|
|
Edited by Skyline_84 at 5-2-2026 02:02 AM
Usahawan Noor Nabila mencuri tumpuan warganet selepas memuat naik foto bersama seorang jejaka tinggi lampai di Instagram Story, pada Rabu.Menerusi hantaran itu, Nabila difahamkan menghadiri majlis perkahwinan kawannya yang dikenali sebagai Jiyoon dan Haidas.
Mengenakan busana labuh berwarna ‘magenta dark’, ibu kepada Jebat Jayden ini tersenyum manis dipeluk erat oleh lelaki yang mengenakan kemeja putih.
Terdahulu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.
Kemudian, pernah berkahwin dengan Engku Emran pada 26 September 2023 namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber: Oh Bulan, Instagram
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|