"Kalau ampa nak buat tudung macam cheq pakai pon, habaq lah Tudung inspiration Faezah Elai ka, Tudung ala2 Faezah Elai ka.. Janganlah ampa boh Tudung Faezah Elai, sebab cheq tak keluaq tudung pon. Kesian orang yang kena tipu." Fenomena
tudung labuh gaya Faezah Elai mendapat perhatian wanita berhijab
sehinggakan ramai yang mahu berpenampilan sepertinya.
Tidak hairanlah
muncul pelbagai jenama yang mengeluarkan tudung seperti yang dikenakan isteri pengarah Heykal Hanifah ini. Ini semua tidak menjadi isu kepadanya kerana gembira semakin ramai yang sedar tentang kepentingan memakai tudung menutup dada. Bagaimanapun,
Faezah akhirnya bersuara apabila banyak mesej diterima di laman Instagram yang bertanyakan mengenai tudung jenama Faezah Elai. Bukan
sahaja bertanyakan kepada dirinya, malah ahli keluarga lain turut diajukan soalan sama hingga ada yang mahu menjadi stokis dan Ejen
tudung 'keluarannya'. Faezah menegaskan yang dia tidak mempunyai sebarang bisnes tudung kerana niatnya hanyalah mahu melihat lebih ramai wanita istiqamah berpenampilan sesuai dengan syariat Islam. Jadi, peminat yang kononnya berasa tertipu 'terbeli' tudung tiruan, janganlah bimbang. "Tak kisahlah tudung jenama apapun ampa nak pakai, tapi kalau dulu pakai yang pendek sekarang yang labuh, Alhamdulillah kita menang. Sama-sama istiqomah. Cheq memang pakai tudung labuh ni sebab cheq nak pakai, bukan sebab cheq jual." Akhir sekali, Faezah turut berpesan kepada peniaga supaya meletakkan nama bersesuaian pada tudung tersebut seperti diinspirasi Faezah Elai atau tudung ala-ala Faezah Elai supaya pembeli tidak berasa tertipu |
bedahmenjuyah replied at 25-6-2020 07:39 AM
Tudung je labuh. Baju tetap sendat melekat
bedahmenjuyah replied at 25-6-2020 07:39 AM
Tudung je labuh. Baju tetap sendat melekat
redz85 replied at 25-6-2020 07:59 AM
pose asik sama.. tengok lantai..
NazRysha replied at 25-6-2020 07:58 AM
Tudung yang FE jadi duta ni brand proper hijab
Tapi stress kain dia susah nak pakai walaupun dah sp ...
ADVERTISEMENT