CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Filem & Drama Lihat artikel

Dahla dicetak rompak, jual kat Shopee pula tu, Keluarga Iskandar bertimpa malang

4-8-2020 12:45 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3567| Komen: 13|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Rentetan kekecewaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berhubung kegiatan penjualan filem-filem tempatan yang dicetak rompak di platform e-dagang, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysi ...




Rentetan kekecewaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berhubung kegiatan penjualan filem-filem tempatan yang dicetak rompak di platform e-dagang, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak akan teragak-agak untuk menyekat laman yang menjual produk cetak rompak.

Menurut Astro Awani, pihak SKMM memaklumkan tindakan itu akan dilaksanakan selepas mendapat makluman dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).



Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Nadzri menjelaskan pihaknya akan memberi tumpuan kepada pihak e-dagang dan juga mereka yang menjual filem cetak rompak di platform terbabit.

"Berdasarkan laporan yang kami terima, beberapa filem tempatan antaranya Keluarga Iskandar The Movie dikesan telah dijual tanpa kebenaran penerbit di platform Shopee."


Foto : Awani

Bagaimanapun, setelah dihubungi oleh pihak Awani, pihak Shopee terus menurunkan iklan tersebut.


Foto : Awani

Warganet turut memberikan pandangan mereka dan lebih mengejutkan bukan sahaja filem, malahan bahan permainan elektronik dan anime turut dijual di dalam cakera keras dan pastinya dengan harga lebih murah.



Foto : FB

Aduhai, masalah cetak rompak tetap berlaku mengikut peredaran zaman. Bagaimana untuk mengekang masalah sebegini jika masih ada permintaan dan penawaran? Kasihan filem Keluarga Iskandar, sudahlah bertahun-tahun membuatnya, dapat pula masalah sebegini. - CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 4-8-2020 02:00 PM
Shoppe ni mmg x filter ke seller jual apa? Even kalau nak jual bayi kat shoppe pun boleh gamaknya..
Quote mizruncing 4-8-2020 02:31 PM
shoppe ni ape je yang takde. search je semua keluar
Quote husna_amal 4-8-2020 03:56 PM
Tak pasal2 nanti kena saman shopee ni
Quote angel_duzter 4-8-2020 04:32 PM
Mcm2 ada jual kt shopee.. Software pun ada jual murah2
Quote AbukRokok 4-8-2020 04:49 PM
wahhh xterfikir plak boleh jual cetak rompak kat shopee...aku pun nak jual mcm ni..... download dan jual
Quote lavendernovella 4-8-2020 06:45 PM
Rm1.32 sen , dijual dlm bentuk apa? {:question
Quote dua_chzy 5-8-2020 12:07 AM
RatuDunia94: Shoppe ni mmg x filter ke seller jual apa? Even kalau nak jual bayi kat shoppe pun boleh gamaknya..


Ubat gugur janin pun hada. Dadah ja belum nampak lagik. Kat Mudah pun serupa Shoppee. Ai pernah report seller jual telur penyu. Choi.
Quote lasagna 5-8-2020 08:57 AM
haiyooo movie tu org buat penat2 bleh plak ada jual kat shopee? tak faham iols.
tak laa yg heran nya camne lah bleh trjual dgn sebegitu cheap skali.. ishh.
Quote dilah52 5-8-2020 12:04 PM
Kesiannya keluarga Iskandar. Orang penat membuat seller senang jual. Murah pulak tu. Macam tu jer diorang nilaikan penat lelah orang.
Quote johan-adx 5-8-2020 12:07 PM
dkt nk raya puasa haritu..mercun yg tak dibenarkan pun ada jual dlm shopee
Quote T541 10-8-2020 12:31 PM
KOrang dah tengok ke KITM ni?
Quote bLuEsKy 10-8-2020 03:39 PM
dua_chzy replied at 5-8-2020 12:07 AM
Ubat gugur janin pun hada. Dadah ja belum nampak lagik. Kat Mudah pun serupa Shoppee. Ai pernah  ...

dapur dadah ada jual...  
Quote kuewTiau 14-8-2020 02:02 PM
T541 replied at 10-8-2020 12:31 PM
KOrang dah tengok ke KITM ni?

udah..4x ulang..best.
tengok sekali dengan parent,masa raya baru ni parent buat macam nek jah terus kena cop keluarga iskandar

Lihat semua komen(13)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.225685 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top