CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kerja Saya Unik - Wanita Malaysia Kongsi Pengalaman Jadi Pegawai Kualiti Ganja Di AS

13-5-2020 01:33 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 10082| Komen: 54|Original author: Oleh: natrahn


Ganja (marijuana) berasal daripada beberapa spesies tumbuhan kanabis seperti Cannabis Sativa, Cannabis Indica dan Cannabis Inderalis yang diguna sebagai ubat penahan sakit, penawar demam panas dan bahan menambah selera makan. 

Ganja juga dikatakan berkesan bagi mengurangkan sembelit, kegelisahan, kekejangan otot dan merawat penyakit sawan. Menjelang 2020, semakin banyak negara membenarkan penggunaan ganja dalam bidang perubatan selepas beberapa dekad ia menjadi bahan terlarang.


Kredit foto: Illuminasi

Tular di media sosial mengenai perkongsian pengalaman seorang wanita warga Malaysia, Hadhinah Fawwazah Nasaruddin, 32, yang bertugas sebagai pengawal mutu dan kualiti produk berasaskan ganja untuk perubatan di Amerika Syarikat (AS).


Hadhinah yang kini menetap di Nevada, berkongsi pengalamannya berkecimpung dalam bidang itu sejak setahun lalu berkata, skop tugasnya bukan satu perkara mudah, malah terikat dengan pelbagai peraturan.


Kredit foto: Twitter

Jelas Hadhinah, perkongsiannya bertujuan berkongsi pengetahuan dan pendedahan positif, di mana ganja boleh diselia baik dan tidak disalah guna jika dikawal ketat dan secara sistematik. 


Kredit foto: Twitter

Kerajaan AS juga masih mengawal penggunaan ganja walaupun ia dibenarkan di peringkat negeri untuk perubatan, tetapi tidak di peringkat persekutuan.

Setakat ini, kebenaran diberikan kepada 11 negeri bagi rekreasi, manakala 33 yang lain hanya menerima kebenaran penggunaan ganja untuk perubatan.

Kredit foto: Twitter 

Hadhinah berkata, sebenarnya terdapat banyak peluang pekerjaan dalam bidang tersebut, sekali gus mengurangkan kadar pengangguran.


Kredit foto: Twitter 

Hadhinah turut mengakui pernah mengambil ganja untuk merawat kemurungan yang pernah dialaminya atas saranan doktor.


Kredit foto: Twitter 

Hantaran Hadhinah yang juga penulis buku I'm A Backpacker Journal USA diulang kicau lebih 6.9K dan mendapat 8.9 tanda suka di Twitter. Tulisan asal mengenainya dikongsikan Hadhinah di laman Facebooknya yang turut mendapat perhatian ramai.

Menurut laporan Bloomberg sebelum ini, kerajaan Malaysia juga sedang berkira-kira untuk menghalalkan ganja untuk kegunaan perubatan dan menjadi negara Asia pertama yang berbuat demikian.

Jika ia terlaksana kelak, mungkin ramai yang berminat untuk bekerja seperti Hannah kerana kerjanya agak unik, bukan? - CARI
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • CiliPadiSedap

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 13-5-2020 01:45 PM
Tak payah layan pompuan ni, bulan betul sangat..kejap bipolar kejap depression..sendiri cari masalah sendiri merempan..lapar perhatian
Quote VespaSilbe 13-5-2020 01:48 PM
U.n.i.k.
Iols kagum
Info yg menarik
Quote Kurex 13-5-2020 01:58 PM
Kau bagi betulkan gigi kau dulu la
Quote shernazz 13-5-2020 02:15 PM
Jadi dia ni siapa?
Pernah diumpat kat thread bloggers tak?
Quote HappyGumbira 13-5-2020 02:46 PM
kejap happy kejap meroyan. pastu tuduh netizen bz body psl life ko, pdhal canang sndiri. pdhal sndiri mengaku google nama sndiri nk tgk apa org cr psl dia. iols dulu suka folo dia sbb travel. lps mjadi2 sgt meroyan tu mmg out la. malaysia is too bitter katanya. mcm dh xde mak pak n adik beradik. USA is better la. buku travel jual kat org malaysia jgk
Quote epal21 13-5-2020 03:21 PM
Iols baru nak cakap,muka dia pun macam amik ganja. Rupanya dia memang pengguna ganja.
Quote evlinne 13-5-2020 03:47 PM
HappyGumbira replied at 13-5-2020 02:46 PM
kejap happy kejap meroyan. pastu tuduh netizen bz body psl life ko, pdhal canang sndiri. pdhal sndir ...

Dia ni bipolar ke
Camtu pulak ek kisah hidup dia
Quote loladaily 13-5-2020 04:13 PM
Hmm iols antara follower dia dulu and penah la jugak pegi talk dia sbb minat travel. Tapi lepas asyik merempan pasal org stalk life dia la. Pastu merempan lg pasal viral tsk salah yg psl gelendangan dkt las vegas tu sbbnya kata org malaysia taktau apa sbb nya dia duduk dkt US terus iols yihhh kan dia. Duduk us pn sbb dia pnh kawen dgn mamat US pastu dah cerai lari duduk Malaysia. Pastu lari pegi US balik sbb putus tunang. Katanya life better in US. Ni bkn iols stalk ok semua dia portray dkt socmed. Just rajin kan diri baca jek. Now dia engaged dgn mamat US ke pueto rico ke mexico. Dh lama unfollow taktau la still ke takk. {:laugh
Quote GigaMom 13-5-2020 04:20 PM
Kena belajar ti ggi x jadi pegawai ni
Quote Nes3in1 13-5-2020 04:20 PM
Jgn ko bukak makmal di rumah sudahla la deknon.
Quote annawleeya 13-5-2020 04:28 PM
{:dot huh? sape ni??
Quote jaja8 13-5-2020 04:33 PM
cam poyo je dia ni..tapi tengok byk follower...apasal aku baru kenal
Quote Anne.W 13-5-2020 04:37 PM
Maaf. Huduhnye sis ni... Laku pulak kt matsalih. Yg di forum ni mungkin blh cuba approach ni after this..untung2 dpt baiki keturunan
Quote HappyGumbira 13-5-2020 04:52 PM
loladaily replied at 13-5-2020 04:13 PM
Hmm iols antara follower dia dulu and penah la jugak pegi talk dia sbb minat travel. Tapi lepas asyi ...

tu le masa putus tunang tu gaya royannya mcm ttutup sudah pintu hatiku pd semua jejant di donia ini. tup2 blk je ke US terus bkepit ngan jant br pastu terus btunang. yihhh sgt. jenis hdp xleh xde jant, meols setuju sgt part dia sendiri canang life dia bkepit dgn ex tunang mcm le korang couple plg hots sedang tu ig carmar dia, utk letak gmbr2 travel.ig story manjang gambar bkepit. create aje la ig personal boleh letak gmbr bcium sekali pun.. masa dgn ex tunang ni dh start meluat dgn dia. show off sgt, walhal dua2 bwajah desa. apparently dia xpnh bljr dr mistake. meols terus unfollow since dia ngan tunang dia. tp kwn meols still folo kalu dia cte snsasi mula la update meols
Quote chinta89 13-5-2020 05:38 PM
Baca komen awal2 nmpknya minah ni problem..
Quote unguaurora 13-5-2020 07:09 PM
Kenapa mcm pelik pose sheols kat kad kerja tu? Seram tgk
Quote Tinot7 13-5-2020 07:17 PM
Kuku dia tu inai ke nail polish?
Quote loladaily 13-5-2020 08:40 PM
HappyGumbira replied at 13-5-2020 04:52 PM
tu le masa putus tunang tu gaya royannya mcm ttutup sudah pintu hatiku pd semua jejant di donia in ...

Itu la dgn ex tunang tu taktau la apa punca putusnya. Tp rasanya lepas divorce tak lama lepas tu dgn mamat ex trail runner tu. Waktu kat malaysia sheols berhijab pastu bila balik US dah terbang hijab katanya jgn judge dia. Harus aku yihhh kan lagi. Tak kisah la bab tu iols pn x berhijab tetiba ckp jgn judge. Apo. Tak lama pastu she ols betunang pulak lg. Emangan jenis hidup tak boleh takde laki kot. Meols pn dh unfollow. Sesekali meols merisik khabar kat kwn meols kot2 ada gosip berjus. Tp meols blh rasa pd dia sbb duduk kat US tu dh kira tahap kejayaan membanggakan la berbanding marhaen marhaen malaysia ni. Yg konon nak jejak US pn sekadar di pinggiran apetah lg nak kerja kat US tu. Yihh sgttt kalau tak sbb ex dia. Tak tau la merasa ke x. Meols mmg rengsa dgn dia.
Quote gummiebear 13-5-2020 08:58 PM
Oh sheols ni Hannah on Earth tu eh? Dulu2 pernah follow masa sheols masih bersuami

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.052365 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top