CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Menggigil, Tak Keruan Bila IG Kena Godam - Azah Aziz

14-6-2020 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15239| Komen: 76

Sejak kebelakangan ini, ramai betul selebriti Malaysia menjadi mangsa penggodam dan turut terkena tempiasnya ialah pelakon popular era 1990-an, Azah Aziz.

Menggigil sampai rasa bagai nak luruh jantung, katanya.




Memetik BH Online, Azah yang menetap di Montreal, Kanada ini berkata, pelbagai usaha dilakukan bagi mendapatkan semula akaun Instagramnya.

Mujur adik iparnya yang bekerja dengan Facebook berjaya menggunakan kepakarannya untuk mendapatkan semula akaun Azah.


Kredit foto: IG Azah

"Akaun media sosial seperti IG dan Facebook inilah yang menjadi penghubung saya dengan keluarga, teman dan peminat di Malaysia.


"Tidak keruan apabila akaun IG saya digodam buat kali pertama. Menggigil seluruh badan, saya pula ada tekanan darah tinggi," katanya kepada BH Online.

Azah juga mendedahkan sudah banyak kali IGnya digodam pihak tidak bertanggungjawab itu dengan cubaan menukar pelbagai nama sebelum menggodam orang lain menggunakan akses akaunnya.

"Malah, dia 'unfollow' semua akaun yang saya ikuti. Lucunya, dia mengikut enam akaun yang berasal dari negaranya. Tidak cukup itu, foto pun dipadamkannya.

"Mujur segala muat naik, foto dan video di IG saya kongsi di FB. Orang ini hampir menggodam akaun FB saya, tapi mujur saya cepat menukar kata laluan," katanya.

Dedahnya, dia ada menerima pesanan di WhatsApp daripada penggodam berkenaan kononnya untuk memulangkan semula akaunnya.





Pengalaman itu membuatkan Azah lebih berhati-hati dan berpesan kepada orang ramai agar tidak terburu-buru mengklik pautan tanpa usul periksa serta memastikan kata laluan akaun media sosial adalah berbeza dan ditukar setiap bulan. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote teen_angelJB 14-6-2020 03:29 PM
Smpai mengigil kena godam ig..
Belum lagi diuji Iman..

Done setazah
Quote KIM.K 14-6-2020 03:35 PM
Cantik batik tenganu tu
Quote sharlenetexas 14-6-2020 03:38 PM
Kenapa kening camtuu? Yang lain2 semua ok.
Quote nazzse 14-6-2020 03:40 PM
teen_angelJB replied at 14-6-2020 07:29 AM
Smpai mengigil kena godam ig..
Belum lagi diuji Iman..



Tau takpe..kalut semua retis ig kena hacked..
IG je pun, hidup ngadap socmed ke apa
Quote matbad 14-6-2020 03:54 PM
Belum malaikat jemput lagi dah gigil (pesanan kat diri sndri)
Quote annadonna 14-6-2020 04:01 PM
Hek elehhh sampai menggigil. Beli followers ke sampai menggigil tu  kalau followers real ko tukar ig seribu kali pun dia tetap follow.
Quote manlipeh 14-6-2020 04:05 PM
Time ni Kanada sejuk kot, tu yg gigil
Quote Themilo 14-6-2020 04:10 PM
gitcheewwww... baru kena removed a few pics, menggigil tubuh katanya..

belum lagi disapa izrail, tak tau la macam mana agaknya..  #donedakwah
Quote nia_salina 14-6-2020 04:14 PM
teringat dulu2 suka tgk baju retis pakai for photoshoot bila bumper raya urtv
Quote Esel768 14-6-2020 04:17 PM
Themilo replied at 14-6-2020 04:10 PM
gitcheewwww... baru kena removed a few pics, menggigil tubuh katanya..

belum lagi disapa izrail, ...

Quote rain2169 14-6-2020 04:31 PM
tu dia...... sampai menggigil.....
Quote URUHA 14-6-2020 04:46 PM
Dah tau ada ramai followers, guna la 2 factor aunthentication. Bukan susah nau pun. X sampai seminit da setel.
Quote Nora_29 14-6-2020 04:52 PM
Anak2 bujang AA tasty chuolls
Quote kiah_mai_pulak 14-6-2020 05:52 PM
nasib baik lah Azah ni tak duk Kampung Kerinchi, kalau tak mesti ig name dia AzahKerinchi kan?? gituhhh tk nk kalah
Quote imransulaiman 14-6-2020 06:24 PM
Hauk juga grammar dia ye.. Kbai.
Quote imanjannah 14-6-2020 06:41 PM
sian pulak aku membaca, benda macam ni pun sampai gitu gigilnya
Quote CauPandin 14-6-2020 06:54 PM
iols who r yus kan je la...

kenal sh. shahirah jah gichewwww

Quote Nenasketum 14-6-2020 07:43 PM
Bila hidup berkiblat kan soc med dan batak likes.
Quote emilyrose 14-6-2020 07:53 PM
kiah_mai_pulak replied at 14-6-2020 05:52 PM
nasib baik lah Azah ni tak duk Kampung Kerinchi, kalau tak mesti ig name dia AzahKerinchi kan?? gitu ...

azah budak kg baru kot sbb bapak dia ada gerai makan asam pedas kat kg baru.. power giler asam pedas kedai bapak dia tu.. tak tau la hidup lagi tak kedai tu..

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.051489 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top