CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Vivi Yusof Dahlah Jual dUCk Mahal, Suruh Orang Berhutang Pula Tu!

13-5-2020 10:25 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 15673| Komen: 76|Original author: Oleh: Cari-Azza



Minggu ini memang panas dengan isu baju raya bermula dengan video klip artistik, kemudiannya merosakkan pokok kerajaan serta baju berharga 'firaun' dari butik berjenama mewah. 

Terbaharu, sekali lagi jenama tudung mewah dikecam warganet kerana menyediakan bayaran ansuran kepada para pembelinya. Isu menjadi lebih panas apabila ia membabitkan usahawan Vivy Yusof yang diketahui 'berperang' dengan warganet.


Kredit foto: Twitter

Menurut pemuda ini, bayaran ansuran yang dikenakan kepada para pembeli adalah langsung tidak munasabah. Harga sehelai tudung jenama dUCk ini sudahlah mahal, tetapi disebabkan ingin memakainya, maka ada alternatif disediakan iaitu ansuran. 


Lebih aneh apabila ramai pula yang mengambil kesempatan untuk membelinya walaupun ternyata baju raya bukannya satu keperluan!


Kredit foto: FashionValet

Oleh itu, ramai warganet mengecam tindakan Vivy dan juga bakal pembelinya. Maklumlah, jika tidak mampu membeli secara tunai, bermakna anda belum ada duit secukupnya untuk membazir ke arah barangan bukan keperluan.


Twitter

Bagaimanapun, ada juga warganet menjelaskan bahawa bukan produk Vivy sahaja yang boleh dibayar secara ansuran, namun produk jenama lain juga menawarkan kaedah pembayaran sama. 

Dah, kenapa nak salahkan dUCk sahaja?


Kredit foto: Twitter


Kredit foto: FashionValet

Namun, ianya dibalas kembali oleh rata-rata warganet yang menyifatkan sikap pembeli juga antara punca butik mengambil kesempatan.



Kredit foto: Twitter

Apapun, ukur baju di badan sendiri. Jika tidak mampu, banyak lagi jenama lain yang sesuai dengan bajet kita, ataupun beli sahaja yang tiada jenama. Asalkan kena di tubuh kita, kan? - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 234126 13-5-2020 10:31 AM
Edited by 234126 at 13-5-2020 10:40 AM

Kembali lagi ke edisi vivy terkena lagi. teruk dia kena tahun 2020 ni. Serba tak kena. Selayaknya la
Quote nazzse 13-5-2020 10:34 AM
Ukur baju dibadan sendiri..Sapa beli baju tahap installment memang bangang abadi.Baik ko beli emas buat aset
Quote Kurex 13-5-2020 10:34 AM
Bodoh piang je yg beli d(F)uck ni
Quote Sazida 13-5-2020 10:38 AM
Aku mampu je beli cash, tp aku rasa tak berbaloi. Sbb 200 tu aku boleh beli stok susu n diapers ank aku utk sebulan., yg byk duit tak tau nk guna, silakan beli.
Quote yoyobulat 13-5-2020 10:39 AM
Ada selai je.tu pun hadiah.x sampai 5 kali pakai sebab material x sesuai dgn jiwa.tgk org lain pakai cantik.diri sendiri pakai selebet.so xyh la beli.
Quote matchstick 13-5-2020 10:49 AM
Mana la tau bila sesak nanti bpn pulak xlulus boleh ke pajak gadai bwk tudung vivik
Quote sarah82 13-5-2020 10:55 AM
Tunggu sale la.. Aku pun tgg sale bila nak beli tudung.
Quote Nurul8001 13-5-2020 10:56 AM
Vivy tak salah sebab dia menyediakan alternatif. Dia kan peniaga. Mestilah buat mcm2 utk jual produk.

Yg membeli dgn installment la yg bangang. Yg patut beli installment hanya 2 je, rumah dan kereta. Benda lain, kalo belum mampu tak payah la beli. Termasuk lah main kutu beli noxxa atau thermomix.

Pelik2 style berbelanja org Malaysia nih.
Quote Artemesiaa 13-5-2020 11:07 AM
Tak minat berhutang banyak je pilihan lain yang lebih berpatutan dengan quality yang sama
Quote meow_tompok 13-5-2020 11:19 AM
Nurul8001 replied at 13-5-2020 10:56 AM
Vivy tak salah sebab dia menyediakan alternatif. Dia kan peniaga. Mestilah buat mcm2 utk jual produk ...

ye aku setuju, rumah dgn kereta je beli installment
handphone pun beli cash... ini baju raya bayar ansur? what?


"if you can't buy it twice, you can't afford it"



Quote alesandra 13-5-2020 11:23 AM
benda ni bukan baru pun. org dulu2 pun suka berhutang beli kain ela,pinggan mangkuk.cuma utk level vivik ni tanda2 bisnis dia sedang dlm ancaman kegawatan
Quote yoyobulat 13-5-2020 11:27 AM
Tapi betul ke jual  preloved shawl duck harga boleh berganda2 dari harga belian?
Quote RatuDunia94 13-5-2020 11:34 AM
alesandra replied at 13-5-2020 11:23 AM
benda ni bukan baru pun. org dulu2 pun suka berhutang beli kain ela,pinggan mangkuk.cuma utk level v ...

Maksud cuols ala2 main duit kutu la kan..
Quote nefnefnef 13-5-2020 11:40 AM
meow_tompok replied at 13-5-2020 11:19 AM
ye aku setuju, rumah dgn kereta je beli installment
handphone pun beli cash... ini baju raya bay ...

Eh nice sayings la meow. (Nama uols pun comel huhu)

Tak bleh beli 2 kali maksudnya tak mampu
Quote airmineral 13-5-2020 11:56 AM
Edited by airmineral at 13-5-2020 11:57 AM

org yg beli tp bayar ansur2 ni org yg xsedar diri  wake up la. hidup atas kemampuan dan keperluan.
walaupun tgk harga ni aku mampu nak bayar cash, tp hati aku ralat sbb spend nilai mcmtu utk brg sebegitu.
Quote cikatilia 13-5-2020 12:00 PM
bodo.. 1 kali ansuran ko dpt mcm2
Quote MadameOnion 13-5-2020 12:03 PM
mengarut betul baju raya pun nak berhutang..kalau aku baik pakai je baju lama kalau tak mampu..tu aku la..tapi segelintir manusia ada je jenis yg biar papa asal bergaya..sanggup ikat perut asalkan pakai baju branded gituh
Quote dubuk 13-5-2020 12:24 PM
jangan jadi penyembah loan. sembah Allah saja
Quote dewi_rina 13-5-2020 12:46 PM
Dah macam go shop
Nak masuk go shop produk tak lepas agaknya
Buat sendiri jela

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.160309 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top