CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 7 Tahun Rayu Doktor Tamatkan Riwayat Tak Tahan Didera Ibu Bapa

21-9-2020 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6940| Komen: 29

Description: Kanak-kanak mangsa rogol merayu pada doktor supaya menamatkan riwayatnya.
Kanak-kanak mangsa rogol merayu pada doktor supaya menamatkan riwayatnya.

Mirror melaporkan, budak perempuan bernama Yaz itu dirawat di hospital selepas cedera parah akibat diserang secara seksual pada 21 Ogos lalu.


Crime Online melaporkan, doktor yang merawat mangsa di Hospital de Las Margaritas di Pueblo, Mexico berkata, Yaz mengalami pendarahan dalaman, kegagalan jantung dan menemui kesan cucuh api rokok di kedua-dua lengan dan tangannya serta luka akibat diperkosa.



"Saya nak mati... Saya tak mahu kembali pada ibu bapa saya hanya untuk dipukul mereka," katanya ketika dirawat doktor.

Difahamkan, mangsa dibawa ke hospital oleh jiran yang menjadi saksi kejadian.

Berikutan itu, ibu bapa Yaz, Rafael N. dan Alejandra N didakwa melakukan keganasan dan pengabaian terhadap kanak-kanak itu.

Manakala, bapa saudara mangsa dilapor menyembunyikan diri selepas didakwa melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak terbabit.


Difahamkan, Yaz menjadi mangsa pukul ibu bapanya dalam tiga kejadian berbeza, namun tiada sebarang tindakan diambil.

Pada Februari, Yaz dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan pada kedua-dua kakinya dan menjalani pembedahan kerana mengalami kecederaan pada ususnya.

Rafael mendakwa, isterinya yang menyebabkan kecederaan pada kaki mangsa.


Kredit foto: Mirror

Berikutan kejadian itu, polis turut menyiasat kematian adik perempuan Yaz berusia tiga tahun pada Jun lalu yang dilaporkan disebabkan kesukaran bernafas.

Sementara itu, aktivis hak asasi wanita, Frida Guerrera menyuarakan kebimbangannya terhadap keselamatan ibu mangsa kerana percaya Alejandra juga menjadi mangsa keganasan rumah tangga. - CARI

Bagus
5

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • kaif14

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AyaqMeloSuam 21-9-2020 05:14 PM
Xtau nk kata apa dh kalau manusia pn x dak sifat kemanusiaan... bintang lg bagus... pakcik bdk tu patut disula jer.. merogol pandai.. bila nk tanggungjwp larik..
Quote diiyanazakaria 21-9-2020 05:24 PM
Eh babi. Da la kena serangan seksual, pastu kena dera lg. Babi sgt.  Bdk tu kecik lg br 7 thn da kena hadap benda mcm ni. Eh babi. Sebaya anak aku ni. Smpai mintak nk tamatkan riwayat. Eh eh kang aku mencarut lg
Quote Artemesiaa 21-9-2020 05:26 PM
Kalau berita dari Mexico selalu mesti berita2 jenayah kejam
Quote jerukkedondong 21-9-2020 05:51 PM
Sedihnya budak tu merayu supaya tamatkn riwayat hidup nya....
Budak 7 tahun kot....yg dia nak mkn...main dgn kawan2...seronok jln2...
Meh dtg ddk dgn acik nak....
Acik bela kau....pg sekolah sk....petang kena sekolah agama ehhh...
Quote Kurex 21-9-2020 06:00 PM
Dah macam muka indon pulak
Quote KBW2 21-9-2020 06:05 PM
Huwarghhhhh sedihnya baca
Quote missus_meow 21-9-2020 06:07 PM
bile manusia lebih teruk dr binatang
Quote doubleA 21-9-2020 06:09 PM
Mak bapak dan pakcik tu patut mati dulu
Quote mamajawie 21-9-2020 06:10 PM
Hmmm..kelam masa depan budak ni..sedih lak baca berita ni..
Quote jazaa100 21-9-2020 06:15 PM
jerukkedondong replied at 21-9-2020 05:56 PM
Kesiannya bdk tu minta tamatkn riwayat hidup dia...
Bdk 7 thn kot...apa je yg dia nk..
Mkn2..main  ...

K4na gi tuisyen tak???
Quote TomyamPuteh 21-9-2020 07:33 PM
Pukul bdk kcik mcm pkl ank kucing la. X blh melawan
Quote diss69 21-9-2020 09:13 PM
Xboleh baca, dngr berita mcm ini.. Seksanya hidup ank ni....kesiannya laa..
Quote sukacactus 21-9-2020 10:20 PM
Kenapa korang beranak hah?
Xreti jaga budak, xpayah main sampai mengandung
Kalau tu pun xreti elak, baik masing2 pergi mati je
Hidup pun xmcm org
Quote ikanmasin 21-9-2020 10:47 PM
sedih dan kasian dpt mak bapa yg tak guna mcm tu..
Quote missfaris 21-9-2020 11:53 PM
I pernah ternampak video pedo dekat fb lama dah dalam 2 tahun lepas , ketar satu badan , sakitnya hati , i terus block sampai i tak tau sape share kalau tak boleh i report org tu . Kenapa ada manusia jahat mcm ni ? Yg i nmpk tu dah la yg pedo tu pmpuan cina muda 2 org & 3 budak lelaki umur dalam 3 tahun , ya Allah I harap Allah tolong la jahanamkan pedo2 ni , i susah hati sbb background video tu mcm dalam tadika , i risau pmpuan2 tu cikgu tadika & parents taktau apa anak diorang kena   kenapa i teringat lepas baca ni , lama i murung lepas namapak tu
Quote caramello 22-9-2020 12:49 AM
missfaris replied at 21-9-2020 11:53 PM
I pernah ternampak video pedo dekat fb lama dah dalam 2 tahun lepas , ketar satu badan , sakitnya ha ...

Apa diorg buat kt bebudak tu???
Quote husna_amal 22-9-2020 09:58 AM
Mak bapak tak guna macam ni. Anak sendiri tergamak buat macam tu.
Quote ninjago 22-9-2020 10:45 AM
Allah sedihnyaa

Quote missfaris 22-9-2020 11:50 AM
caramello replied at 22-9-2020 12:49 AM
Apa diorg buat kt bebudak tu???

Sedih nak tulis pn sbb i never told anyone include my husband sbb Im so stress kalau nak cakap pasal ni , girl 2 org tu mcm "bl*wj*b" those kids , & those boya gelak2 mcm geli & tepis2, tapi tu start video terus part tu i takmau tau lepas tu apa jadi lagi . I hipe those girl mampus dah skrg & kids tu lupa apa yg jadi & diorang bukan mangsa culik kena kurung ke apa .

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.090067 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top