CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Can You Save The World? Game Covid-19 Didik Anak Kepentingan Jarak Sosial

15-5-2020 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3006| Komen: 7

Description: Sebuah permainan komputer bertujuan membantu kanak-kanak memahami kepentingan penjarakan sosial ketika musim Covid-19 telah dilancarkan oleh seorang profesor di sebuah universiti di United Kingdom.
Sebuah permainan komputer bertujuan membantu kanak-kanak memahami kepentingan penjarakan sosial ketika musim Covid-19 telah dilancarkan oleh seorang profesor di sebuah universiti di United Kingdom.



Kredit foto: Daily Mail

Memetik Daily Mail, permainan ‘Can You Save the World?’ dibangunkan dengan hasil kerjasama profesor psikologi dari Universiti Hertfordshire.

Difahamkan, lebih 10,000 pemain sudah menggunakan permainan itu hanya dalam masa dua hari sejak ia dilancarkan.


Kredit foto: Daily Mail

Permainan itu memerlukan pemain berjalan melalui bandar maya dan ditugaskan tuk mengumpul peralatan perlindungan diri (PPE) untuk petugas kesihatan, dalam masa sama mematuhi penjarakan sosial untuk menyelamatkan nyawa ramai.



Kredit foto: Daily Mail

Permainan bersifat pendidikan itu dilancarkan pada Jumaat lepas itu diharap dapat mempengaruhi tingkah laku sosial orang ramai di dunia nyata terutama ketika memerangi pandemik Covid-19.


Kredit foto: Daily Mail

Menurut Professor Richard Wiseman, dia mendapat inspirasi membangunkan permainan tersebut selepas melihat kesukaran orang ramai menjaga jarak sosial ketika berada di luar.

Wiseman kemudian memaklumkan ideanya itu kepada pereka permainan Perancis, Martin Jacob sebelum mereka merealisasikan permainan itu hanya dalam masa dua minggu.



Mereka juga bercadang untuk mengembangkan aplikasi permainan itu untuk peranti Android dan iOS. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Covid19 15-5-2020 04:59 PM
Jom download
Quote mejaputih 15-5-2020 05:08 PM
mana link dia yg web based game?
Quote Melur1 15-5-2020 05:13 PM
Wow.. ala2 animal crossing.
Quote gummiebear 15-5-2020 08:11 PM
Nampak menarik jah
Quote Lailerthee 15-5-2020 09:06 PM
Macam menarik
Quote Supersirap 15-5-2020 09:21 PM
Semoga permainan ini dapat memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang pentingnya penjarakan sosial
Quote Tinot7 16-5-2020 12:11 AM
Budak2 suka la main ni.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.202512 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top