CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 236126|Reply: 6538

Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan

  [Copy link]
Post time 13-8-2024 09:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 7-11-2024 04:06 PM

Update:

BEKAS isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada diminta hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi perbicaraan kes pukul melibatkan dirinya.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri memerintahkan perkara tersebut untuk perbicaraan kes berkenaan yang ditetapkan pada 20 Januari 2025.

Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya iaitu Eirene Nabila Amani Williams Hunt memberitahu perbicaraan kes tersebut diteruskan selepas permohonan representasi dibuat tertuduh kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) ditolak.

Susulan itu, peguam Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berharap Shuhada sebagai pengadu akan hadir pada perbicaraan itu nanti agar kes dapat diselesaikan dengan segera.


https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2024/10/14/kes-pukul-bekas-isteri-hafidz-roshdi-diteruskan-hakim-perintah-nurul-shuhada-hadir-perbicaraan



Nurul Shuhada juga tidak hadir ke mahkamah untuk prosiding hari ini, dipercayai kini berada di Australia.


KUALA KUBU BHARU: Mahkamah Majistret, di sini, menetapkan 14 Oktober depan untuk sebutan semula surat representasi berhubung penarikan balik kes pelakon Hafidz Roshdi atas tuduhan mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri pada Mac lalu.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Hafidz Roshdi, 30, memberitahu, perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Che Wan ketika sebutan semula di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib, pagi tadi.


Akberdin berkata, pihaknya terkejut mendapat arahan kes diteruskan dengan perbicaraan.

"Mahkamah mengarahkan meneruskan kes, jadi saya beritahu Hakim yang kami terima laporan penarikan laporan polis daripada peguam Nurul Shuhada. Perkara ini dibuat dengan tertib.

Kami terperanjat kes diarahkan diteruskan, tapi kami memang tidak buat surat selepas penarikan laporan.

"Jadi, sekarang saya akan buat surat secara rasmi dan lampirkan laporan memberitahu apa yang berlaku mengenai persetujuan sudah dicapai oleh kedua-dua pihak secara baik. Sebab kes sepatutnya sudah selesai secara global.

"Nurul Shuhada sudah menyatakan dia buat penarikan tanpa paksaan dan secara sukarela. Jadi, bila pengadu sudah katakan begitu, kenapa kami kena teruskan?

"Saya beritahu Hakim mungkin saya kena tulis surat secara rasmi pada pihak pendakwaan beritahu apa yang sudah berlaku dan kami akan tunggu jawapan. Hakim bersetuju dan menetapkan tarikh sebutan pada 14 Oktober depan sementara menunggu representasi yang saya akan buat," katanya yang ditemui BH Online selepas prosiding, pagi tadi.

Akberdin berkata, pada tarikh itu juga akan dimaklumkan keputusan kepada representasi yang dibuat.

Katanya, ia adalah tugasnya untuk menulis dan memaklumkan kedua-dua pihak sudah berdamai dan semua isu diselesaikan secara baik.

"Jadi, ia tidak adil kepada klien saya untuk teruskan. Memang Nurul Shuhada sudah cakap pada polis bahawa dia memang nak tarik balik, tiada paksaan dan ugutan," katanya.

Bagaimanapun, Hafidz enggan memberikan sebarang jawapan terhadap soalan yang diajukan oleh pihak media.

"No comment (tiada komen)," katanya yang kelihatan sugul.

Ditanya mengapa Nurul Shuhada memilih menarik balik laporan polis, Akberdin untuk menjawab mewakili Hafidz.

Katanya, ia atas persetujuan bersama dan bersifat peribadi.

"Memang persetujuan bersama di mana kedua-dua pihak sudah setuju untuk menyatakan ia sebagai 'private and confidential', jadi sebab itulah mungkin Hafidz tidak mahu kongsi kepada orang lain.

"Apa yang penting, laporan penarikan memang sudah dibuat pada 6 Julai lalu. Pihak polis sudah lakukan siasatan tambahan, panggil semula Nurul Shuhada," katanya.

Pada 13 Mac 2023, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Nurul Shuhada (ketika itu) dengan menumbuk pipi kiri wanita sebanyak tiga kali sehingga luka, lebam dan bengkak.

BH

Shuhada, OZ, OZ, OZ, OZ, OZ, OZ

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2024 08:34 AM | Show all posts
kes jenayah kot, bukti cukup. mana boleh polis lepas macam tu saja. lain la kes saman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
iols dah lama tak masuk thread ngai. sekalinya dah katup thread flat tinggi tu

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah diteruskan,ko ingat boleh terlepas ke lepas belasah ex wife ko tu?memang annoying ex wife tu tapi tu bukan tiket ko nak belasah perempuan sesuka hati,semoga drama muka bodoh dan buat2 bodoh ketika di mahkamah tamat lepas jatuh hukum
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
KantoiLagi replied at 30-8-2024 11:37 PM
Urmmm
Mohon sesiapa menjelaskan pilihan pendidikan anak2 menggunakan Tourist Visa



nie peah punya kawan bgtau..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2024 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiap bulan dia kena renew visa

Uish dia mencirit allah cemburu dia syg lebih kat apiz..
Shu kena maki,shu kena tipu,duk umah jd kain buruk,kena viral,kena saman bagai,macam2 la ada aku rekod nnt la dgr semula.. pastu last2 power of redha.. org redha dia x mencirit msg ancut2,benda apa yg lain2
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Visa apa plak renew monthly?
Arrrr sudahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Baca update chuols, hampir nak tertelan cup ice cream McFlury iols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk pakai tourist visa. Sampai sana cari college (yg lokoi2, fees yg murah2). Utk apply student visa. Selalunya senang dpt approval. Ada student visa, bole laa start keje. Seminggu bole keje 3x kut pakai student visa. Part time. Legally tak salah. Tp sekolah anak2 mahal yach. Consider international student, fees lain. Aussie kete second murah. Keje 2,3 bulan income yg fixed, bole dah beli
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
maklukpenggoda replied at 14-10-2024 12:40 PM
Update:

BEKAS isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada diminta hadir ke Mahkamah Kuala Ku ...

Alhamdulillah
Please come back Ngai
Kami semua merindukan mu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh tak habis lagi... walaupun dah tarik kes...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis drag kes dia kan..nasib laa..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bile nk habis ni  
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Apooo wartawan metro tv ni. Buat laporan dgr -ve vibe sungguh. Boleh je kan beri laporan secara general. X perlu buat assumption mata meliar lah etc. X professional laaarr
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Penangan the most hottest janda kt cari porem. Not even 2 nora bercerai bole overshadow janda tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 11:32 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 13-8-2024 11:04 PM
Penangan the most hottest janda kt cari porem. Not even 2 nora bercerai bole overshadow janda terseb ...

tak trending pun..setakat hiburan santaian acik2 level baca majalah mangga sambil jual keledek goreng kat pasar tani cam ko lah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2024 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahaha..ko gile letak tajuk camni?

Ni layak masuk bodgos hokay banding thread ex bini dia tu..sapa yg retis haaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
HannahMuntanah replied at 13-8-2024 11:32 PM
tak trending pun..setakat hiburan santaian acik2 level baca majalah mangga sambil jual keledek gore ...

HannahMontana fake
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
auto jadi bodoh bila kat court
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
LoveSungmin replied at 14-8-2024 12:26 AM
auto jadi bodoh bila kat court

Kt tiktok ke apa elok je dia joget2 dgn bini kan..hahahahah..iols tgk shopee bideo..keluar bideo dia dgn bini tgh menggelinjang
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 14-8-2024 12:32 AM
Kt tiktok ke apa elok je dia joget2 dgn bini kan..hahahahah..iols tgk shopee bideo..keluar bideo d ...

Elok gak bicara
Kantoi la perangai janda anzing itewww
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan salah janda dia. Mmg janda dia dah tarik balik report, tapi mahkamah yg putuskan kes ni akan tetap berjalan jugak. Bagi aku la kan, bagus jugak kalau mcm ni. Sebab mmg byk kes domestic violence ni walaupun terang2 bini dah patah riuk ujung2 tarik report.

Also la kan, tak semestinya mangsa je bleh buat report, pihak lain pun bleh je. Cth mcm kes angelina jolie anak beranak kene belasah dengan brad pitt atas kapal terbang tu, yg mereport tu krew kapal terbang tu. Tapi biasalah Malaysia ni kalau bab melibatkan perempuan suma pakat kesian tapi takmo pun buat tindakan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 13-8-2024 10:47 PM
Apooo wartawan metro tv ni. Buat laporan dgr -ve vibe sungguh. Boleh je kan beri laporan secara gene ...

Opkos lerr dah netizens dok asyik ckp pasal mata dia aje. Sepatah habuk tok bidin ckp pun diaorg tak baca / tak dgr. Yg disibukkan mata .

So Kalau diteruskan , shuringaiii kena balik sini la kan? Dah  sebulan rasanya kat obersiii.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok la kena. Walaupun aku tak suka bini birah, berlagak dan psiko dia tapi bab pukul perempuan tu adalah satu kesalahan besar. Pukul manusia yang lagi lemah tu jijik ya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 14-8-2024 12:32 AM
Kt tiktok ke apa elok je dia joget2 dgn bini kan..hahahahah..iols tgk shopee bideo..keluar bideo d ...

Ok la mengelinjang pun dgn bini sendiri  tempat pun open ,dari bercmpur berjimba2 dgn jantan ntah sape dlm rumah. Siap pakai baju lengan pendek lagi,tpi opkos la dia dah edit kat IG dia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 08:20 AM | Show all posts
Semoga episode 'telenovela' habis cepat
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 08:20 AM | Show all posts
Semoga episode 'telenovela' habis cepat
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 08:32 AM | Show all posts
loyar tu mmg cover kes serai berai retis je ye? pocik kayooo
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 08:33 AM | Show all posts
patut hakim ni jaga time pendakwa raya nak tarik balik 47 kes rasuah tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 2.708440 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list