CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fathia Latiff Kembali Bertudung

14-6-2020 11:08 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 28336| Komen: 117|Original author: Oleh: Saiful

Fathia Latiff dah kembali bertudung dan sudah bersedia sekiranya menrima kecaman.

Kata pelakon ini, dia tidak dapat mengelak sekiranya ada yang mengaitkan dirinya sebagai mempermainkan agama.


"Saya pasti akan ada kritikan dan saya tak boleh buat apa-apa. Tapi saya suka kritikan kerana apa yang diperkatakan itu ada betulnya. Saya akan belajar dan terima apa yang diperkatakan untuk kebaikan. Mereka yang buat saya banyak berubah. Walaupun kata-kata mereka agak 'laser' tapi ia ada betulnya. Benda-benda baik kenapa saya tak ikut," katanya kepada Harian Metro.

Foto: IG
Difahamkan Fathia bertudung semula sejak sebelum Ramadan lalu.

Perbincangan hati ke hati bersama ibu dan ahli keluarga membuatkan dia bertekad untuk bertudung kembali selepas lebih setahun menanggalkannya.



"Kata ummi, sampai bila saya asyik nak pakai dan buka tudung. Kita kena ada pendirian dalam hidup. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pula buat saya banyak luangkan masa dengan keluarga dan ada hikmahnya hingga saya buat keputusan ini.

"Sebelum ini pun saya tercari-cari pendirian sendiri. Apabila selalu bergaul dengan keluarga seperti solat Tarawih bersama, sedikit demi sedikit hidayah kembali datang," tambahnya.


Bukan itu sahaja, Fathia mengakui perasaannya tidak tenteram jika tidak memakai tudung.

"Yang sebenarnya ketika jual tudung sebelum ini pun saya memang tak bertudung. Saya setuju perniagaan ini antara faktor yang buka hati saya kembali bertudung. Sampai bila nak macam dulu sahaja. Dulu saya terburu-buru buat keputusan tanggalkan tudung. Saya nak lawan benda yang betul. Saya akhirnya sedar saya wanita Islam, kena pakai tudung. Saya terfikir pada usia sekarang kenapa nak lawan cakap keluarga. Dulu lainlah kerana mungkin saya masih muda."-CARI

2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnnyLever 14-6-2020 11:17 AM
tapi dia ini sudah ada saingan, dulu anak mami penang memang dia lagi lawa dari fasha sandha.

tapi sekarang aku rasa wana ali lagi lawa pulak.
Quote Hypothetically 14-6-2020 11:24 AM
Just move forward dear. Buat yg terbaik utk diri sendiri. Sedangkan Allah ampun kan umat, so apalah sgt dgn pandangan org lain. All the best.
Quote Lailerthee 14-6-2020 11:34 AM
Tahniah lew. Semoga kembali normal
Quote LadyCarefree 14-6-2020 11:38 AM
Kesian pula kat dia ni. Ingatkan dulu dia akan jadi  retis tersohor dan educated dahlah cantik. Sayang sekali.
Quote sukacactus 14-6-2020 11:51 AM
Alhamdulillah!
Semoga istiqomah
Benda baik kita sokong
Benda xbaik kita kecam hahahaha
Quote dubuk 14-6-2020 11:51 AM
kecantikan akan pudar
Quote Lengkong 14-6-2020 11:59 AM
Semoga istiqomah

Quote Xim 14-6-2020 12:02 PM
Smg istiqamah fathia...penat jugak bace cite mung ni....tp tu la...doakan baik2 je....dulu classy je nmpk....dgn taraf pendidikan yg not bad....jgn slh plh kwn la....
Quote Themilo 14-6-2020 12:07 PM
cantik la dia ni.. memang love..
Quote rospinki 14-6-2020 12:12 PM
moga istiqamah..ye kecantikan akan pudar namun jika sentiasa disirami iman dan dibajai taqwa akan berseri walau dimamah usia..aagitu
Quote Asdira 14-6-2020 12:13 PM
Move on ke arah lebih baik..{:hooray
Quote aechae 14-6-2020 12:17 PM
Gud luck fathia...make sure sntiasa dikelilingi dgn org yg baik2 je
Quote padris 14-6-2020 12:19 PM
Good luck.. Moga yg terbaik untukmu..
Quote drivethru 14-6-2020 12:21 PM
Ok. Dah boleh jadi madu zahira.
Quote Berbudibahasa 14-6-2020 12:32 PM
Sis nak kenenkan dia ni dgn mamu barista.. haha.. mcm sesuai je..
Quote Mamason 14-6-2020 12:38 PM
Alhamdulillah

Semoga terus istiqamah... aminn
Quote cikdilla 14-6-2020 12:47 PM
Semoga istiqamah sis. Alhamdulillah..
Quote rykall 14-6-2020 12:50 PM
Hypothetically replied at 14-6-2020 11:24 AM
Just move forward dear. Buat yg terbaik utk diri sendiri. Sedangkan Allah ampun kan umat, so apalah  ...

Allah ampunkan hambaNya...nabi ampunkan umat.
-pembetulan dari segi bahasa.
Quote lovelytouch 14-6-2020 12:52 PM
Ohhh niaga tudung selepas sebuah single haus di fadang fasir.. patutlah bertudung. Heii akaq sokong yach sesiapa nak bertudung walaupun sejenis palsu demi duit duniawi gittcheww

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.088700 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top