CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hati-hati! KKM Tak Buat Ujian Swab Rumah Ke Rumah

15-6-2020 04:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2443| Komen: 13

Description: Konon melakukan ujian swab Covid-19 dari rumah ke rumah menjadi taktik terbaru kumpulan melakukan aktiviti penipuan dan rompakan.
Konon melakukan ujian swab Covid-19 dari rumah ke rumah menjadi taktik terbaru kumpulan melakukan aktiviti penipuan dan rompakan.

Berikutan itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan kumpulan tertentu menyamar sebagai anggota Kementerian Kesihatan (KKM).



Foto: BERNAMA

“Kita mengesyaki kumpulan ini menyamar sebagai pihak berkuasa KKM dan menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran palsu untuk melakukan penipuan dan rompakan.

“Setakat ini, KKM hanya melakukan ujian swab di kawasan diisytiharkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sahaja.

“Kalau di luar kawasan PKPD, tidak ada. Saya bimbang ini satu rompakan dan orang ramai dinasihatkan membuat laporan polis,” katanya pada sidang media khas pandemik Covid-19 seperti dipetik MalaysiaGazette.



Foto: MalaysiaGazette

Beliau berkata demikian ketika mengulas rakaman video tular menunjukkan sekumpulan 'anggota KKM' menggunakan van bertulis “Kementerian Kesihatan” dengan nombor pendaftaran milik Perodua Myvi yang dilaporkan dicuri, melakukan ujian swab dari rumah ke rumah. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 15-6-2020 03:05 PM
takde ke ujian lain yg boleh dibuat selain swab? macam ujian darah ke...
Quote Artemesiaa 15-6-2020 03:34 PM
Eloklah dah diberitahu macam tu agar tak ada yang tertipu.  
Quote cutieslilies 15-6-2020 04:01 PM
Edited by cutieslilies at 15-6-2020 04:03 PM
Kurex replied at 15-6-2020 03:05 PM
takde ke ujian lain yg boleh dibuat selain swab? macam ujian darah ke...

ada..tapi tahap keberkesanan mengesan virus guna darah adalah bawah 80%..so tak berapa tepat..

ada 3 jenis :
satu yg ngan hospital kerajaan ..ketepatan 98% tapi keputusan lambat kene hantar lab
dua..test kit : ketepatan 85% hingga 95%.. lagi tepat kalau ada simptom..15 min tau dah result

tiga check ujian darah : ketepatan lebih rendah...

mana aku tau?..sbb dah buat ....sakit wooooo..so bila buat jgn gerak2..


Quote Kurex 15-6-2020 04:43 PM
cutieslilies replied at 15-6-2020 04:01 PM
ada..tapi tahap keberkesanan mengesan virus guna darah adalah bawah 80%..so tak berapa tepat..

...

Yg mana satu yg sakit tu?
Quote Supersirap 15-6-2020 07:28 PM
Bagus info ini, boleh dapat tahu jika ada orang mahu buat scam berkenaan swab test
Quote ninja9 15-6-2020 07:57 PM
cutieslilies replied at 15-6-2020 04:01 PM
ada..tapi tahap keberkesanan mengesan virus guna darah adalah bawah 80%..so tak berapa tepat..

...

test kit pakai apa... darah ker atau cairan dlm hidung

Quote cutieslilies 16-6-2020 09:27 AM
ninja9 replied at 15-6-2020 07:57 PM
test kit pakai apa... darah ker atau cairan dlm hidung

jolok dlm hidung tu...auchhhhhhhhhhhhhh

Quote cutieslilies 16-6-2020 09:29 AM
Kurex replied at 15-6-2020 04:43 PM
Yg mana satu yg sakit tu?

yg jolok dlm hidung tu..tu sakit..tipu kalau org ckp x sakit..cuma sakit tu x lama kalau masa buat tu..duk relex..diam jer and tarik nafas dalam2 dan tahan...



Quote Kurex 16-6-2020 09:33 AM
cutieslilies replied at 16-6-2020 09:29 AM
yg jolok dlm hidung tu..tu sakit..tipu kalau org ckp x sakit..cuma sakit tu x lama kalau masa buat ...

uishhhhh
ramai kata gatal2 je.... tak caya sebab kalau gatal je takkan la ada cerita yg doktor mintak maaf byk kali masa buat jolok hidung org...
Quote cutieslilies 16-6-2020 09:37 AM
Kurex replied at 16-6-2020 09:33 AM
uishhhhh
ramai kata gatal2 je.... tak caya sebab kalau gatal je takkan la ada cerita yg doktor mi ...

gatal??..pelik aku apa yg gatal...hahahahaahah

Quote husna_amal 16-6-2020 09:49 AM
Harap2 orang ramai peka dengan perkara ni. Takut jadi perkara yang yang tak baik.
Quote Kurex 16-6-2020 10:11 AM
cutieslilies replied at 16-6-2020 09:37 AM
gatal??..pelik aku apa yg gatal...hahahahaahah

katanya gatal hidung... aku nak buat tapi takut... tapi aku kena buat jugak
Quote cutieslilies 16-6-2020 10:33 AM
Kurex replied at 16-6-2020 10:11 AM
katanya gatal hidung... aku nak buat tapi takut... tapi aku kena buat jugak

insyaallah..takde apa aih... yg penting relexx jer...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.091378 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top