CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Penyakit' Baru Ibu Bapa Ugut Doktor Beri MC Pada Anak Tak Sakit

21-9-2020 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6487| Komen: 38

Description: Gaya hidup hari ini bukan saja menyaksikan segelintir pekerja menipu majikan dengan mendapatkan sijil cuti sakit atau medical certificate (MC). Malah, ada juga ibu bapa menyalahgunakannya sebagai bukt ...
Gaya hidup hari ini bukan saja menyaksikan segelintir pekerja menipu majikan dengan mendapatkan sijil cuti sakit atau medical certificate (MC). Malah, ada juga ibu bapa menyalahgunakannya sebagai bukti sokongan untuk membolehkan anak 'bercuti'.


Perkara ini turut mendapat perhatian seorang doktor yang berkongsi pandangannya menerusi laman Facebook.


Gambar hiasan

Kata Dr Chaku atau nama sebenarnya Kamarul Ariffin Nor Sadan, dia kecewa dengan sikap segelintir ibu bapa menunjukkan contoh tidak baik kepada anak, terutama membabitkan perbuatan menipu sebegini.

"Jujur saya katakan, ramai ibu bapa bawa anak ke klinik dan paksa doktor beri cuti sakit pada anak, sedangkan anak tu tak sakit.

"Pelajar itu tak hadir ke sekolah kerana ikut keluarga bercuti. Ada kerana tak sempat pulang dari kampung kerana jalan raya sesak, ada kerana kenderaan rosak, ada juga kerana kerja sekolah tak siap," luahnya yang kecewa dengan sikap ibu bapa.




Malah, dedahnya ada juga ibu bapa yang sanggup mengugut doktor demi untuk dapatkan juga cuti sakit anak yang tidak sakit itu.


Kredit foto: FB Dr Chaku

"Bila pelajar ini dewasa nanti, pastinya sebahagian besar mereka akan rasa amalan ini adalah amalan biasa. Sebahagian besar mereka akan praktikkan juga amalan ni bila mereka dah bekerja kelak," ujarnya. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 21-9-2020 03:52 PM
Yg kaki mc la ajar anak mc..sampai ke tua la jawabnya sbb makpak support pastu merempan kot status nak anak jd soleh solehah..puuuiiii
Quote mamajawie 21-9-2020 04:01 PM
hamboiiihhh mak pak skang ni pun siap ugut doktor bagai..time aku kekecik dulu nak g klinik pun takut kena sebat ngan abah sebab niat nak memonteng skolah..
Quote sarah82 21-9-2020 04:10 PM
Sabit la budak2 sekarang ni lembik sangat.
Quote tagas 21-9-2020 04:18 PM
dah nape gigih nak ber mc bagai kalo betul tak sakit ke deman

tulis surat sudah ckp ade hal urusan famili

nenek kawen lg

hantar atok masuk spital bahgia

ayah masuk tg rambutan tak kira la apa2 alasan reka ke betul

tulis pakai tgn pun takde hal janji ade surat

ko ingat cikgu cikgi nih ade mase utk sakit kpale ke nak telek sgt butir surat ko
Quote slavehunter 21-9-2020 04:20 PM
Kalau tak sakit tak perlu MC kan hanya perlu buat surat? Even balik kampung pun stated kat surat tu. Yang penting signed by parents.
Quote Artemesiaa 21-9-2020 04:27 PM
Dari kecik dah didedahkan yang tak baik mana tak berlarutan hingga dewasa.  Itu belum bab tak ada adap, kurang sopan dan tak tahu hormat orang atau reta benda orang lain.
Quote cloverrush 21-9-2020 04:28 PM
Gigih lah nk buat MC

Sekolah anak i pakai whatsapp jer,janji inform sbb skrg Cikgu record kehadiran secara online

Tgk ada ibubapa inform sahaja anak cuti balik kampung lah,ada kematianlah,Cikgu ok jer

Tapi jgnlah kerap sgt, setiap minggu nk berponteng,dont go overboard

Quote seri_mawr 21-9-2020 04:29 PM
budak skrg kena ada MC ke..? bukan ke surat pengesahan ibu bapa je ke ckp anak x boleh hadir ke sekolah....

klu sekolah anak iols sempoi jek...wasap jek cikgunnya ckap anak x boleh hadir ke sekolah sebab sekian2...xdenay cikgu derang nak simpan surat2 bagai..huhuhu dlm group kelas jek pun siap dlm group kelas ada guru besar..guru hal ehwal murid...selain semua guru yang mengajar...

aku rasa dlm hpne guru besar dia penuh hroup wasap...huhuhu..ye la dari darjah 1 sampai 6 kot...penuh....huhuhhu
Quote kroit92 21-9-2020 04:30 PM
beraninya orang sekarang..

aku dulu, kalau tak sihat, terus kira tak hadir,
tak larat pegi klinik (mak ayah keje),
makan panadol, tido, duduk diam2 kat rumah.

kalau saja2 tak datang, lagi seram,
tau2 je besok datang sekolah, menimbun homework kena siapkan  
Quote najib888 21-9-2020 04:33 PM
Banyak pula masa doktot ni mengarang cerita.. ntah hasanah..
Quote husna_amal 21-9-2020 04:39 PM
Dah terbiasa ponteng kerja dengan cara bayar mc. Sampai ke anak diteruskan tradisi ni.
Quote AyaqMeloSuam 21-9-2020 04:42 PM
bdk2 lani so frigile..  bila x dpt solve prob.. simple prob trus ckp give up & kata depressed.. ank dara aku letew umoq 10 yrs baru.. mmg aku kompangkan aja
Quote bulalof 21-9-2020 04:49 PM
millennials, and 90s kid are so lembek. pulak tu, x patriotik sayangkan negara.

Quote diiyanazakaria 21-9-2020 05:30 PM
Xyah MC, sejak covid 19 ni inform je dlm group kalo anak xsihat ke, ade urusan keluarga ke, xleh bgun ke, kalo mmg nak bg mc, bg jelah, kalo x inform. Sblm ni pn pakai surat dr parents je..
Quote missus_meow 21-9-2020 06:21 PM
surat parents dah x laku ke
Quote Kitty_catz 21-9-2020 07:26 PM
apo la punya procedure.. sekolah anak meols, just tulis kat student diary je if tak datang sbb sakit ke, ponteng ke apa2... or if nak communicate dgn cikgu

masuk upper secondary , student diary pun dah tak guna sbb bebudak besar ni dah ada tanggungjawab sendiri untuk infrom kat cikgu

Quote Normabaru 21-9-2020 08:02 PM
Ank dh elok2 sihat.. Doa dpt sakit..nnt dh betul2 sakit... Padan muka!
Quote Normabaru 21-9-2020 08:03 PM
Ank dh elok2 sihat.. Doa dpt sakit..nnt dh betul2 sakit... Padan muka! {:full
Quote Normabaru 21-9-2020 08:03 PM
Ank dh elok2 sihat.. Doa dpt sakit..nnt dh betul2 sakit... Padan muka! {:full

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.053294 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top