CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Ahli UMNO Buat Laporan Polis Tak Puas Hati Dipecat

30-6-2018 10:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2360| Komen: 2

Description: Berikutan dipecat saat akhir, dua bekas ahli UMNO Bahagian Bagan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, malam tadi.
"Dalam surat ini pula, diberikan dua nama sekali pecat. 
Kenapa nama Shahbadi dan saya kena pecat duduk dalam satu borang?"


Berikutan dipecat saat akhir, dua bekas ahli UMNO Bahagian Bagan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, malam tadi.


Foto: Astro AWANI

Astro AWANI melaporkan, bekas Naib Ketua Pemuda Bahagian Bagan Mohamad Afendi Azni dan bekas ahli jawatankuasa bahagian Shahbani Mat Diasa mendakwa menerima surat pemecatan pada jam 5.30 petang Jumaat, sekali gus membuat mereka hilang kelayakan bertanding jawatan tertinggi peringkat bahagian, hari ini.


Mohamad Afendi dan Shahbani yang sepatutnya merebut jawatan Ketua Bahagian dan Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan menggesa satu siasatan dilakukan.

"UMNO negeri dan UMNO Bagan tak boleh keluarkan surat pemecatan. Surat pemecatan hanya boleh dikeluarkan oleh pejabat Lembaga Disiplin UMNO Pusat, bukan UMNO Bagan atau negeri.

"Ini buat saya rasa curiga. Esok dia akan kata, tak boleh bertanding, jangan bertanding," kata Mohamad Afendi.

Malah, katanya, tindakan itu bagai satu percubaan menghalang mereka daripada bertanding sedangkan ibu pejabat mengesahkan nama kedua-dua mereka bersih untuk bertanding.

Mereka, bagaimanapun menegaskan akan hadir ke pemilihan hari ini untuk mengambil bahagian dan tekad mahu ia ditangguhkan sekiranya tidak dibenarkan bertanding. 


Foto: BH Online

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, Setiausaha UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Mohamad Afendi dan Shahbani dipecat selepas UMNO menerima aduan bahawa mereka bersekongkol dengan pakatan pembangkang. - CARI
12

Bagus
18

Marah
13

Terkejut
17

Sedih
31

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mahathirina 30-6-2018 06:22 PM
Badi Kak Mah maseh berpuaka..
Quote Burong_Hantuk 1-7-2018 10:49 AM
ini parti umno sedang diuji oleh Allah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.044119 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top