CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Berstatus Ibu Tunggal Dan Tak Diberi Nafkah, Sharifah Sofia Kecewa BPN Tak Lulus

13-5-2020 10:33 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 25483| Komen: 136|Original author: Oleh: intan

Description: Pelakon cantik manis, Sharifah Sofia meluahkan rasa kecewanya apabila permohonan untuk mendapatkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dilaporkan gagal.
Pelakon cantik manis, Sharifah Sofia meluahkan rasa kecewanya apabila permohonan untuk mendapatkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dilaporkan gagal.



Kredit foto: IG

Dia yang meluahkan rasa tidak puas hati di laman Twitter itu berasa kecewa kerana situasinya kini yang bergelar ibu tunggal dan hanya bergaji minimum tidak mendapat bantuan sewajarnya.

Malah, Sofia juga mendakwa dirinya tidak mendapat nafkah selama ini.

"I am not happy! I'm a divorced mother raising 2 children, on minimum wage and gets no nafkah. and tak layak.. thanks @LHDNMofficial" ciapnya.

Kredit foto: Sharifah Sofia

Sofia juga berkongsi mengenai permohonanya itu yang ditolak atas alasan mempunyai duplikasi permohonan. Pihak kerajaan baru-baru ini, melaporkan terdapat hampir 1.2 juta permohonan baharu dan juga rayuan untuk BPN telah diluluskan berjumlah hampir RM1.7 billion.

Kredit foto: Twitter Sharifah Sofia

Sharifah Sofia telah bergelar ibu tunggal selepas pendedahannya mengenai perkahwinannya bersama bekas suami, Syed Ismail Syed Ibrahim telah berakhir. Dia dan bekas suami telah sepakat untuk menjaga anak-anak mereka tanpa sebarang masalah.



Sofia dan Syed Ismail mendirikan rumah tangga pada Oktober 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Sharifah Ariana dan Sharifah Ameera. - CARI
3

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 13-5-2020 10:35 AM
Merempan jua, ingat classy sangat
Quote manehnya 13-5-2020 10:42 AM
lhdn ni mmg babs jugak, mcm mn depa buat pengelasan income aku pun tak paham
Quote Themilo 13-5-2020 10:44 AM
ingatkan classy sangat.. ye la, dulu kan bff pajura time gaduh kat kelab..
Quote Pink_Purple 13-5-2020 10:54 AM
minta la kat laki nafkah anak tu..

tiap2 bulan mesti dapat...ni BPN sekali je..

nafkah tu hak anak2...tak pu;a merempan yang ni..
Quote monsterwife 13-5-2020 10:55 AM
Tak dapat nafkah nak merempan plk
Pergilah fight kat mahkamah mtk laki bagi nafkah
Quote husna_amal 13-5-2020 10:58 AM
yang betul2 hak sendiri tak nak fight pula.
Quote kenari2101 13-5-2020 10:58 AM
cukai ada update tak?
meroyan je dapat apa?
Quote nurshima 13-5-2020 11:08 AM
Duplikasi permohonan maksudnya suami Dia dah dapat,  mana lhdn tahu hang dah bercerai, kena update maklumat
Quote nurshima 13-5-2020 11:12 AM
Banyak kes mcm ni, ibu tunggal,  ibu tinggal maklumat take update, masih dalam rekod tanggungan suami, Jadi bila bekas suami dah dapat,  ex isteri minta Jadi duplicate LA.

Kakak2 makcik2 Kat kampung byk hadapi Masaalah mcmana ni, kesian sungguh
Quote NazRysha 13-5-2020 11:13 AM
maksudnya bekas laki tak guna la tu kalau tak bagi nafkah
artis la paling senang buat duit
ko masak la apa-2 pastu jual
tu pun nak kena ajar ker
Quote TabletSusu 13-5-2020 11:16 AM
monsterwife replied at 13-5-2020 02:55 AM
Tak dapat nafkah nak merempan plk
Pergilah fight kat mahkamah mtk laki bagi nafkah

kannnn.. aku baca ayat dia pun aku terpegun di situ
xkan x dpt nafkah bising kat lhdn?
Quote kucingitam 13-5-2020 11:21 AM
tahnya...

ingat lhdn tu handle kes  nafkah gak ke?
Quote belilies 13-5-2020 11:23 AM
Susah sangat ke tanya LHDN apa maksud duplicate tu? Melalak kat media sosial org nampak kau cam org gila, x malu nampak oleh anak2? Esok lusa anak dah besar tau reti org anta screenshot kau meroyan camni iols padankan aje muka.
Quote Tinot7 13-5-2020 11:25 AM
nape tak minta nafkah?
Quote Delifrance 13-5-2020 11:27 AM
Jgn merempan.

Sugu Pavithra tu jugak yg pandai cari makan guna bakat memasak kat youtube. Rilek2 je dah 355k subsribers.

Tp aku mmg tak leh hadam jantan2 pandai buat anak tp tak bagi nafkah ni. Eiiii
Quote RatuDunia94 13-5-2020 11:32 AM
Kenapa muka dia mcm jenis muka x mandi pagi eh? Mungkin genetik mat salleh kot..
Quote kucing_gebu 13-5-2020 11:32 AM
nampak mcm urban aka classy sgt...
Quote rosevelvet 13-5-2020 11:33 AM
Wpun ko ibu tunggal, tgk jugak pemilikan aset ko mcmn
Quote shysari 13-5-2020 11:33 AM
Sama kes mcm bekas abg ipar aku
Dah cerai tp apply time brim letak nama kakak aku ngan anak2 sebagai tanggungan.
Dah la nafkah tak bg duit bantuan pun songlap.
Memalukan lelaki je

Lihat semua komen(136)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.067471 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top