CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Betul Ke Deejay Pelawak Merapu, Deejay English Je Yang Intelek?

13-8-2020 07:11 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 23798| Komen: 134|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Polemik pelawak menjadi deejay, lalu merapu di konti studio bukan sahaja dirasai pendengar radio, malah ia mendapat perhatian cendekiawan yang menyifatkannya sebagai bingit.


Polemik pelawak menjadi deejay, lalu merapu di konti studio bukan sahaja dirasai pendengar radio, malah ia mendapat perhatian cendekiawan yang menyifatkannya sebagai bingit. 

Lebih teruk, radio tempatan kini dianggap lebih mengutamakan jenaka kosong, borak merapu, sindiran bukan-bukan dan lawak syok sendiri.

Tidak hanya itu, ada netizen mengajak pendengar membandingkan kualiti radio berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ternyata jurang perbezaan besar antara kedua-duanya iaitu antara lawak merapu dan informasi intelektual.


Kredit foto : Twitter

Kredit foto : Commercial Radio Malaysia

Pengguna Twitter, Haziq mendedahkan kebanyakan skop radio Melayu agak sempit. Isu global biasanya tidak diulas. Jika diulas sekalipun, penyampai radio akan memilih kejadian pelik atau melucukan.

Sementara sitkom luar negara pula berdiskusi mengenai 'climate change', pemenang anugerah Nobel, gerakan sivil dan sebagainya. Sedangkan pendengar radio Melayu masih bercerita mengenai drama yang hanya membuatkan penonton marah dengan watak-wataknya. 


Kredit foto : Twitter
Kredit foto : remaja.my

Rata-rata bersetuju dengan pandangan tersebut. Sampai bila mahu mendengar deejay pelawak merapu sampaikan iklan kosmetik dan iklan sama diulang-ulang setiap hari? Tidak lain tidak bukan, ia hanyalah bertujuan komersial semata-mata.


Kredit foto : Twitter

Bagaimanapun, menurut seorang lagi netizen, pemilihan pelawak ini sebenarnya berdasarkan tinjauan terhadap pendengar radio. Jadi, jika deejay itu yang bersiaran, maka itu yang pendengar radio mahukan?


Kredit foto : Twitter

Susah juga mahu mengubah mentaliti jika semuanya berpaksikan pada keuntungan semata-mata. Jadi, anda suka dengar radio apa pagi-pagi? - CARI
1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lollipop111 13-8-2020 07:20 AM
Alahai.. ini pn jd isu... {:laugh kita suka dgr lawak pagi2x sbb nk perah kepala tuh time keje.. . sy seronok sgr sembang sinar pagi2x.. kelakar. upkan mood sgt2x...
Quote highcastle 13-8-2020 07:34 AM
Orang kekadang  dengar radio celoteh dan lawak nak hilang kan ngantuk atau stress nak2 bila hadapi jalan jem........ Tapi itu pendapat masing2 lah...........
Quote kiah_mai_pulak 13-8-2020 07:38 AM
dh tu kita semua kat sini nk kena mggelabah teksssss ke tak ni?
Quote Kurex 13-8-2020 07:40 AM
Ada je pelawak yg ok jadi dj macam ajak tu
Quote cikkittydiva 13-8-2020 07:47 AM
Cuma kat radio berbahasa english.. tak ada iklan kosmetik timbang kilo... baju x payah gosok..Tak ada iklan merepek tak ensem xpe janji kaya.. takde iklan merapu.. bab lawak  aku suka layan slot suria ptg suraya kak rara sama tyzo...
Quote KBW2 13-8-2020 07:48 AM
Sebenarnya lebih kurang jah. Dua2 stesyen especially bahagian pagi, syok sendiri.

Cuma aku tak boleh dengar stesyen Melayu sebab macam lebih bongok dan membantutkan minda.

Mana pergi DJ2 Melayu berkualiti? Halim Othman etc mana? Mana? Mana?
Quote bemyself 13-8-2020 07:59 AM
Kalau smua radio melayu nk tukar kpd cite2 hal ehwal semasa..globalisasi..sape plak nak wat lawak ....pagik2 dlm keta dh dngar mcm2 hal donia. otw .balik umh ptg pun dngar isu2 semasa....perghhhh...tambah stress nehhh...
Quote CocoCily 13-8-2020 08:07 AM
Ini pun jadi isu ke. Tak suka dengar celoteh lawak or sembang kosong jangan la tune in to that channel gitu. Hitz pun sama jugak pagi with their Gotcha call tu.

Nak info or serious talk, tune in to BFM Radio  
Quote Burong_Hantuk 13-8-2020 08:09 AM
dah tak ada bahan gosip lain kah TT????
Quote ren0_0 13-8-2020 08:18 AM
betul la tu. berapa kerat je radio BM yg informatif? Last time yg aku ingat radio nasional je yang informatif. yang lain konsep santai dah deejay shiok sendiri

at least radio inggeris nampak la balance sikit. flyfm tu konsep santai. mix lite hitz sedikit informative

macam aku dulu pagi2 dengar Mix.fm (informative especially part debate), petang2 balik kerja aku dengar sinar yang ada adik leh dengan abg adie (nak release stress keje)

now dah tak dengar radio
Quote djzara81 13-8-2020 08:25 AM
Better balance. Ada news, info, gossips, entertainment & humour. Boring kalo dj sejenis monotonous & serious. Aku dgr radio pon time driving je.
Quote MadameOnion 13-8-2020 08:31 AM
tak suka tak payah dengar lah...aku pun rengsek dgn pelawak2 deejay ni tapi aku ambik keputusan tak payah dengar..senang je
Quote CardiGans85 13-8-2020 08:43 AM
Punya lah byk channel radio.., bila dgr hefny n elizad ptg2, lupa la gak apa yg blaku kt opis.
Quote tagas 13-8-2020 08:50 AM
Rindu zaman apek dgn arwah din beramboi jd dj @sinar fm sedekad lepas

tu br betul lawak
Quote TomyamPuteh 13-8-2020 08:52 AM
Pagi2 aku x blh on radio lgsg nnti ank2 bising. Diorg nk tdo
Quote takayama 13-8-2020 08:58 AM
x suka xyah dgr, itu konsepnya
cam kaka mmmmg dgr Best FM tp klu time soal jwb agama mmg dgr Sinar sbb anak dah set awal2 dedua stesen radio ni kt keta dan juga kat radio dlm rumah
anak plk biasa dgr light fm dan Best FM
Bt xyahlah nk compare, sah sah lah bhs pun berbeza, gitewww
Quote greantea 13-8-2020 09:02 AM
aku xnak bukak radio dgr org bincang benda berat. dgr radio pon dlm keta jek. nak santai. dgr lagu. lawak bodo sikit.  radio negara inggeris y konon bincang benda intelek, tp tgk rakyat diorg mcm mna. bodo jugak. lg time covid ni. chill sudah...
Quote pearl.silver 13-8-2020 09:05 AM
Pd pendapat i, say no tu dj gelak berdekah kt lawak sendiri yg x lawak. Lg bertambah stress.
Quote one_aiman 13-8-2020 09:05 AM
semestinya la mengikut standard rakyat malaysia.. merapu dlm bahasa inggeris itu lebih intelek berbanding merapu dlm bahasa melayu

mixfm pagi2 pun merapu jgk..sikit2 nak jerit..sikit2 nak gelak kuat..pastu topik mesti nak lelaki vs perempuan.. tp yela, itu radio santai2 bukan radio serius..nak serius ko bukak la radii bernama ke, nasional ke..

Lihat semua komen(134)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.060925 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top