CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mesti Pengirim Itu Sado" - A.Aida Terima 16 Jambak Bunga Dari Lelaki Misteri

13-5-2020 10:06 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 23376| Komen: 150|Original author: Oleh: intan

"Alhamdulillah masih menjadi rebutan.." begitulah kapsyen penerbit popular, Datuk A. Aida yang baru-baru ini telah memuat naik sebuah video menunjukkan beliau telah menerima kiriman bunga dan hadiah sempena kelahirannya yang ke-50.


Kredit foto: KopiPlanet.com/IG

Video tersebut memaparkan A.Aida yang mengucapkan terima kasih kepada pengirim misteri yang tidak henti menghantar bunga dan hadiah sehingga ke hari ini walaupun hari lahirnya telah lama berlalu iaitu pada 20 April yang lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, A.Aida menerima hampir 30 jambangan bunga setakat ini, namun 16 daripadanya datang daripada pengirim misteri.


A.Aida juga tidak menolak kemungkinan sekiranya bunga yang dikirim itu adalah dari lelaki misteri berbadan 'sado' yang ingin mengenali hati budinya.

Kredit foto: AstroGempak

"Ramai yang tahu hati saya ini cepat cair kalau lelaki itu 'sado'. Jadi, rasanya pengirim misteri itu mesti 'sado' semuanya.

Kredit foto: Instagram A.Aida

"Alhamdullilah masih menjadi rebutan. Sebab tu kena jaga badan dan penampilan. Biar kalah anak dara.

"Pening kepala juga fikir siapa pengirim. Sampai sekarang tak tahu siapa," jelasnya kepada Harian Metro.

Rata-rata pengikut setia Datuk A.Aida juga tidak lepas dari turut serta meneka siapakah pengirim bunga serta hadiah tersebut.

Untunglah badan, masih menjadi rebutan! - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lailerthee 13-5-2020 10:06 AM
Kalau i takut terima barang dr org xkenal
Quote sokmogitu 13-5-2020 10:09 AM
apa sangatlah kalau beli hamper rm300 lepas tu dapat sakau 300 ribu duit makcik edah ni.
Quote kucingitam 13-5-2020 10:09 AM
salute dia dan maria farida, dah 50 pun body mantop..

cuma agak keciwa bila dia menyeksi pula sekarang..
Quote salamon 13-5-2020 10:16 AM
jd rebutan sbgai sugar mommy kee
Quote LadyCarefree 13-5-2020 10:19 AM
Medjool. The only dates saya makan. Yummmmmm!
Quote primarikey 13-5-2020 10:19 AM
Sori ot jap.
Korang tgk tak drama dihujung ranting kt tv1 pkul 5.30 ptg...pelakon pembantu yg jadi kawan baik mawar nama syuhaibah klu x silap...nama sebenar dia silfeny osman..
Aku tgk muka dia ada iras2 a aida ni...ank sedara a aida ke..korg perasan tak


Quote 234126 13-5-2020 10:34 AM
mereka juga aim mahu menumpang senang tu. Jaga-jaga {:nose
Quote inspektoremos21 13-5-2020 10:37 AM
Tengok2 drpd ameng. Ameng pun sado kan
Quote Themilo 13-5-2020 10:46 AM
kemain pakai singlet, padahal sebelum ni bertudung litup. makin tua, makin tak semenggah nenek botox nih.
Quote unguaurora 13-5-2020 10:52 AM
Ntah2 order sendiri, hantar kat diri sendiri
Quote husna_amal 13-5-2020 10:56 AM
nak tunjuk ramai lelaki masih terkejar2 kat dia lah tu.
Quote newyork 13-5-2020 10:57 AM
Euww. Ke hantar kat diri sendiri..
Quote cikgojesss 13-5-2020 11:16 AM
bunga hasanah kah?
Quote RatuDunia94 13-5-2020 11:37 AM
X mustahil anak2 ikan yg hantar.. pelakon2 baru yg nk dpt job dr sheols.. nak menumpang duit pon yer..
Quote emilyrose 13-5-2020 11:42 AM
unguaurora replied at 13-5-2020 10:52 AM
Ntah2 order sendiri, hantar kat diri sendiri

hahahahah..!! aku pun rasa dia yg hantar sendiri
Quote akuchenta 13-5-2020 11:45 AM
Mungkin...
Sendiri kirim
Sendiri terima
Syok sendiri

Publish diri
Quote annadonna 13-5-2020 11:46 AM
Alah sendiri beli tu
Quote meow_tompok 13-5-2020 11:47 AM
ok aku berkenaan tgk bunga lily atas meja dia tu

mula la aku merenyam nak gi beli sempena raya ni
Quote msrosse 13-5-2020 11:47 AM
iyo2 jerr lelaki sado! lelaki klu sado metroseksual gayah jer banyaknyer makcik ooi! tak der maknanya nak ngetaste dgn pompuan

ni mesti atuk botak perut buncit tp duit berkepuk2 nak test market calon bini no. 4 nih

taste pilih bunga & bakul pun dah tau taste org tua!

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.045500 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top