"Maaf kepada yang yang request to follow Sofia. Akaun tersebut adalah privasi setakat ini sebab masih baby lagi." Itu penjelasan selebriti, Che Puan Sarimah Ibrahim,42 yang memohon
maaf kerana tidak dapat menerima permintaan pengguna laman Instagram yang mahu mengikuti akaun IG anaknya di atas nama @TunkuSofiaNajihah. Menurut Sarimah, akaun IG anaknya itu ditukar ke mod privasi disebabkan anaknya masih kecil. Bagaimanapun, Sarimah tetap tidak mahu menghampakan harapan para peminatnya dengan menyatakan mungkin satu masa nanti, akaun tersebut akan dibuka juga. "Akan datang, kami akan buka kepada public ya. Biar dia tak kenal sosial media life lagi for now."
Netizen turut mengalu-alukan keputusan tersebut supaya anaknya tidak terlalu cepat terdedah kepada dunia glamor Internet tanpa sempadan kini. Wah! Baguslah, tidak mahukan anaknya mendapat pendedahan terlalu awal dengan penerimaan netizen. Pastinya Sarimah sudah memikirkan masak-masak risikonya kan? - CARI |
Kurex replied at 13-8-2020 08:02 AM
Kini kau tiada tak perlu lagi ku merasa deritamu
mieymiey replied at 13-8-2020 12:22 AM
Iols teringat masa sheols baru lepas bersalin dengan hashtag #princessxishere. Ingatkan nama anak sh ...
ADVERTISEMENT