Siapa pernah alami akaun peribadi digodam dan diambil alih individu tidak dikenali? Walaupun perkara ini mungkin berlaku kepada orang terkenal sahaja, tetapi ada juga pengguna di kalangan orang biasa ditimpa nasib sama. Apakah punca kejadian ini berlaku? Sebuah firma keselamatan di United Kingdom, Dashlane, dengan kerjasama Virginia Tech, menganalisis lebih daripada 61 juta kata laluan. Menurut petikan berita yang dilaporkan The Sun, hasil kajian itu mendapati pengguna masih memilih kata laluan mudah ini walupun telah diberi peringatan dan pendedahan beberapa kali. Ini menjadi punca kepada akaun peribadi dicerobohi. Berikut adalah kata laluan yang sering digunakan oleh netizen:
1) 12345678 2) Password 3) Iloveyou 4) Football 5) Princess 6) Baseball 7) Sunshine 8) 1q2w3e4r 9) Superman 10) Linkedin Selain daripada perkataan yang sering ditemui di internet atau karakter popular, kata laluan berasaskan cinta juga menjadi pilihan. 1) Iloveme 2) Trustno1 3) Beautiful 4) Ihateyou 5) lovelove Kata laluan bertemakan muzik dan filem mungkin milik peminat siri dan kumpulan popular berikut. 1) Superman 2) Pokemon 3) Starwars 4) Rockstar 5) Nirvana Tema sukan amat digemari oleh peminat kelab bola sepak. Anda peminat kelab ini? Cuba semak, mungkin indvidu yang mempunyai minat yang sama dengan anda memiliki kata laluan serupa. 1) Liverpool 2) Chelsea 3) Arsenal 4) Barcelona 5) Manchester Selaras dengan perkembangan teknologi, sistem online sekarang telah ditambah baik dengan memerlukan kesinambungan angka dan huruf untuk menetapkan kata laluan. Jadi, elakkan daripada menggunakan kata laluan yang tertera di atas ya. Lindungi data peribadi anda. - CARI
|
25
Bagus |
16
Marah |
15
Terkejut |
26
Sedih |
16
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
danieladam replied at 2-7-2018 03:59 AM
Dah create canggih2, lps tu iols lupa..hhaha
aderaderker replied at 2-7-2018 01:02 PM
Password aku pun sama jer semua, senang idup.
Tapi yg pasti, takde orang lain boleh tau punya..haha ...
AmandaRollins replied at 2-7-2018 10:04 PM
Dulu akaun ig pernah kena hack..hackers tu siap tukar profile pic i,tukar pg pic P**i....trauma kjap ...
ADVERTISEMENT