CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19312|Reply: 12

[Tempatan] Lelaki maut jatuh pokok petai

[Copy link]
Post time 5-2-2026 06:36 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki maut jatuh pokok petai
Oleh Zuliaty Zulkiffli - Februari 5, 2026 @ 5:38pm

Petugas KKM memeriksa keadaan mangsa yang dipercayai jatuh dari pokok petai di Kampung Bukit Hijau sebelum disahkan meninggal dunia. - Foto tular

BALING: Seorang lelaki berusia 34 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh ketika sedang mengait petai di sebuah kebun getah di Kampung Bukit Hijau, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe, memaklumkan pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 12.12 tengah hari.

"Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di atas tanah berhampiran pokok petai di kebun milik bapa saudaranya.

"Pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," k

Brandon berkata, pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan setakat ini kes diklasifikasikan mati mengejut (SDR).

Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Baling untuk proses bedah siasat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2026 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda lagi... innalillah.Al Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 10:18 PM | Show all posts
BALING: Seorang lelaki berusia 34 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh ketika sedang mengait petai di sebuah kebun getah di Kampung Bukit Hijau, di sini, tengah hari tadi.
"Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di atas tanah berhampiran pokok petai di kebun milik bapa saudaranya.


Masih muda, meninggal dalam keadaan mulia sewaktu mencari rezeki halal.

Mungkin beliau bukan orang terkenal, tetapi 1000 kali beliau lebih mulia, lebih bermaruah daripada  pemakan rasuah, sakau, pengkhianat bangsa negara, angkut pati menyusahkan rakyat. Semoga diampunkan dosa-dosa kecil dan mudah urusan di tempat baru.  
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih baca berita macam ini.

Kadang2 terfikir, kenapa la tak bawah galah atau apa, yang memudahkan kerja instead of memanjat pokok
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Pokok petai mostly tinggi2.
Buah lak ujung2 dahan.
Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 5-2-2026 11:25 PM
Sedih baca berita macam ini.

Kadang2 terfikir, kenapa la tak bawah galah atau apa, yang memudahkan ...

Pokok petai slalu tinggi2 melangit uols..jenuh la nak cari galah panjang2. Kalau kat kg meols ada yg memanjat, ada yg guna khidmat beruk. Tapi ni beruk terlatih yg memang disuruh keje memanjat pokok petai tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2026 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak hairan la stgah tempat tu juai petai mahal. Macam kat area simpang pulai nak naik cameron tu..situ org asli yg jual petai. Agaknya harga mahal termasuk sekali kudrat orang yg bergadai nyawa memanjat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2026 09:54 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 5-2-2026 11:25 PM
Sedih baca berita macam ini.

Kadang2 terfikir, kenapa la tak bawah galah atau apa, yang memudahkan ...

pokok petai mana ada rendah2..takdo yg guna galah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 10:03 AM | Show all posts
kampung aku pun baru ni ada orang jatuh pokok meninggal...
katanya nk kerat-kerat dahan... Al fatihah untuk kedua-dua arwah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 10:53 AM | Show all posts
Innalillah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 11:40 AM | Show all posts
Pokok petai biasanya tinggi antara 20 hingga 30 meter ????
(dalam keadaan tertentu boleh mencecah hingga ~35 meter).

Untuk senang bayang:

???? Lebih kurang bangunan 7–10 tingkat

Batang besar & kanopi melebar

Ambil masa 5–7 tahun untuk mula berbuah (bergantung penjagaan & baka)

Fakta ringkas tambahan:

Nama saintifik: Parkia speciosa

Akar kuat → tak sesuai ditanam terlalu dekat dengan rumah

Suka tanah subur & kawasan panas lembap (memang ngam dengan cuaca Malaysia)
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wa inna ilaihirojiun..risiko tinggi panjat pokok petai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.174743 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list