CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasca Covid-19, 17 Pelajar Saja Dalam Kelas

12-5-2020 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6693| Komen: 48

"Jika dulu, sebuah kelas boleh memuatkan sehingga 35 pelajar, namun jumlah itu akan dikurangkan kepada 16 hingga 17 orang bagi menjaga penjarakan sosial."

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Jidin berkata demikian ketika memaklumkan pihaknya kini dalam fasa merangka prosedur operasi standard (SOP) bagi sesi persekolahan pasca Covid-19.



Kredit foto: IG/pendidikan4all

"Ini adalah cabaran KPM bagaimana untuk menempatkan pelajar ini agar sesi pembelajaran dapat dilaksanakan tetapi dalam masa sama SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi," katanya dalam program Soal Rakyat Wawancara Khas Bersama Menteri Kanan Pendidikan terbitan TV3 seperti dipetik dari Harian Metro.

Katanya, guru juga bakal berdepan cabaran memastikan SOP dipatuhi selain memujuk anak murid terus bermotivasi untuk kembali ke sekolah selepas lebih dua bulan tidak hadir akibat Covid-19.


"KPM akan membenarkan pelajar kelas peperiksaan Tingkatan Lima dan Enam untuk hadir ke sekolah terlebih dulu untuk memantau tahap kepatuhan serta keberkesanan SOP yang ditetapkan.

"Kementerian juga akan pastikan penerokaan ilmu itu akan terus berjalan dengan lancar walaupun dalam suasana pembelajaran yang berbeza," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HannahMontana 12-5-2020 07:30 AM
OK lah tu

janji mneteri pendidikan memang handsome ,cukup tinggi !
Quote EvieWanKenobi 12-5-2020 08:10 AM
apasal Menteri ni suka pakai baju sendat?
Quote zehra2 12-5-2020 08:16 AM
Mmg kelas f5 kami dlm 20-22 org je..
Mdm pengetua dh pggl google meet utk buat post mortem exam ari tu.. n sedia2 buat jadual waktu baru..
Quote fliphair8 12-5-2020 08:35 AM
HannahMontana replied at 12-5-2020 07:30 AM
OK lah tu

janji mneteri pendidikan memang handsome ,cukup tinggi !

Kekkekekekkkekek....i concur je le kak nah....sedap mata memandang gitu
Quote RatuDunia94 12-5-2020 01:53 PM
HannahMontana: OK lah tujanji mneteri pendidikan memang handsome ,cukup tinggi !


Hensem kann..

Quote fliphair8 12-5-2020 02:04 PM
RatuDunia94: Hensem kann.. <a href="https://i.postimg.cc/RV1207RQ/Dr-Radzi-Jidin-1.jpg" target="_blank">https://i.postimg.cc/RV1207RQ/Dr-Radzi-Jidin-1.jpg</a>



Hahahhahahhahha...cam jugah anak barieng.....tapi hakak rasa dia nampak credible...hakak tunggu sampai next pru....
Quote nazzse 12-5-2020 02:06 PM
RatuDunia94: Hensem kann.. <a href="https://i.postimg.cc/RV1207RQ/Dr-Radzi-Jidin-1.jpg" target="_blank">https://i.postimg.cc/RV1207RQ/Dr-Radzi-Jidin-1.jpg</a>


Jangan main2, bijak pandai ni. Hebat qualifications heols
Quote Artemesiaa 12-5-2020 02:10 PM
Tak kesahlah berapa orang satu kelas yang penting mereka dapat meneruskan pembelajaran sebelum hadapi peperiksaan besar nanti.
Quote 234126 12-5-2020 02:22 PM
Nasib baik la pendidikan level asas dapat menteri mcm ni. Yang pendidikan tinggi sorang tu siap galak bertik tok musim covid tak ikut arahan social distancing.

Dlm puji ni iol takut juga buatnya Dr Radzi ni keluar perangai tak elok nanti iol kena kecam pulak hahaha unpredictable ahli politik ni susah nak cari yang konsisten.
Quote takayama 12-5-2020 02:38 PM
bgslah camtu klu anak2 yg nak amik exam dibenarkan ke sekolah
walau ada GM tetiap hr dgn pengetua gigih updates semua jadual baik utk GM mahupun yg kat tv pendidikan juga kat YT tp kebykan bdk2 xnak join dgn pelbagai alasan
cam anak bujang kaka prefer belajar di sekolah
guna GM dia kata ramai yg x amik pusing dgn apa cg ckp sudahnya setiap kali kelas bebdk mmg krik krik krik sajork
klu KPM tetapkan 16 - 17 pelajar dlm kelas, makanya kelas anak kaka kena dikecilkan bilangannya sbb sekrg sekelas dlm 34 pelajar
walau msh ada risau tambah lg anak bujang tu bab hygiene mmg out tp mikirkan nak exam beso, hanya mampu berdoa ajelah
Quote R2D2 12-5-2020 02:57 PM
COVID-19: Maksimum 17 pelajar dalam satu kelas

KUALA LUMPUR: Satu kelas hanya boleh menempatkan purata maksimum antara 16 dan 17 pelajar pada satu-satu masa, sebaik saja sesi persekolahan dibuka semula kelak.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin, berkata kementerian itu sudah pun membuat percubaan di lapangan bagi menentukan jumlah pelajar yang wajar dalam satu kelas berdasarkan keluasannya, supaya penjarakan sosial dapat dilaksanakan untuk mengelak penularan COVID-19.

Mohd Radzi berkata, ia adalah sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bagi pengurusan sekolah pasca COVID-19 yang akan diperincikan pihaknya, nanti.

"Kalau dulu dalam kelas ada 35 orang tapi dalam keadaan baharu ini, tidak boleh ramai. Dalam konteks penjarakan sosial ini, paling ramai adalah 16 ke 17 orang dan bagi sekolah yang mempunyai kelas yang besar, jumlah pelajar boleh mencecah 20 orang.

"Ini bermakna, jumlah pelajar dalam kelas sebelum ini perlu dipecah dua. Selain itu, kita perlu melihat bagaimana nak jalankan pengajaran dalam dua kelas ini atau kelas dalam ruang kecil perlu dibawa ke dewan yang lebih besar sebagai contoh.

"Justeru, kementerian sudah ada beberapa opsyen yang sedang dipertimbangkan bagi memastikan selepas COVID-19 reda dan mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan, pelajar dapat kembali ke sekolah tanpa kita kompromi keselamatan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada wawancara khas dalam program "Soal Rakyat" yang disiarkan di TV3, malam tadi.

Memberi contoh lain, Mohd Radzi berkata, SOP di kantin juga akan diperketatkan dengan memastikan ia tidak sesak seperti kebiasaan yang mendedahkan lebih risiko jangkitan.

"Apa yang akan dilaksanakan adalah makanan akan dibungkus dan sebagainya. Kita ada garis panduan makan di kantin yang akan turut membabitkan bila dan di mana pelajar akan makan," katanya.

Beliau berkata, kementerian akan memastikan SOP itu dapat dipatuhi sepenuhnya melalui pembukaan sesi pembelajaran kepada pelajar kelas peperiksaan iaitu Tingkatan Lima dan Enam terlebih dahulu, sebelum dibuka kepada tahap lain.

Bagaimanapun, Mohd Radzi mengakui, pelaksanaan SOP itu kelak akan menjadi cabaran kepada guru untuk memastikan pelajar bersedia menghadapi kebiasaan baharu dan SOP berkenaan dipatuhi.

"Selain itu, guru juga perlu melihat kembali perkembangan pembelajaran secara dalam talian yang dilaksanakan sebelum ini, bagaimana pencapaian pelajar dan setakat mana silibus yang dapat diselesaikan.

"Jadi, banyak perkara yang perlu dilaksanakan guru pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dan cabaran kepada guru adalah untuk melihat garis asas dan bagaimana ia boleh ditambah baik untuk memastikan pelajar dapat terus dipacu ke hadapan," katanya.

Katanya, Kementerian Pendidikan juga akan memberi tumpuan kepada keperluan untuk pelajar memiliki peranti digital terutama komputer atau tablet supaya pembelajaran di rumah tidak terhenti, sebaliknya dapat diteruskan dengan lebih berkesan.
Quote dua_chzy 12-5-2020 03:16 PM
zehra2 replied at 12-5-2020 08:16 AM
Mmg kelas f5 kami dlm 20-22 org je..
Mdm pengetua dh pggl google meet utk buat post mortem exam ari ...

Boleh terus susun bebudak ikut angka giliran SPM.
Quote dua_chzy 12-5-2020 03:17 PM
Akak memang tunggu2 bukak sekolah ini. Awas korang yang whoareyuskan akak dan cecigu laen tak pernah buat tugasan selama ini.
Quote zehra2 12-5-2020 03:51 PM
dua_chzy replied at 12-5-2020 03:17 PM
Akak memang tunggu2 bukak sekolah ini. Awas korang yang whoareyuskan akak dan cecigu laen tak pernah ...


Aku pun tk sabor.. sbb stress tuggu hand in latihan..  senang jumpa 4 mata...
Quote dua_chzy 12-5-2020 04:17 PM
zehra2 replied at 12-5-2020 03:51 PM
Aku pun tk sabor.. sbb stress tuggu hand in latihan..  senang jumpa 4 mata...

Rasa macam nak balas dendam ja whoareyuskan deyol balik buat macam halimunan dalan kelas. Nyampah betul aiols.
Quote Tinot7 12-5-2020 04:58 PM
semoga dipermudahkan urusan. nampak mencabar
Quote EncikAiskrim 12-5-2020 05:07 PM
dua_chzy replied at 12-5-2020 03:17 PM
Akak memang tunggu2 bukak sekolah ini. Awas korang yang whoareyuskan akak dan cecigu laen tak pernah ...

Akak, kelas saya 18 jah... Dengan rela hati saya korbankan diri x gitu haha
Quote sarah82 12-5-2020 05:12 PM
RatuDunia94 replied at 12-5-2020 01:53 PM
Hensem kann..

Wat rambut dia mcm tu.. Hahaha
Quote sarah82 12-5-2020 05:13 PM
dua_chzy replied at 12-5-2020 03:17 PM
Akak memang tunggu2 bukak sekolah ini. Awas korang yang whoareyuskan akak dan cecigu laen tak pernah ...

Chouls nak jadi harimau? Hahahah

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.140909 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top