Polemik pelawak menjadi deejay, lalu merapu di konti studio bukan sahaja dirasai pendengar radio, malah ia mendapat perhatian cendekiawan yang menyifatkannya sebagai bingit. Lebih teruk, radio tempatan kini dianggap lebih mengutamakan jenaka kosong, borak merapu, sindiran bukan-bukan dan lawak syok sendiri. Tidak hanya itu, ada netizen mengajak pendengar membandingkan kualiti radio berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ternyata jurang perbezaan besar antara kedua-duanya iaitu antara lawak merapu dan informasi intelektual. Pengguna Twitter, Haziq mendedahkan kebanyakan skop radio Melayu agak sempit. Isu global biasanya tidak diulas. Jika diulas sekalipun, penyampai radio akan memilih kejadian pelik atau melucukan. Sementara sitkom luar negara pula berdiskusi mengenai 'climate change', pemenang anugerah Nobel, gerakan sivil dan sebagainya.
Sedangkan pendengar radio Melayu masih bercerita mengenai drama yang hanya membuatkan penonton marah dengan watak-wataknya. Rata-rata bersetuju dengan pandangan tersebut. Sampai bila mahu mendengar deejay pelawak merapu sampaikan iklan kosmetik dan iklan sama diulang-ulang setiap hari? Tidak lain tidak bukan, ia hanyalah bertujuan komersial semata-mata. Bagaimanapun, menurut seorang lagi netizen, pemilihan pelawak ini sebenarnya berdasarkan tinjauan terhadap pendengar radio. Jadi, jika deejay itu yang bersiaran, maka itu yang pendengar radio mahukan? Susah juga mahu mengubah mentaliti jika semuanya berpaksikan pada keuntungan semata-mata. Jadi, anda suka dengar radio apa pagi-pagi? - CARI |
ADVERTISEMENT