CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diperkosa Pakcik Sampai Hamil, Remaja Buang Bayi Di Sawah

15-6-2020 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7057| Komen: 21

Remaja 15 tahun membuang bayi baru lahir di sawah dipercayai hamil angkara diperkosa bapa saudaranya.

Berikutan itu, lelaki berusia 65 tahun terbabit ditahan untuk disoal siasat berhubung kejadian.



Gambar hiasan

Menurut laporan Tribun News pada Isnin, perbuatan lelaki itu terbongkar selepas mangsa mengalami pendarahan pada organ intimnya yang pada mulanya disyaki darah haid.

Kes pembuangan bayi itu diketahui selepas mangsa dibawa ke klinik kesihatan Sukaluyu, Jawa Barat oleh ibu bapanya sebelum disahkan pegawai perubatan bahawa dia sebenarnya baru lepas melahirkan.

Ketua Polis Daerah Sukaluyu, Anaga Budiharso mengesahkan pihaknya menerima panggilan mengenai remaja yang membuang bayi baru dilahirkannya daripada klinik berkenaan.

Difahamkan, bayi berkenaan dibuang di pinggiran sawah yang tidak jauh dari lokasi bilik air, tempat mangsa melahirkan.


Sebaik mengetahui nasib bayi itu, bidan bersama staf dikerahkan ke lokasi untuk membawa mayat ke klinik berkenaan.

Kata Anaga, suspek tergamak melampiaskan nafsu dengan darah daging sendiri ketika mangsa berkunjung ke rumahnya dan mengaku sudah melakukan perbuatan jijik itu sebanyak tiga kali.

Tambahnya, suspek mengancam mangsa supaya tidak membuka mulut mengenai kejadian itu.

Menurutnya, kes masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sama ada bayi itu dibuang sendiri ibunya kerana malu atau disebabkan paksaan pihak lain (suspek). - CARI
1

Bagus
13

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 15-6-2020 01:16 PM
kalau jumpa indon dan sis vokuru jaga social distancing. tak perlu pukul2.
Quote Kurex 15-6-2020 01:22 PM
indonnnnn mendonia
Quote dewi_rina 15-6-2020 01:22 PM
Indon lagi, pagi tadi baca salah masuk bilik pun Indon jugak
Quote polluxsstar 15-6-2020 01:23 PM
Boleh ngak reporternya stop ulang2 berita seginian dr seberang. Gue kesel ni.
Quote padris 15-6-2020 01:38 PM
Sedih betul baca news mcm ni..  
Quote MissLana 15-6-2020 01:50 PM
teruk ya amattt ye indon skrg nihhh. pelik2 tapi bener semua dr deolsss
Quote eyansss 15-6-2020 02:05 PM
MissLana replied at 15-6-2020 01:50 PM
teruk ya amattt ye indon skrg nihhh. pelik2 tapi bener semua dr deolsss

malaysia pun sama banyak teruk2 ni...
Quote husna_amal 15-6-2020 02:54 PM
Tak guna betul perangai lebih teruk dari haiwan. Sebagai pakcik sepatutnya melindungi anak buah bukan menjahanamkan hidup anak buah tu.
Quote gede-bab 15-6-2020 03:50 PM
waduh..yang aneh2 aja berita dari seberang...
Quote matjerk 15-6-2020 05:58 PM
Mmg dah x de issue dh ka kat malaysia ni smpai nak kena ulas negara seberang..
Quote Supersirap 15-6-2020 07:35 PM
Semoga pakcik tersebut dihukum dengan hukuman yang setimpal
Quote Tinot7 15-6-2020 08:34 PM
Tua bangka pun pangai mcm hanat

Berikutan itu, lelaki berusia 65 tahun terbabit ditahan untuk disoal siasat berhubung kejadian.
Quote missyL 16-6-2020 01:33 AM
Indonesia lg.
Byk je kes Indonesia sejak covid19 reda sket nie..
Quote missyL 16-6-2020 01:35 AM
65 pon masih lg berjaya bunting kn anak dara. Tp syg. Secara paksa. Sialan
Quote miznora 16-6-2020 01:46 AM
Tak guna punya pakcik
Quote gideoncross 16-6-2020 03:24 AM
CiliPadiSedap replied at 15-6-2020 01:16 PM
kalau jumpa indon dan sis vokuru jaga social distancing. tak perlu pukul2.

Aduhai nma sis Vokuru d sbut2 lgi haha.
Quote gideoncross 16-6-2020 03:26 AM
missyL replied at 16-6-2020 01:35 AM
65 pon masih lg berjaya bunting kn anak dara. Tp syg. Secara paksa. Sialan

Iol prnh trbca yg llaki smpai tua mmg dpt mmbuntingkn pompuan tpi pompuan kna stop branakkn anak around 40+.
Quote tomitomes 16-6-2020 08:19 AM
Apohal? Dah umo 65 pun bertuhankan napsu serakah lagi kah?
Quote tomitomes 16-6-2020 08:21 AM
MissLana replied at 15-6-2020 01:50 PM
teruk ya amattt ye indon skrg nihhh. pelik2 tapi bener semua dr deolsss

Indon mmg jelik dr dulu smp sekarang yachhhh

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.059910 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top