CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharnaaz Perlu Dijadikan Contoh Kepada Pasangan Bercerai, Ada Anak - Neelofa

3-8-2020 08:40 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 11511| Komen: 46|Original author: Oleh: LilRose

Description: Neelofa memuji bekas abang iparnya, Sharnaaz Ahmad dan berharap pasangan lain yang berdepan masalah sama menjadikan pengorbanan aktor itu sebagai contoh.
Neelofa memuji bekas abang iparnya, Sharnaaz Ahmad dan berharap pasangan lain yang berdepan masalah sama menjadikan pengorbanan aktor itu sebagai contoh.


Kredit foto: IG


Memetik laporan Harian Metro, Neelofa menyifatkan Sharnaaz seorang yang bertanggungjawab terhadap anaknya dengan Noor Nabila, Jebat Jayden.

"Kes mereka sudah berlarutan lama sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, apabila sudah selesai saya turut bersyukur dengan keputusan mereka berdua. Dalam masa sama saya rasa ada hikmah kenapa perkara ini diperlambatkan.

"Sebab dalam waktu itu hubungan Nabila dan Sharnaaz sangat pulih dari segi 'co-parenting'. Sharnaaz seorang ayah yang sangat bertanggungjawab yang saya rasa korbankan masa dia hampir setiap hari untuk jumpa anak.


Kredit foto: IG


"Perkara itu perlu dijadikan contoh kepada mereka yang bercerai ada anak tapi kena ada masa untuk pergi jumpa. Sebab saya juga adalah dari keluarga yang bercerai yang mana mak dan ayah saya berpisah dan saya dibesarkan oleh ibu dan dia menjadi ibu tunggal selama beberapa tahun.

"Tapi, untuk seorang ayah datang tengok anak  macam itu dengan kerap bukan mudah. Saya harap satu hari kalau Jebat tahu benda ini dan tengok rakaman video ini dia akan hargai. Orang yang dengar ini pun yang ada anak dan bercerai, kena juga ambil masa sebab ia sangat penting untuk anak itu hargai jalinan yang diberikan," katanya.



Dalam masa sama, pengacara dan usahawan popular itu menegaskan dia memilih untuk menjadi neutral dalam hubungannya dengan bekas abang iparnya.

"Kalau boleh tak nak masuk campur. Saya harap dia dan Nabila kalau boleh duduk baik-baik, cakap baik-baik, komunikasi baik-baik dan 'co parenting' elok-elok, itu sudah cukup bagi saya," katanya.

Tak perlu menjadi kawan baik atau musuh, katanya. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • HappyGumbira

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 3-8-2020 08:52 AM
Yuck! Byk je yg xde drama. Si vee dgn rashidi tu siap anak dua. Berbunyi pon tidok.sedar2 dh pisah..

Xsangka jah bobby nk bg komen mcm ni. Bimbo!

Quote Normabaru 3-8-2020 08:55 AM
Indirectly jah booby nk ckp jgn amik org mcm che nab jd bini.. 2kali kawen 2kali cerai.. Siap dera mental etc.. Yeah.. Sape nk dgn dia pon hati2 la sbb keturunan dia mmg keturunan xbela biawak.. Jelmaan pon dia akan cantas.. Acah acah pon dia akan sailang..

Maafkan kaka xperasan td.. Hehhe

Now this part is so so obvious...
Quote weezerfan 3-8-2020 09:21 AM
Sibuk nak mencapub hal nikah kawen kakak. Dok diam sudah!
Quote Cekla 3-8-2020 09:21 AM
masing2 belum kawen yo laaa..ujian bermula lepas masing2 dah berkeluarga sendiri.
dapat pasangan sporting Alhamdulillah..kalau dapat yg jenis jelous, busuk hati..ermmm
Quote fadz84 3-8-2020 09:24 AM
Reporter mana la yg bengap tnya soalan ni pada hajah neelofa... x sesuai.. huhuhu
Quote Kurex 3-8-2020 09:48 AM
Jgn ikut, nanti kuat meroyan. Azwan ali kata nanaz ni acah gangsrer tapi mulut macam pompuan joget
Quote umbut 3-8-2020 09:50 AM
Baguslah... walau dah cerai.. anak2 jaga sama2.. jgn tamak... ada yg x ambik tau.. nafkah pun x bagi... walau cerai dpt tgk anak membesar sama2.. jgn jadi cam r**=royan. Pak nak dtg pun takut
Quote tajmahal 3-8-2020 10:01 AM
lopa suka kan nak jadi jurucakap nabila. baguslah sharnaz dan ex berbaik demi nak.
Quote PintuKayu 3-8-2020 10:03 AM
Kesian budak tu..semoga nanaz dpt jodoh yg lagi helok
Quote Piramida 3-8-2020 10:24 AM
Ok...
Tapi matang lah bunyi nya ... nampaklah berjenis sikit hajjah 2 kali ini kali punya komen.

Baik.. next kami tunggu mu nikoh.
Quote RatuDunia94 3-8-2020 10:47 AM
Baru berapa bulan kan.. x payah nk puji sangat.. tunggu sampai anaknya dah besar..
Quote jane_hopper 3-8-2020 11:04 AM
Dulu beria sakan lopak kutuk nanas ni, skrg puji plk apooo!
Quote da_vinci 3-8-2020 11:25 AM
eh..ehhhh tiber ko lopah
Quote YomiuriLandMae 3-8-2020 11:33 AM
benda baru lagi.. leklu.. toksah la beriya nau nak jadikan contoh..
Quote msrosse 3-8-2020 11:34 AM
tiberrr ...
Quote kiah_mai_pulak 3-8-2020 11:43 AM
oooooo dh tu pasangan yg bercerai lain nk kena mggelabah teksssss ke tak ni sbb x contoh nenaz n nabila tu?? yihhhhhh
Quote apedehal 3-8-2020 11:55 AM
So basically, dia nk ckp bapak dia dlu xbertanggungjwb ke apa...ke aku yg lost in translate.papelah jahlop jgn pas2ni bdrama sindir menyindir lg dah kat media sosial sudeh...
Quote kaklimahcomot 3-8-2020 12:00 PM
lopa puas ati dah tu kak nab akhirnya cerai jgk. acah2 puji nanaih. dah la pa...
Quote kembangbunga 3-8-2020 12:11 PM
Perlu ke nak komen?

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.066783 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top