AM
hobi dia kan meriak....

#hobikitamahal
Quote lee_sakura 19-6-2020 11:01 AM
irvene replied at 19-6-2020 10:23 AM
sebab dia suka show off n merempan semua benda jd dia buat baik pun org dh tak suka

betul tu, hahahaha
Quote mesmerize 19-6-2020 11:03 AM
oklah tu.. tak ramai retis promote bayar zakat ni.. ramai yang promote bayar lhdn jah..
zakat membawa berkat..
Quote slyfynx 19-6-2020 11:25 AM
Bodoh. Tu je mampu aku cakap.
Yang org2 beli produk Wawa Cosmetics pun aku x paham.
Mende timbang kilo pun sokong.
Mmg xde kesan sekarang weh.
Mende ni kesan jangka panjang.
Mende xde R&D kot.
R&D ni bukan mende yang boleh buat dalam masa setahun dua untuk long term effect.

BTW, bentuk penulisan tu yang menunjukkan riak.
Org even if nk promote PZZ x cerita die berzakat sebulan sekali sbb byk sgt duit.
Enough just Mari semua kita membayar zakat. And cerita pasal PZZ, not about u.
Quote kucingitam 19-6-2020 11:41 AM
kau bayar zakat tu dah bagus.. tayang gambar tu je yg org cringe...
Quote Sham143 19-6-2020 11:51 AM
Edited by Sham143 at 19-6-2020 12:00 PM

Alhamdulillah.. Teruskan usaha murni anda.. Semoga dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah.. Aamiin
Quote tembamgirl09 19-6-2020 11:58 AM
apooo ?? kagumzznyaaa
Quote Cassieopeia 19-6-2020 12:00 PM
iols byr tiap bln gak, potong gaji terus senang.. tp utk retis bagusla tu ramai followers bbnu dia ikutla bende elok gini. jgn ikut tiktok je huhu
Quote SherryZass 19-6-2020 12:01 PM
Benda baik berzakat tetiap bulan, tapi yg salahnya show off melebih2 tu buat orang menyampasss
Quote CliptecJr 19-6-2020 12:06 PM
Zakat nie tak semestinya blh bayar sthn skli..nk bayar sbln skli pn blh..apa mslh rakyat malaysia tak tau..mngkin dia nk bayar skli gus lum sum hujung thn..sbb tu dia bayar tiap bulan..benda biasa la..rakyat malaysia kn suka kecam nie..
Quote djzara81 19-6-2020 12:09 PM
Kalo niat dia for awareness, aku sokong.

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.063812 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top