CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemain Bola Tekup Anak 5 Tahun Dengan Bantal Sampai Mati Sebab Dah Tak Sayang

15-5-2020 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8512| Komen: 48

Description: Pemain bola sepak Turki mengaku membunuh anaknya berusia lima tahun kerana 'tidak lagi menyayangi' kanak-kanak lelaki itu.
Pemain bola sepak Turki mengaku membunuh anak bongsunya berusia lima tahun kerana 'tidak lagi menyayangi' kanak-kanak lelaki itu.


Kredit foto: The Irish Sun/Golder’s News & Sport Ltd.


The Irish Sun melaporkan, Cevher Toktas, 32, yang bermain untuk Liga Super Turki antara 2007 dan 2009 dikatakan membawa mangsa ke hospital pada 23 April lalu kerana mengalami demam panas dan kesukaran bernafas.

Difahamkan, dua beranak itu kemudian dikuarantin di hospital berkenaan kerana doktor bimbang mangsa disyaki positif Covid-19.


Kredit foto: The Irish Sun/Golder’s News & Sport Ltd.


Kasim kemudian dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas Toktas mendakwa anaknya semakin sukar bernafas sebelum dia disahkan meninggal dunia dua jam kemudian di Hospital Kanak-kanak Dortcelik di Bursa, Turki.

Pihak berkuasa tidak mengesyaki sebarang motif jenayah memandangkan kesukaran bernafas merupakan gejala biasa di kalangan pesakit.

Malah, orang ramai dan ahli keluarga yang menghadiri pengebumian Kasim percaya bahawa mangsa meninggal dunia akibat jangkitan wabak maut itu.

Bagaimanapun, 10 hari selepas pengebumian Kasim, Toktas tampil di balai polis dan membuat pengakuan dia menekup muka anaknya dengan bantal di hospital berkenaan.


Kredit foto: The Irish Sun/Golder’s News & Sport Ltd.

Ketika disoal siasat, Toktas mengaku membunuh anaknya kerana dia tidak pernah menyayanginya sejak mangsa dilahirkan dan bertegas bahawa dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan mental.

Pihak berkuasa tempatan dilaporkan mahu menggali semula kubur mangsa untuk melakukan bedah siasat dan Toktas mungkin berdepan hukuman penjara seumur hidup. - CARI
2

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
6

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 15-5-2020 11:38 AM
whyyyyy?? camne la boleh tetiba tak sayang anak. tu mesti perasaan sesaat je sbb tgh marah ke apa tapi apsal la pegi tekup muka budak tu
Quote Tinot7 15-5-2020 11:40 AM
Maknya kata apa?
Quote Nahnukutu 15-5-2020 11:44 AM
mental ni

takde nye orang tak gila buat keje gila

Quote matchstick 15-5-2020 12:04 PM
Nahnukutu: mental nitakde nye orang tak gila buat keje gila


Toktas mengaku membunuh anaknya kerana dia tidak pernah menyayanginya sejak mangsa dilahirkan dan bertegas bahawa dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan mental.

Dan takde org gila mengaku diri dia gila
Quote Artemesiaa 15-5-2020 12:06 PM
Dah mental ler ni orang mental mana nak mengaku dia mental
Quote kelapaparut 15-5-2020 12:07 PM
ke dlm tempoh 10 hr tu, roh budak tu ganggu dia,last2 dia menyerah diri kat polis..tgk cerite hantu turki la mcm cerite siccin tu,roh2 mengganggu org hidup
Quote matchstick 15-5-2020 12:08 PM
Setakat ni pesakit covid yg meninggal paling muda umur berapa..boleh pulak pihak hospital percaya budak umur 5 tahun tu mati sbb covid. Diorg test ke x sebenarnya..kiranya sblm si gila tu mengaku dia yg bunuh, budak tu dlm statistic yg mati kerna covid?
Quote Knowlee 15-5-2020 12:21 PM
Dah tak sayang kenapa buat anak??????
Quote wilsh10 15-5-2020 12:21 PM
adoi.....giler pulak bapaknya
Quote gigihadid 15-5-2020 12:24 PM
Smlm bru tgk cite siccin tu.. Mmg org turki ni pelik2 ye prngai.. Die punye sesat tu lg truk dr bomoh kt mesia ni.. Sihir pn kuat jgak.. Scary btul..
Quote Kurex 15-5-2020 12:25 PM
Bodohnya kauuuu
Quote jaja8 15-5-2020 12:53 PM
gigihadid replied at 15-5-2020 12:24 PM
Smlm bru tgk cite siccin tu.. Mmg org turki ni pelik2 ye prngai.. Die punye sesat tu lg truk dr bomo ...

siccin tengok kat mane
Quote any42 15-5-2020 01:08 PM
kesiannya bdk tu xbt salah ape pun.
Quote ina_na 15-5-2020 01:10 PM
Mmg gila la tu...org gila mn mengadu dia gila.. Dia kata org lain gila.. Kesian anak dia.. X pasal2 jd mangsa
Quote Megikari 15-5-2020 01:16 PM
kelapaparut: ke dlm tempoh 10 hr tu, roh budak tu ganggu dia,last2 dia menyerah diri kat polis..tgk cerite hantu turki la mcm cerite siccin tu,roh2 mengganggu org  ...


Hahaha... I pun syak macam tu gak. Dasat pengaruh cerita siccin ni
Quote sue_liah 15-5-2020 01:50 PM
comel budaknya tgk pandangan matanya sayu hatiku

tak sangka bapaknya sanggup bunuh budak comel ni

meringkuk la ko dalam penjara
Quote sukacactus 15-5-2020 01:52 PM
jaja8 replied at 15-5-2020 12:53 PM
siccin tengok kat mane

Kat astro boo 404
Aku pun nengok gak siccin ni smlm
Quote EJALTI 15-5-2020 01:52 PM
Why? Comey adik tuh...
Quote harisbee 15-5-2020 01:57 PM
gigihadid replied at 15-5-2020 12:24 PM
Smlm bru tgk cite siccin tu.. Mmg org turki ni pelik2 ye prngai.. Die punye sesat tu lg truk dr bomo ...

Bukan pd ummah acah2 urban tp berkerak ummah meleis je suka berbomoh?

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.076614 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top