CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azmin Nak Bawa Perubahan 'Sebenar' Ke Permatang Pauh Kerana Dendam Peribadi?

3-8-2020 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3643| Komen: 10

Description: Bekas timbalan presiden parti, Mohamed Azmin Ali diberi peringatan supaya tidak membawa "dendam peribadi" ke Permatang Pauh.
Bekas timbalan presiden parti, Mohamed Azmin Ali diberi peringatan supaya tidak membawa "dendam peribadi" ke Permatang Pauh.

Adun PKR Bukit Tengah, Gooi Hsiao Leung dipetik MalaysiaKini berkata demikian selepas Azmin menyampaikan hasratnya membawa perubahan "sebenar" ke Permatang Pauh.



Kredit foto: IG Azmin

"Azmin sudah banyak buat kekacauan dalam PKR.

"Kedua, hasrat Azmin Ali dan Perikatan Nasional (PN) untuk membawa perubahan 'sebenar' ke Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang hanyalah angan-angan.

"Saya pasti apabila tiba waktunya, rakyat Pulau Pinang akan mengetahui cara menangani pengkhianat dan katak," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Pensyarah Universiti Sains Malaysia Sivamurugan Pandian berpendapat tidak mudah bagi PN menembusi Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat Anwar Ibrahim dan keluarganya.


"Sukar bagi PN untuk memenangi kerusi tradisional ini selain terdapat khabar angin bahawa Anwar akan kembali bertanding di sini pada pilihan raya akan datang.

"Pengundi di sini mempunyai hubungan sentimental dengan keluarga Anwar. Mereka tidak terikat dengan isu," katanya. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuninanoona 3-8-2020 03:35 PM
kalu mimin boleh bawa perubahan kepada wawan aku betul2 kagum..kesian adik nan sorang tu da macam ulat kena simbah air panas kat ig tu
Quote Rogue98 3-8-2020 06:55 PM
Assmin ni parti pun xde tapi banyak cakap. Skrg menempel lah pulak dekat Tun.
Quote MontanaHannah 3-8-2020 07:28 PM
Rogue98 replied at 3-8-2020 06:55 PM
Assmin ni parti pun xde tapi banyak cakap. Skrg menempel lah pulak dekat Tun.

xde parti tp dapat jawatan menteri.
Quote Mulotkoyak 3-8-2020 09:10 PM
Antara beberapa YB yg ak x berkenan sgt bekerja:
1. Azmin Ali
2. Bung Mokhtar
3. Nazri
4. Lim Guan Eng
5. YB Melaka yg kontroversi suka gadoh tu walaupun ak nmpk la buat kje tp mulot xbole tahan ye.
6. Mak Lampir
7. Syed Sadisss beberapa part sk xsuke
8. Sorg lg YB chinese yg pompuan tu bile jd menteri
9. And dua YB India yg ak xpasti nme nye ape ntah dr mne... sorg laki sorg pompuan
Quote Itzy 4-8-2020 01:23 AM
Lantak kau la azmin oii nak bawa perubahan ke apa. Yang penting aku dah tak sokong ph. Menyampah dengan agenda2 kepentingan parti cauvinis mata sepet yang tak habis2 dengki dengan melayu.
Quote manehnya 4-8-2020 07:54 AM
Perubahan apa lg haa... X cukup lg ka bendang buat umah tinggi
Quote bangcak 4-8-2020 07:58 AM
takcukup ka lg sesudah buat perubahan besaq pada haziq??
Quote rosli_nurizzati 5-8-2020 07:56 AM
permatang pauh??? hang kena masuk PAS dulu.. sbb anwar tak bertanding kat ptg pauh masa keluar penjara sbb ni la.. dia dah tak popular, keadilan and UMNO is cancelled.. PAS tgh mendonia kat sana.. kalau aku jadi org ptg pauh pun aku sokong PAS, or paling teruk pun calon from UMNO la.., buat penat undi ja calon PH ni, apa pun takdak, isu sosial budak kampung tk setel, isu tauke buka logistic warehouse tak setel.. lori besaq2 dok mai masuk, punca kemalangan maut, punca jalan rosak, buat pejam mata.. alih2 buat pesta padi ja.. hampeh...
Quote adila39 5-8-2020 08:13 AM
hmmm spoil sikitla awak ni Azmin. Officers awak kena upgrade.. sbb if ur good people will still think ur not if ur team still level makcik buat keje.
Quote zamzam 5-8-2020 08:15 AM
Semoga PAS menang di PPauh pru15.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.051598 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top