"Maaf kepada yang yang request to follow Sofia. Akaun tersebut adalah privasi setakat ini sebab masih baby lagi."
Itu penjelasan selebriti, Che Puan Sarimah Ibrahim,42 yang memohon maaf kerana tidak dapat menerima permintaan pengguna laman Instagram yang mahu mengikuti akaun IG anaknya di atas nama @TunkuSofiaNajihah.
Kredit foto : IG
Menurut Sarimah, akaun IG anaknya itu ditukar ke mod privasi disebabkan anaknya masih kecil. Bagaimanapun, Sarimah tetap tidak mahu menghampakan harapan para peminatnya dengan menyatakan mungkin satu masa nanti, akaun tersebut akan dibuka juga.
"Akan datang, kami akan buka kepada public ya. Biar dia tak kenal sosial media life lagi for now."
Kredit foto : IG
Menerusi hantaran tersebut, Sarimah memuat naik foto selepas selesainya majlis Jejak Tanah puteri sulungnya itu yang kini berusia setahun bersama suaminya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie.
Netizen turut mengalu-alukan keputusan tersebut supaya anaknya tidak terlalu cepat terdedah kepada dunia glamor Internet tanpa sempadan kini.
Kredit foto : IG
Kredit foto : IG
Wah! Baguslah, tidak mahukan anaknya mendapat pendedahan terlalu awal dengan penerimaan netizen. Pastinya Sarimah sudah memikirkan masak-masak risikonya kan? - CARI
|