Agak aneh, namun ianya benar-benar berlaku. Seorang model Playboy Brazil telah menetapkan syarat kepada teman lelakinya untuk memakai pelitup muka dan sarung tangan sebelum mereka melakukan hubungan intim. Nathalie Pereira, 28, mengambil tindakan tersebut bagi mengelakkan dijangkiti Covid-19. Menurut portal Daily Star, Nathalie berkata tindakannya itu disifatkan lebih penting daripada pemakaian kondom ketika berhubungan intim. "Saya rasa lebih selamat. Sama ada anda memakai sarung tangan atau tidak perlu s*ks langsung."
Mengikut nasihat Doktor di Harvard, Nathalie berkata, ia lebih selamat berbanding tidak mengamalkan sebarang langkah keselamatan. "Pada mulanya, teman lelaki berasa aneh. Tetapi, lama kelamaan kami boleh menyesuaikan diri. Ini adalah norma baharu." Dalam masa sama, Nathalie mendedahkan bahawa ada juga Pakar s*ks menyarankannya supaya berhubungan intim menerusi Internet sahaja. Wah! Macam-macam ya. Lucu atau boleh dicuba? - CARI |
ADVERTISEMENT