CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Alhamdulillah Tiada Kluster Najib, Jangan Buat Lagi" - Najib

12-8-2020 04:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4398| Komen: 15

Description: "Alhamdulillah, tiada kluster Najib tercetus sebab tempoh inkubasi Covid 14 hari sudah berlalu."
"Alhamdulillah, tiada kluster Najib tercetus sebab tempoh inkubasi Covid 14 hari sudah berlalu."

Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataannya di Facebook menzahirkan rasa syukur kerana tiada di kalangan penyokongnya yang berhimpun  di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dua minggu lalu positif Covid-19.



Kredit foto: YouTube/HeadTopics

Beliau bagaimanapun menasihati orang ramai khususnya penyokongnya supaya tidak mengulangi kesilapan sama dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19.

Sebelum ini, kehadiran penyokong Najib membanjiri luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tanpa mematuhi SOP ketika penghakiman terhadap kes berhubung salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) mencetuskan kemarahan dan kebimbangan rakyat Malaysia. - CARI
3

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Maideen. 12-8-2020 02:58 PM
Elhemdooleelleh juga setakat ini dia dah kono 12 tahun dan dondo RM210m.

Maideen~Elhemdooleelleh.......
Quote lipans 12-8-2020 03:07 PM
So tiada kluster Najib.

Harap Kluster Tun & Kluster LGE pun takde.
Quote bangcak 12-8-2020 03:15 PM
Maideen. replied at 12-8-2020 02:58 PM
Elhemdooleelleh juga setakat ini dia dah kono 12 tahun dan dondo RM210m.  ...

kann...

cukup la hukuman src tu.
1mdb takyah bicara pon takpe.

12 taon dlm penjara tu da cukup.
kalu kena topap kes 1mdb takkan nak biar heol mereput kat dlm


Quote Maideen. 12-8-2020 03:31 PM
bangcak replied at 12-8-2020 03:15 PM
kann...

cukup la hukuman src tu.

Tu lah pasal...... Bila dia keluar nanti musti golf swing dia rosak sebab dah lama tak main......

Quote Nenasketum 12-8-2020 04:01 PM
AG Chambers tengah usaha nak naik taraf denda dengan hukuman penjara. Tahniya DS Najib!!
Quote dubuk 12-8-2020 04:30 PM
mereka makan kunyit sebelum berhimpun !!
Quote Belibis 12-8-2020 05:00 PM
Cer buat saringan secara rawak peserta yg hadir.agak2 kosong kes ke?
Quote Maideen. 12-8-2020 05:09 PM
Nenasketum replied at 12-8-2020 04:01 PM
AG Chambers tengah usaha nak naik taraf denda dengan hukuman penjara. Tahniya DS Najib!!

Elhemdooleelleh..........
Quote hyunniesSS501 12-8-2020 05:19 PM
alhamdulillah.. so mmg betol la kobid coti hari kejadian tu
Quote cambaik 12-8-2020 06:20 PM
Pelik tapi benar
Bila cerita Najib PAS & UMNO
dia muncul
Bila cerita Guan Eng
Dia tak muncul

Teka siapa?

"ahak"


Quote AbukRokok 12-8-2020 06:56 PM
hyunniesSS501 replied at 12-8-2020 05:19 PM
alhamdulillah.. so mmg betol la kobid coti hari kejadian tu

kobid malu nak serang bila disuper hype kan
dia menyerang di tempat yg org terkejut

sama mcm kluster wannabe pasar ayer hitam...dan kluster perhimpunan hindu...xda

sbb org dah buat prediction

Quote Normabaru 12-8-2020 07:02 PM
Eh kejap je dh 2minggu pak jib jd criminal offender kan..

Dlu he was known as the First Man of Malaysia and wife dia First lady..

Now sudah degraded berbatu2 jauhnya.. Siapa sangka kan.. Allahuuu...
Quote husna_amal 13-8-2020 10:15 AM
Jangan buat lagi komen najib
Quote R2D2 13-8-2020 08:05 PM
Tiada Kluster Najib - Dr Noor Hisham


SELEPAS genap 16 hari penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tidak ada kes baharu berkaitan perhimpunan berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini berdasarkan laporan diterima memang tidak ada peningkatan berhubung perhimpunan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya mendapati terdapat kes baharu lain ketika Aidiladha seperti .

"Kita tidak lihat trend (peningkatan) mendadak, apa yang penting tidak ada laporan berkaitan perhimpunan berkenaan.

"Bagaimanapun KKM masih menjalankan pemantauan pada setiap masa," katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Semalam, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memuat naik kenyataan itu di Facebook (FB) menyatakan syukur kerana tiada mana-mana penyokongnya atau mereka yang berhimpun dijangkiti Covid-19.

"Hari ini genap 15 hari selepas penghakiman Mahkamah Tinggi kes SRC saya. Ini bermakna tiada kluster Najib tercetus sebab tempoh inkubasi Covid-19, 14 hari sudah berlalu.

"Alhamdulillah. Tapi kita jangan ulangi kesilapan hari itu. Kita perlu sentiasa mengamalkan SOP (prosedur operasi standard) demi kebaikan semua," katanya.

Perhimpunan penyokong Najib di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu menimbulkan kegusaran selepas kebanyakan mereka didakwa mengabaikan SOP mencegah Covid-19 termasuk tidak memakai pelitup muka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2020 @ 6:35 PM
Quote ina_na 14-8-2020 01:59 PM
Jd btl la org tempatan yg x keluar negara terhindar gan covid19.. Yg blk dr obc bawak blk virus ni ke kawasan kejiranan.. So kalo kita tutup sempadan.. X bg rakyat atau org luar keluar msk negara kita.. Kita boleh dpt 0 covid19..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.093566 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top