CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Sabah Lapor 10 Kes Covid-19 Baru Setelah 2 Hari Bersih

13-5-2020 11:24 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 1934| Komen: 6|Original author: Oleh: top5complete

Description: Memetik laporan Harian Metro, Sabah melaporkan 10 kes Covid-19, kelmarin selepas tiada kes direkodkan dalam tempoh dua hari sebelum itu.
Memetik laporan Harian Metro, Sabah melaporkan 10 kes Covid-19, kelmarin selepas tiada kes direkodkan dalam tempoh dua hari sebelum itu. 


Empat kes direkodkan di Lahad Datu, tiga di Semporna, dua di Keningau dan satu di Tawau.


Foto: Wikimedia, Harian Metro

Kes baru itu menjadikan jumlah keseluruhan di negeri ini menjadi 327 orang kerana ribuan rakyat Sabah kembali bekerja setelah tinggal di rumah selama kira-kira dua bulan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Christina Rundi berkata, daripada jumlah itu, tujuh sampel diambil di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Tawau.

Katanya, tiga lagi kes dikesan melalui lapangan terbang Sandakan.


"Kesemua kes ini sudah diberi Borang Annex 14 iaitu perintah untuk menjalani Home Quarantine namun siasatan awal mendapati sebahagian besarnya mengingkari perintah ini dan menyebabkan bilangan kontak terdekat yang perlu disiasat bertambah.

"Daripada jumlah itu, dua kes membabitkan pelajar selain satu kes seorang kanak-kanak, manakala selebihnya adalah rakyat Sabah yang bekerja di Semenanjung," katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Menteri Shafie Afdal pada hujung minggu mengumumkan pembukaan hampir semua sektor perniagaan sejajar dengan Fasa 5 PKP.

Manakala, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon mengatakan Keningau memiliki jumlah kes terbanyak iaitu lapan kes, diikuti Lahad Datu (lima) Tawau, Kota Kinabalu dan Semporna (masing-masing empat).


Foto: Berita Harian

Dia juga berkata, empat pesakit telah pulih semalam, menjadikan jumlah pesakit yang discaj menjadi 290 orang.

Sementara itu, tidak ada kes baru di Sarawak dilaporkan dan Bintulu menjadi zon hijau

Di Kuching pula, jawatankuasa pengurusan bencana Sarawak juga mengatakan tiada kes baru direkodkan kelmarin.

Bahagian Bintulu telah menjadi zon hijau kerana tidak mencatat sebarang kes positif Covid-19 dalam tempoh 14 hari. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 13-5-2020 01:07 PM
Geram plak.baca yang degil degil neh
Jilaka.btoi..
Patut tembak.je awal.awal
Termometer tembak tu..letak peluru...
Quote annawleeya 13-5-2020 04:42 PM
Aiyoo..dh besar kott, brtanggungjwb la sikit..
Quote aleesyasofia 14-5-2020 02:34 AM
payah kalau degil ni.. bila xbg balik sibuk minta balik.. bila dpt balik dah tak reti nk kuarantin plak.. mmg selfish..
Quote nazzse 14-5-2020 11:13 AM
dah la bawak penyakit lepas tu cari mangsa baru plak..
sekian untuk kluster baru
Quote Me_ina 15-5-2020 03:11 PM
Kdg ada yg degil. Kesian frontliners kena handle kes bila naik mcm ni
Quote palmolive 15-5-2020 03:19 PM
patut kena mintak pandangan pakar anti lockdown, anti PKP...(ntah pakar apa lagi - kejap sokong, kejap bangkang... )

Lihat semua komen(6)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-5-2022 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.073553 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top