CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 986|Reply: 2

Ini 5 Telefon Bajet Kurang Dari RM500 Setakat April 2025

[Copy link]
Post time 20-7-2025 03:21 AM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 20-7-2025 10:57 AM

Tak semua orang nak berhabis beribu ringgit untuk beli telefon baharu — kadang-kadang cukup sekadar nak guna untuk WhatsApp, TikTok, dan telefon.

Untuk dijadikan sebagai telefon kedua, diberi kepada anak-anak dan mak ayah pun sesuai sebab telefon bajet ringkas dan sesuai untuk kegunaan ringan.

Jadi,  telefon harga bajet kurang dari RM500 sangat mampu milik. Sejak awal 2025, terdapat pelbagai jenama sudah membawa masuk telefon bagi kategori ini.

Ini adalah 5 telefon pintar terbaru harga di bawah RM500 setakat April 2025.

1. Redmi A5


Baru sahaja dilancarkan 18 April lalu, Redmi A5 dilengkapi skrin besar 6.88 inci dengan kadar segar semula sehingga 120Hz, kamera AI dwi 32MP di belakang dengan kamera hadapan 8MP serta dimuatkan bateri 5200mAh.

Redmi A5 ditawarkan pada harga serendah RM299 (3GB RAM + 64GB storan) dan hanya RM349 bagi varian 4GB RAM + 128GB storan.

Beli telefon pintar Redmi A5 dari stor rasmi di:


2. POCO C71



POCO C71 juga baru sahaja dilancarkan 24 April lepas, ia juga dilengkapi skrin besar 6.88 inci dengan kadar segar semula sehingga 120Hz, sistem kamera dwi AI 32MP, dimuatkan dengan berkapasiti 5,200mAh.

POCO C71  ditawarkan pada harga serendah RM299 (3GB RAM + 64GB storan) dan hanya RM349 bagi varian 4GB RAM + 128GB storan.

Untuk masa terhad, POCO C71 boleh didapati pada harga serendah RM269.

Beli telefon pintar POCO C71 dari stor rasmi di:


(Spesifikasi antara POCO C71 dan Redmi A5 adalah sangat hampir sama dari segi perkakasan dalaman mahupun reka bentuk luar, saiz dan berat)


3. realme Note 60x



Jika anda mencari telefon bajet tapi tahan lasak, realme Note 60x adalah pilihan terbaik untuk anda.

Ia dilengkapi dengan perlindungan ArmorShell dan ketahanan IP54 (tahan terhadap air percikan dan habuk).

Dari segi prestasi, Note 60x hadir dengan RAM dinamik sehingga 12GB (4GB+8GB dynamic RAM) dan storan dalaman 64GB serta skrin 6.74 inci dengan kadar segar semula 90Hz.


Note 60x dilkengkapi kamera belakang 8MP dan kamera swafoto 5MP dan bateri 5000mAh dengan jangka hayat sehingga 3 tahun.

realme Note 60x hanya berharga dari RM369 sahaja.

Beli telefon pintar realme Note 60x dari stor rasmi di:



4. Infinix HOT 50



Infinix HOT 50 dikuasakan Helio G100 dan RAM sehingga 12GB. Dengan skrin 6.78 inci dan kadar segar semula 120Hz serta teknologi TÜV Rheinland Low Blue Light untuk mengurangkan ketegangan mata, ia sesuai dijadikan sebagai peranti permulaan untuk mereka yang mahukan pengalaman gaming ringan.

Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan 18W Advanced FastCharge dan fungsi Bypass Charging, memastikan penggunaan sepanjang hari, termasuk sesi gaming yang intensif.



Infinix HOT 50 disokong Esports Pro Game Network Engine untuk permainan dalam talian.

Beli telefon pintar Infinix HOT 50 dari stor rasmi di:

(Infinix HOT 50 semasa pelancarannya pada Disember 2024 lalu diperkenalkan dengan harga RM499. Tapi kini ia berharga RM594.)


5. nubia V70 Max


nubia V70 Max dari ZTE juga salah satu model telefon pintar taham lasak yang hadir dengan rangka keluli SUS304 dan kerangka tengah Aluminium-Titanium Alloy Die Casting, menjadikannya tahan hentakan sehingga 1.5 meter.

Dikuasakan oleh cip Unisoc T606, ia menampilkan skrin 6.9-inci HD+ dengan kadar segar semula 120Hz.

Dilengkapi kamera utama 50MP dengan teknologi AI seperti Lightning-fast Snapshot dan AI Magic Photos dan AI Magic Eraser bagi membuang objek yang tidak diingini dari gambar dengan mudah.

nubia V70 Max hadir dengan 6GB RAM + 6GB RAM maya dan storan 128GB.

nubia V70 Max ditawarkan pada harga RM399.

Beli telefon pintar nubia V70 Max dari stor rasmi di:

Kesimpulannya?
Tak perlu belanja besar pun nak dapat telefon pintar yang moden. Semua telefon ni sesuai untuk pelajar yang ada kekangan bajet, mak ayah, sebagai telefon kedua atau sesiapa saja yang nak sebuah telefon ringkas.


Walaupun kebanyakan model telefon pintar permulaan ini hanya menyokong rangkaian 4G, tetapi ia masih menawarkan prestasi memadai dengan bateri yang mampu tahan seharian. Mudah kata, perkara asas masih boleh dilakukan. wiser

----------------
korang yang nak beli murah dan quality kot, boleh layan artikel ni




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2025 03:06 PM | Show all posts
layan dulu mana yang sesuai dengan keperluan
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2025 03:57 PM | Show all posts
I just buy Samsung A06 and its very good
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.200389 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list