CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Solat Tepi Lebuh Raya Ni Nak Tunjuk Dia Paling Alim Ke?

1-8-2020 03:24 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 27383| Komen: 246|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Solat di tepi lebuh raya tiba-tiba trending gara-gara sekeping gambar menunjukkan beberapa wanita menunaikan bersolat berhampiran Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sebelum raya Aidiladha.


Solat di tepi lebuh raya tiba-tiba trending gara-gara sekeping gambar menunjukkan beberapa wanita menunaikan bersolat berhampiran Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sebelum raya Aidiladha. 

Perkara ini berlaku berikutan kesesakan jalan raya ketika balik kampung ke pantai timur sehingga berbelas jam hingga mencetuskan perdebatan di Twitter. 


Foto: Twitter


Tidak cukupkah fasiliti di Kawasan Rehat dan Rawat (RNR) hingga menyebabkan ada kelompok sanggup membahayakan diri dan orang lain dengan solat di tepi 'highway'? 

Fenomena yang biasanya dilihat di negara luar kini dapat dilihat di negara sendiri. Namun, sejauh mana ianya perlu? 

Bagi yang menyokong tindakan kumpulan itu menegaskan ianya disebabkan kejadian berlaku ketika waktu subuh yang mana solat tidak boleh diqada, sementelah lagi jalan sesak sehingga bergerak seperti siput menyebabkan mereka tiada pilihan lain.


Foto: Twitter

Manakala, satu pihak lagi menyatakan adalah berbahaya menggunakan laluan kecemasan sebagai ruang solat.


Foto: Twitter

Pelbagai pendapat disuarakan kerana prihatin dengan situasi tersebut. Tapi, betul ke selagi tak merasai situasi tersebut, tak perlu menunding jari? - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 1-8-2020 03:37 PM
Wah..bongkak nye yg komen kata org kurang didikan agama tu..
Mmg la bahaya..tp tegur elok2 tak boleh ke
Quote matchstick 1-8-2020 03:41 PM
Ntah2 yg Komen tu bengang sbb bila org berenti solat kt emergency lane, tak dpt la dia mencilok guna emergency lane. Ramai je mangkuk memotong guna emergency lane tu time jam teruk kt lpt..so mmg bahaya la solat kt situ..bukan risiko dilanggar ambulance.. tapi risiko dilanggar mangkuk takde sivik
Quote Knowlee 1-8-2020 03:48 PM
I pergi Europe dulu pun kena marah kalau solat kat tepi jalan. Diorg suruh singgah stesen minyak.

Yg diorg ni mmg dah nak habis waktu sgt kot. Tapi bahaya jugak la sbb tepi highway, orang bawak kereta laju.
Quote lavendernovella 1-8-2020 03:56 PM
Unta dijadikan dari jin??? {:spec
Quote CiliPadiSedap 1-8-2020 03:59 PM
nyawa lg penting dari solat, ada kemudahan solat kenapa nak solat atas highway.  boleh jamak? boleh rancang perjalanan kan?

doctor dalam dewan bedah pun boleh jamak, askar di medan perang pun ada solat medan. takkan ada atas highway takde kemudahan.

islam bukan agama zalim kepada penganutnya.  kalau nak dikirakan berapa ramai xsolat masa jem federal highway balik kerja. kalau lalu jem tu kemungkinan besar mmg solat maghrib terbabas.

so berfikirlah dengan nas2 agama bukan ikut rasa citarasa sendiri.
Quote anilanil 1-8-2020 04:01 PM
Kalo musafir bole je solat jamak & qasar. Even balik hometown pon musafir sbb ko dah tak bermukim kat situ. Ko kerje/study tempat lain. Dah sampai kampung pon bole lagi nak solat jamak & qasar kalo ko stay tak lebih 3 hari (traveling day tak termasuk). Islam kan mudah. Lain la kalo perjalanan ko melepasi 2 waktu solat (zuhur & asar atau maghrib & isyak). Gambar ni maybe time subuh kot masing2 subuh gajah takdan nak masuk rnr...
Quote barfi 1-8-2020 04:03 PM
anilanil: Kalo musafir bole je solat jamak & qasar. Even balik hometown pon musafir sbb ko dah tak bermukim kat situ. Ko kerje/study tempat lain. Dah sampai k ...


Rasanya waktu subuh ni.. tapi kalau iols solat dalam kereta jah. Macam solat dalam flight tu.
Quote noor2 1-8-2020 04:16 PM
Azza cuba bawa topik ni ke isu semasa. .best juga nk komen
Quote salmon-suki 1-8-2020 04:39 PM
Solat dalam kereta je..ni kira membahayakn diri..lg satu,xselesa kot solat tepi jalan..yes,ada sejadah tp habuk2,rumput2 tu semua..to me,tetap rasa kotor..solat je dlm kereta,ada cara nya..Islam itu mudah,jgn nak susahkan diri..hmm...
Quote imransulaiman 1-8-2020 04:47 PM
lavendernovella: Unta dijadikan dari jin??? {:spec

Aku pun terkejut! Betul ke???
Quote ~boolean 1-8-2020 04:47 PM
Aku tak setuju solat tepi jalan...

tapi aku tak setuju juga kalau terus dilabelkan kurang didikan agama...

yang tweet mengecam 'orang kurang didikan agama' tu, semoga dia cermin diri sendiri dia pun 2x5 aja..dia pun sama aja kurang didikan agama kerana agama kita pun tak mengajar untuk menegur orang macam tu..
Quote sarah82 1-8-2020 04:56 PM
Aku simple.. Urusan anal ibadat org lain.. Aku bukan2 sapa2 nak mengata org tu nak menunjuk ke tak
Quote vee_zara 1-8-2020 05:38 PM
Setuju mmg kurang sesuai solat tepi jalan. Kalau tetibe ada perkara tak diingini terjadi kan bahaya. Lagipun khusyuk ke solat dengan bunyi kereta lalu lalang lagi.
Quote Loh_83 1-8-2020 05:45 PM
Kalau dah darurat sgt, solat hormat waktu la dulu. Sampai kpg atau tpt yg boleh solat, then qada' la.
Quote kakigebang 1-8-2020 05:56 PM
vee_zara replied at 1-8-2020 05:38 PM
Setuju mmg kurang sesuai solat tepi jalan. Kalau tetibe ada perkara tak diingini terjadi kan bahaya. ...

jalan pun jem, dah tentu kereta slow2 je bawak..kalau dah  boleh laju dah tentudiorang ni berdesup dah masuk rnr...solat kat rumah or kat surau tu khusyuk sgt ke smpai tak dgr suara org lain? yg penting tu solat, khusyuk tu ustaz kata perkara yg susah sgt nk dpt
Quote azimodin 1-8-2020 06:16 PM
Kalau balik pantai timur, mana2 hentian / stesen minyak sepanjang highway sesak. Last year hampir 15 jam dalam perjalanan. Terpaksa keluar highway cari masjid. Mungkin musim2 covid ni banyak surau & masjid strict sikit nak bagi musafir keluar masuk, bersangka baik je la. Rasanya kalau jalan sesak sangat2 elok la solat dalam kereta sekadar nak hormat waktu. Dah jumpa tempat yg selamat solat la semula
Quote star_karat 1-8-2020 06:22 PM
Klu biar kan menjadi jadi lah. Besok2 ramai2 lah solat kat emergency lane. Sampai 20/30 orang solat? Ok ker?
Quote noor2 1-8-2020 06:23 PM
Haaa bawa pun ke sini. .hihi. ..tq azza. ..pada akak membahayakan saja solat tepi jalan mcm ni....
Quote pinksarah 1-8-2020 06:30 PM
barfi replied at 1-8-2020 08:03 AM
Rasanya waktu subuh ni.. tapi kalau iols solat dalam kereta jah. Macam solat dalam flight tu.

I baca ni dlm fb.. Kecoh psl ni..

Dan i terfikir.. Kenapa dorang ni x solat dlm kereta je?

I yg tgk gmbr dorang berenti solat naik ngeri..

These days ramai yg drive secara melulu..

Keselamatan diri tu penting..

Lihat semua komen(246)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.203957 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top