CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Shopee Minta Maaf Jadi Platform Jual Telur Penyu

14-5-2020 02:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8621| Komen: 94

Description: Platform membeli-belah dalam talian terkemuka Shopee memohon maaf kerana menyiarkan iklan penjualan telur penyu di platformnya.
Platform membeli-belah dalam talian terkemuka Shopee memohon maaf kerana menyiarkan iklan penjualan telur penyu di platformnya.

Pihaknya akui terlepas pandang berhubung aktiviti penjualan telur penyu yang berleluasa di Shopee.


Difahamkan, Shopee membuat permohonan maaf menerusi ruangan komen pada iklan sebuah produk mee segera di Facebook dan berjanji akan mengambil tindakan serta memastikan perkara sama tidak berulang.


Kredit foto: FB

Sebelum ini, kelab aktivis pencinta haiwan Zoologi Malaysia menerusi Twitter menggesa Shopee dan syarikat kurier J&T bertanggungjawab dan ambil tindakan tegas berhubung isu itu.


Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter

Sementara itu, BERNAMA semalam melaporkan Ketua Makmal Penyelidikan Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohd Uzair Rusli menggesa penjualan telur penyu secara dalam talian disekat dan dihentikan demi memastikan kelangsungan haiwan marin yang semakin pupus itu. - CARI

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 14-5-2020 02:17 PM
Awat jnt kena bertanggungjawab jgk.. Ada tulis telur penyu ke kt parcel tu..kalau X mana courier nk tahu kt dlm tu telur penyu
Quote matchstick 14-5-2020 02:18 PM
Yg membeli pun salah jgk..tanpa segan silu bagi review telur penyu sedap.
Quote rayray28 14-5-2020 02:18 PM
Ramai plak tu yg membeli.. Kuang asam
Quote rayray28 14-5-2020 02:19 PM
matchstick replied at 14-5-2020 02:18 PM
Yg membeli pun salah jgk..tanpa segan silu bagi review telur penyu sedap.

Kan.. Eh tolong laa.. Ni sure dr kecik mmg dh biasa makan ni
Quote slavehunter 14-5-2020 02:22 PM
Apsal nak makan telor binatang yang boleh pupus? Biarlah penyu2 ni berenang happy2 kat Pulau Perhentian, they deserve happiness like us too. Kita ni makan telor ayam dan telor manusia pun dah cukup dah.
Quote epal21 14-5-2020 02:26 PM
Kita marah org wuhan makan kelawar jadi kita pun kena tunjukkan contoh baik. Please avoid telur penyu. Bukan sebab takut penyakit tapi sebab takut nanti penyu pupus. Sellers ni tak boleh ke didenda di bawah akta perlindungan spesies terancam?
Quote MeghanK 14-5-2020 02:28 PM
semua benda nak melahap..mengata orang wuhan diri sendiri pon sama..apoo
Quote Aai2 14-5-2020 02:32 PM
rayray28 replied at 14-5-2020 02:19 PM
Kan.. Eh tolong laa.. Ni sure dr kecik mmg dh biasa makan ni

Ya ke...biasanya org yg dah biasa mkn masa kecik,bila dah besar ni dah x lalu nak mkn... pengalaman ai yg pernah mkn masa kecik
Quote umbut 14-5-2020 02:33 PM
Telur ni masak camna.. rebus ke.. dulu kecik2 selalu nampak jual kat pasar basah.. tapi x teringin nak makan
Quote loladaily 14-5-2020 02:37 PM
btw dekat shopee bukan setakat telur  penyu.benda merepek lain pun ada. minyak pengasih la keris sakti la. agaknya mmg shopee tak filter dulu kot
Quote Atata 14-5-2020 02:42 PM
umbut replied at 14-5-2020 02:33 PM
Telur ni masak camna.. rebus ke.. dulu kecik2 selalu nampak jual kat pasar basah.. tapi x teringin n ...

Aah rebus. Nak mkn nnt koyakkn sikit kulit telur tu n sedut la hingus tu eeeyarrkk
Quote dee4ellese 14-5-2020 03:02 PM
Tangkap penjual dan pembeli2 tu!
Siap bagi review pulak ko ye!!
Quote Qaseemah 14-5-2020 03:07 PM
Oo telur penyu boleh mkn ye.. Baru tau.. Kalau telur boleh mkn jadinya penyu pn boleh mkn ke..
Quote hiswife 14-5-2020 03:17 PM
Aai2 replied at 14-5-2020 02:32 PM
Ya ke...biasanya org yg dah biasa mkn masa kecik,bila dah besar ni dah x lalu nak mkn... pengalama ...

Sama.. Pernah rasa sikit time kecik. Tak sedap pun. Memang tak teringin nak makan lagi lepas tu
Quote akies 14-5-2020 03:17 PM
Agak pelik camna Jnt boleh lepaskan seller tu pos telur penyu. Sebab setiap barang yang nak dipos kena tunjuk di kaunter jnt baru boleh pos.

So shopee patut banned je seller tu.
Pengajaran bagi seller lain
Quote merrissa 14-5-2020 03:27 PM
loladaily replied at 14-5-2020 02:37 PM
btw dekat shopee bukan setakat telur  penyu.benda merepek lain pun ada. minyak pengasih la keris sak ...

kannn sebab tu scammer bermaharajalela
Quote nuralisa 14-5-2020 03:30 PM
Tp kat pasar payang tu ada je yg jual telur penyu ni .. klu kat ganu bole ek?
Quote epal21 14-5-2020 03:35 PM
Selamatkan penyu..
FB_IMG_1589438920173.jpg
Quote bakingsoda 14-5-2020 03:39 PM
telur penyu blh makan?!

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.131881 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top