CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tolong!!!!! Panas!!!!!"-Sayu, Saksi Lakon Semula Saat Zulfarhan Ditekap Seterika

29-6-2018 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22623| Komen: 140

Seorang saksi yang menjerit, melakonkan semula detik Zulfarhan Osman ditekap seterika dengan kaki dan tangannya diikat oleh rakan-rakan seuniversitinya, tahun lalu telah menyebakan suasana pilu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut itu.


"Tolong!!!!! Panas!!!!!," jerit Ahmad Senabil Mohamad, 22, penuntut tahun tiga jurusan Pengurusan Sumber Manusia Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM).

mStar Online melaporkan, Senabil adalah individu yang melihat mangsa ditekap dengan seterika wap di dalam bilik 4-10, asrama penginapan UPNM antara jam 4 pagi dan 6 pagi, 22 Mei 2017.

Foto: mStar Online
Mengimbas kembali, di bilik tersebut, tertuduh keenam iaitu  Abdoul Hakeem Mohd Ali, bertanya beberapa soalan kepada mangsa namun mangsa dikatakan memutrar belit jawapan sebelum dia ditumbuk di perut sebanyak dua kali.


Abdoul Hakeem kemudian menyuruh mangsa membuka seluar dan menyambung memukul mangsa sebelum 10 lagi individu masuk ke dalam bilik tersebut.

Mangsa juga dipukul dengan penyangkut baju manakala Danial Firdaus menggunakan batang penyodok sampah.

Sehingga 3.30 pagi, beberapa individu yang berada di dalam bilik itu pulang ke bilik masing-masing dan meninggalkannya bersama Abdoul Hakeem, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri, Muhammad Najib Mohd Razi dan Muhammad Akmal Zuhairi Azmal dan seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd Syafiq.

"Zulfarhan meronta dan sepanjang ditekap seterika dari 4 pagi sehingga Subuh dia menjerit dengan kuat."

Ahmad Senabil berkata mangsa yang menggelupur meniarap sambil kedua tangannya diikat ke belakang dan kakinya juga diikat dengan tali pinggang taekwondo.

"Disebabkan Zulfarhan Osman masih tidak mengaku, Abdoul Hakeem menyuruh Akmal Zuhairi berhenti dan membuka ikatan mangsa."

Muhammad Akmal Zuhairi kemudian mencuci lantai bilik itu yang mempunyai kesan peluh dan darah mangsa.

Sebelum ini Senabil pernah membuat laporan polis berikutan bapa kepada Muhammad Najib telah mengugutnya supaya dia mengubah kenyataan dan tidak bercakap benar tentang kejadian tersebut.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 16 Ogos. -CARI

8

Bagus
10

Marah
31

Terkejut
11

Sedih
11

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kawahapi 29-6-2018 10:52 AM
Binatang!   
Quote CardiGans85 29-6-2018 10:53 AM
Simbah dengan minyak panas menggelegak je depa ni. Rasain sedap ke idok

Dasar syaitan
Quote noor2 29-6-2018 10:56 AM
Tolonglah adil wahai hakim dalam membuat keputusan hukuman ....jangan lah jadi macam kes datin rozita dan lelaki main mercun tu....tak munasabah sungguh keputusan. ...
Quote aechae 29-6-2018 10:57 AM
Xnk baca n follow kes ni sbb x sanggup nk bayang... rsa mcm nk pecah dada rsa ‘sakit’ nya tu....mcm mna lah budak2 ni hati iblis sgt buat mcm tu...
Kite iron baju tekena tgn sket pn bleh kuar air mata
Quote sharlenetexas 29-6-2018 11:00 AM
Adakah masa umur 5 tahun mereka ni bunuh kucing?
Quote misc 29-6-2018 11:01 AM
..so bapa Muhammad Najib Mohd Razi pernah ugut Senabil ni jgn cerita lah kan. Bukan main lagi Mohd Razi nak back up  anak ya

Kena kat anak sendiri baru tahu.
Quote dutch_lady 29-6-2018 11:03 AM
Sebelum ini Senabil pernah membuat laporan polis berikutan bapa kepada Muhammad Najib telah mengugutnya supaya dia mengubah kenyataan dan tidak bercakap benar tentang kejadian tersebut.

wtf???? bapak nye pun perangai lahanat....padan la anak jd cenggitu
Quote poison_ivy 29-6-2018 11:04 AM
sebab tu dalam agama kita pun dah cakap, memang antara penduduk neraka esok antaranya ahli peguam dengan hakim. Kalau rasa tak boleh nak berkata benar dan membuat keputusan secara adil, memang menempah ke neraka la jawabnya
Quote taji2906 29-6-2018 11:06 AM
Abdoul Hakeem ni kepala depa la ni.. lain2 tu menurut arahan dia? tekap balik seterika bara tu kat depa sekoq2...
Quote batmana 29-6-2018 11:06 AM
aku heran,
apa semua penuntut UPNM mmg dh diajar supaya patuh pada arahan ketua aja ka? atau org yg berkuasa dari dia?
bukan patuh pada arahan Tuhan?

dari mangsa/pelaku /saksi semua takde rasa pape nk report seblum mangsa mati
semua pengecut, cmni ke bakal askar kita?, harap semua saksi tu dipecat,dibuang dari UPNM jugakla psl pengecut bukan ada dlm kamus askar.

yg aku terlebih heran, mangsa pun tk bitau kt mak pak yg lahirkn dia, smpai sembunyikn bnda ni smpai mati

apa punya ajaran agamala di ajar kt UPNM ni

taat pada ketua lebih tinggi dari taat pada perintah Tuhan

aku harap, klu UPNM tk berubah, tutupla UPNM ni, ubah jadi ladang ternak fedlot lembut lagi bagus
Quote Artemesiaa 29-6-2018 11:07 AM
Moga keadilan dan kemenangan diberikan kepada mangsa dan keluarga
Quote teky 29-6-2018 11:08 AM
  1. Sebelum ini Senabil pernah membuat laporan polis berikutan bapa kepada Muhammad Najib telah mengugutnya supaya dia mengubah kenyataan dan tidak bercakap benar tentang kejadian tersebut.


  2. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 16 Ogos. -CARI
Copy the Code


paling celaka....
Quote prettyuglybabe 29-6-2018 11:11 AM
Edited by prettyuglybabe at 29-6-2018 03:35 PM

so bapak si nabil tu tak kena tindakan apa-apa ke sebab mengugut saksi?
eh.. bapak si najib.. nabil pulak
Quote kristy77 29-6-2018 11:31 AM
dutch_lady replied at 29-6-2018 11:03 AM
Sebelum ini Senabil pernah membuat laporan polis berikutan bapa kepada Muhammad Najib telah mengugut ...

kan..hanat betul prangai bapakelok la dia buat polis report
anak dah bunuh orang lagi nak tunjuk taiko
Quote ckenj 29-6-2018 11:32 AM
Moga keadilan dan kemenangan diberikan kepada mangsa dan keluarga
Quote Nurul8001 29-6-2018 11:32 AM
Ya Allah..

Terima kasih adik Senabil..
Walaupun rasa nak marah sebab awak tak tolong masa Zulfarhan tengah sakit2 tu, tapi, bila awak berani cerita yang benar kat mahkamah ni, rasa reda sikit nak marah..

Moga sangkutlah 302 kat pelaku2 tu..
Quote EvieWanKenobi 29-6-2018 11:36 AM
sampai begitu sekali mangsa diseksa..
Quote moonbug 29-6-2018 11:41 AM
Bapak pun main ugut saksi. Wow, bad seed all the wayyyy
Quote OmJualGas 29-6-2018 11:46 AM
Celaka punya kawan.    Melayu bunuh Melayu

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.055172 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top