CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Hanya 28 Peratus Berat Beg Adalah Buku, Menteri Ni Tengah Buat Kelakar Ke?"

29-6-2018 03:23 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 7789| Komen: 22|Original author: Oleh: Ain

Description: Berikutan kenyataan Dr Maszlee Malik berhubung isu beg sekolah berat, semalam, nama Menteri Pendidikan itu dihentam pengguna media sosial yang kurang senang dengan pendedahannya berhubung isu terbabit ...
Berikutan kenyataan Dr Maszlee Malik berhubung isu beg sekolah berat, semalam, nama Menteri Pendidikan itu dihentam pengguna media sosial yang kurang senang dengan pendedahannya berhubung isu terbabit.




Memetik Astro AWANI, Maszlee dalam sidang media Kementerian Pendidikan mendedahkan hanya 28 peratus daripada beg pelajar sekolah rendah mengandungi buku teks dan buku aktiviti, manakala 72 peratus lagi terdiri daripada alat tulis, buku kerja swasta, gajet dan lain-lain.

Kenyataan itu dibuat berdasarkan Kajian Berat Beg Sekolah Rendah pada 2017 yang dijalankan kementeriannya. Kenyataan
Menteri Pendidikan itu, bagaimanapun tidak disokong masyarakat. Malah, ramai yang mempertikaikan kredibiliti Maszlee sebagai menteri.


Menteri ni tengah buat kelakar ke?


"Ingatkan dia ni spesies cerdik, rupanya glamor je lebih,"
sindir netizen.





Malah, ada yang mendakwa tiada bezanya Maszlee dengan Datuk Seri Ahmad Maslan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Situasi ini membuatkan masyarakat bertambah resah ekoran tiada jalan penyelesaian walaupun isu berkenaan sudah lama dibahaskan.


Ya ampun, tak selesai lagi ke isu ni?




Pun begitu, tidak semua menuding jari kepada kerajaan, sebaliknya mereka berpendapat pihak sekolah dan ibu bapalah yang sebenarnya patut mengambil peranan mencari penyelesaian.

Selain itu, ramai juga tidak menyokong tindakan ibu bapa hari ini yang terlalu memanjakan anak-anak.

"Cikgulah yang tak pandai uruskan jadual harian.

"Ibu bapa tak pantau ke apa yang ada dalam beg sekolah anak?"
komen netizen.




Perkara itu disokong segelintir netizen yang merasakan masyarakat terlalu bergantung kepada kerajaan untuk menyelesaikan isu remeh.


Tak perlulah semua masalah nak kementerian selesaikan




Dalam masa sama, beberapa netizen memberikan beberapa jalan penyelesaian yang boleh dipertimbangkan, antaranya penyediaan lokar di kelas selain pengurangan subjek.


Foto: Twitter

Apa pula cadangan anda? - CARI
4

Bagus
9

Marah
4

Terkejut
9

Sedih
6

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 29-6-2018 03:39 PM
betul la.. mak bapak yang banyak komplen beg sekolah berat semua tu dulu sekolah jenis tak bawak buku ataupun pergi private school berlenggang kangkung?
Quote palmolive 29-6-2018 03:46 PM
zaman sekarang sekolah dah tak buat jadual waktu ker
Quote aks_berhad 29-6-2018 04:00 PM
aiyoh...dari zaman aku dulu2 bkn dah ada jadual anjal ke? aku dulu tak pakai beg pon g sekolah. psal jadual anjal...bwk je la buku yg diperlukan hari tu. penyumbang berat beg sekolah suku adalah disebabkan oleh beg itu sendiri.

kalo g travel, tau plak mak pak ni nak cari beg yg lightweight la...dah bdk2 suka beg yg fanci2. so berat la...
Quote haryatie 29-6-2018 04:05 PM
x abis2 lg isu ni dr ank aku sekolah darjah 1 ni da besar pjg abis sekolah pun..
Quote AbukRokok 29-6-2018 04:12 PM
28 peratus buku
22 peralatan lain
50 berat budak tu sdri
Quote monreyes 29-6-2018 05:56 PM
reminds me of my son....salah satu compartment kat beg tu penuh dgn coins..ptt la berat
Quote duricinta 29-6-2018 07:31 PM
Terlampau byk buku nk kena bawak.. Anak ai drjh 1, 1 hari ada 5 subject,  ada buku teks,  aktiviti,  buku tulis.  Buku tulis plak 1 subject ada yg smpi 3..semua nk kn bawak... Berat oooiii dh la kelas semua tingkat atas..
Quote duricinta 29-6-2018 07:31 PM
Terlampau byk buku nk kena bawak.. Anak ai drjh 1, 1 hari ada 5 subject,  ada buku teks,  aktiviti,  buku tulis.  Buku tulis plak 1 subject ada yg smpi 3..semua nk kn bawak... Berat oooiii dh la kelas semua tingkat atas..
Quote exclusive_vvip 29-6-2018 07:57 PM
i salahkan parents jugak...time mesyuarat pibg bagi cadangan kat pihak sekolah supaya buat locker,utk atasi masalah beg berat ni..tapi bila pihak sekolah @ guru kelas minta sumbangan utk buat locker,majoriti parents bising2 plak....
Quote adila39 29-6-2018 08:34 PM
sistem pembelajaran la yg salah. patut sekolah semua ada locker...so xperlu nak bawak semua buku...simpan dilocker... role parents susun jadual and manage buku apa and sub ject apa utk ulang kaji daily and ajar anak jd bijak. Ni buku banyak giler.
Quote aurorae 29-6-2018 10:16 PM
anak aku dulu sekolah cina, walau sehari ada 4 subjek, tapi 1 subjek ada  1 buku teks, 1-2 buku kerja, 2-3 buku tulis,  dan semua kena bawak, sebab katanya bila2 masa je cikgu arah keluarkan buku yang dia nak, dan tiap hari ada kerja sekolah yang perlu dihantar di dalam beberapa buku tu.    Beg berat macam batu bata.  Setahun berganti 2 beg sebab koyak, walau dah beli yang paling tahan lasak.  Aku tak rasa 28% aje berat buku, lebih pada 90%.

Tapi aku rasa  beg budak sekolah kebangsaan tak seberat sekolah cina.

Pindah Oz yang bungsu darjah 3, dalam beg cuma bawa bekal makanan je.  Ramadhan  bawak badan.   Darjah 5  dan 6 baru bawa buku tulis, itupun  ada 2-3 buku je.   Sebab belajar banyak main dan buat praktikal.    Takde jadual waktu pun.    Cikgu  observe setiap murid,  dan ada waktu2 tertentu  murid masuk kelas yang match dengan skill, minat  atau keperluan dia.    Banyak buat presentation.

Sekolah menengah baru bawa buku tulis dan teks ikut jadual, baru nampak beg tu kembung sikit.  Subjek yang ada buku teks cuma maths dan sains, yang lain cikgu bagi artikel atau  bagi teks pdf.  Banyak berinteraksi dalam email.    Banyak latihan tambahan online,  semua recorded..   Cikgu tak marah kalau tak buat assignment atau latihan, tapi  markah 0 masuk dalam evaluation akhir tahun.   
Quote amyza 30-6-2018 08:27 AM
Takde masalah beg berat lagi.sekolah anak2 i dah sediakan loker2 dalam kelas. Buku latihan pun banyak yang cikgu pegang. Bawa balik utk pembetulan or homework.
Quote dramamania 30-6-2018 09:57 AM
kajian dibuat tahun lepas, oleh kementerian dibawah kerajaan lalu. ramai rakyat malaysia lemah comprehension skill.

it's time to reevaluate dengan lebih teliti. kajian tu sample ambik dari mana? dari zaman kecik tahun 90-an lagi sampai sekarang beg tak pernah ringan.
Quote moonbug 30-6-2018 11:05 AM
Letak jelah locker kat classroom. Aku tak pernah merasa beg berat pun, buku semua tinggal kat locker classroom. Bawak balik homework/reference yg perlu je
Quote Buritan 30-6-2018 01:20 PM
aurorae replied at 29-6-2018 10:16 PM
anak aku dulu sekolah cina, walau sehari ada 4 subjek, tapi 1 subjek ada  1 buku teks, 1-2 buku kerj ...

Aku pernah cdg masa mesyuarat guru.. tak perlu marah pd budak yg pemalas nak msmpus.. ujung ujung bagi jah kosong kosong kosong...

Emm tak boleh.. markah 000 tuu akan mencerminkan guru.. guris hati pelajar.. dan jawapan plg kelakar takkan laa satu benda pun dia tak tau..

Nazir celaka pulak jwb mmmmmmgg tak leh bagi markah 0.. satu lagi sibuk nak evidens budak pemalas tuu..

Itulaaaa mesia.wpun aku tak suke pung ph.. tapi aku saja jah.. kasi ajar org atas bodo sgtt
Quote chinta89 1-7-2018 02:11 PM
duricinta replied at 29-6-2018 07:31 PM
Terlampau byk buku nk kena bawak.. Anak ai drjh 1, 1 hari ada 5 subject,  ada buku teks,  aktiviti,  ...

btl sgt2 tu
Quote buapakperut 1-7-2018 05:26 PM
beg iiols dulu berat sebab abg adek gi madukkan batteri botol kaca pasu ashtray minyak vaselin dalam tu cilakak
Quote sarahmirza 2-7-2018 10:03 AM
palmolive replied at 29-6-2018 03:46 PM
zaman sekarang sekolah dah tak buat jadual waktu ker

Ada jadual waktu tapi cikgu yang takde jadual sendiri.
Satu hari 5 subjek, buku teks, buku penulisan, buku pemahaman, buku kerja semua kena bawa..
Kalau cikgu ada jadual sendiri, mesti dia boleh tambah kat jadual waktu sekolah...
ISNIN - BM Penulisan
SELASA - BM Pemahaman
RABU - BM Buku kerja
KHAMIS - BM Buku teks


Masalah sebenarnya... cikgu yang gagal buat jadual mengajar.
Quote palmolive 2-7-2018 12:00 PM
sarahmirza replied at 2-7-2018 10:03 AM
Ada jadual waktu tapi cikgu yang takde jadual sendiri.
Satu hari 5 subjek, buku teks, buku penuli ...

zaman dulu semua refer jadual waktu yg sama...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.261236 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top